Penyerang Napoli Victor Osimhen mengamuk dengan sekumpulan penyokong Napoli yang mengerumun kenderaannya untuk mendapatkan autgraf ketika pemain itu meninggalkan pusat latihan pasukan.
Pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan harmstring ketika tugasan antarabangsa bersama Nigeria, dan hubungannya dengan kelab Serie A itu juga keruh sejak beberapa minggu lalu.
Victor Osimhen reacts angrily to a group of Napoli fans, who ask him for autographs and get in the way of his car. 🇳🇬😡pic.twitter.com/aZXDYrtjWy
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) October 24, 2023
Selepas membantu Napoli meraih kejuaraan Serie A pertama sejak 33 tahun lalu, dan meraih pengiktirafan wira yang hanya pernah dinikmati Maradona di Naples, masa depan Osimhen bersama Napoli kini turut mencetuskan pelbagai spekulasi.
Hanya bulan lalu Osimhen terpalit dengan dua video kontroversi yang dimuatnaik oleh pihak kelab di media sosial mempersendakan pemain itu.
Salah satu daripada video tersebut menyamakan Osimhen dengan buah kepala – yang dilihat sebagai mesej berbaur perkauman terhadap pemain itu.
Napoli kemudiannya mengeluarkan kenyataan pihak kelan tidak bersalah dan hubungan di antara pemain dan kelab itu tidak pernah pulih sejak kejadian tersebut.
Dan kejadian terbaru turut tidak membantu memadam khabar angin penjaring terbanyak Napoli musim lalu itu akan meninggalkan Stadium Diego Armando Maradona, setelah Osimhen dirakam meradang dengan sekumpulan penyokong Napoli yang menghalang laluannya ketika pulang dari latihan.
Victor Osimhen EXPLODES at Napoli fans asking for his autograph while blocking his car 😡https://t.co/szPMmV9WCD
— Mail Sport (@MailSport) October 24, 2023
Imej tersebut turut menunjukkan bagaimana penyokong masih sayangkan pemain itu kerana masih mahukan autograf pemain itu.
Namun reaksi penuh kemarahan oleh Osimhen terhadap kumpulan penyokong itu sudah pasti akan menimbulkan perdebatan dan lebih banyak tanda tanya mengenai masa depan beliau selepas ini.
🚨 Chelsea are continuing to keep a watching brief on Victor Osimhen's ongoing status at Napoli, despite rumours of a move to Liverpool being agreed for the 24-year-old.
(Source: TEAMtalk) pic.twitter.com/j8xqbv5HdS
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 23, 2023
Menurut beberapa laporan sebelum ini beberapa kelab gergasi Eropah sedang memantau keadaan Osimhen di Napoli termasuk Liverpool, Arsenal dan juga Chelsea.