Fred Mencipta Assists Yang Sungguh Menakjubkan Untuk Gol Jaringan Neymar

Pemain midfield Manchester United, Fred mencipta assists yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk gol jaringan Neymar, ketika aksi kemenangan 4-1 Brazil menewaskan Uruguay.

Ia merupakan assists yang sangat cantik dan ramai yang sempat tak percaya melihat Fred sebenarnya mampu menghasilkan assists sehebat itu.

Bekas pemain Shakhtar Donetsk itu sebelum ini sering dikecam, dihina, dikritik, dimaki, dihamun, dicerca oleh para penyokong Manchester United atas persembahan hambarnya di peringkat kelab.

Ketika aksi terikat 1-1 United bertemu Everton, Fred telah dipersalahkan atas gol jaringan Andros Townsend kerana beliau membenarkan Demarai Gray masuk ke kawasan United.

Salah satu isu yang sering diperkatakan tentang Fred adalah kelemahan beliau dalam membantu jentera serangan, terutama membuat hantaran dari kawasan midfield.

Namun hal itu tidak menjadi masalah sebenarnya untuk Fred, selepas melihat bagaimana cantik dan hebatnya bola hantaran beliau ketika beraksi bertemu Uruguay hari ini.

Bermain sedikit ke hadapan di bahagian midfield dengan Fabinho dibelakangnya, beliau berjaya melakukan hantaran jauh yang cukup menakjubkan mencari Neymar yang sudah berada di dalam kotak penalti.

Bintang Paris Saint Germain itu berada di tempat yang sempurna untuk menerima bola hantaran Fred, dan sebaik melakukan sentuhan pertama, beliau berjaya mengawal bola dan menewaskan penjaga gol untuk gol pembukaan Brazil.

Namun satu hal yang menakjubkan tentang gol tersebut adalah melihat kepada kualiti hantaran Fred yang tidak boleh dinafikan sungguh menarik.

Para penyokong Manchester United terkejut melihat kualiti hantaran dari Fred, dengan kebanyakkan dari mereka meluahkan rasa terkejut dan bangga mereka di media sosial.

“Fred mampu lakukan hantaran seperti itu? Adakah dia Fred yang sama beraksi dengan Manchester United? Atau dia Fred yang berbeza?”

“Saya seolah bermimpi melihat Fred mampu menunjukkan kualiti hantaran sehebat itu, sangat mengagumkan.”

“Pertama kali saya rasa bangga untuk mengaku yang Fred merupakan pemain Manchester United. Sangat menakjubkan.”

“Ole tentu berbangga melihat bagaimana hebatnya aksi Fred untuk Brazil, mereka harus ucapkan terima kasih kepada Ole kerana selalu percaya pada Fred.”

Begitulah Komen-komen dari para penyokong Manchester United yang terkejut dan terpegun melihat kehebatan Fred dan kualiti hantarannya dalam perlawanan ini.

Fred bermain bermain selama 88 minit dalam perlawanan tersebut, dan kerana masalah perjalanan dan jadual perlawanan, beliau berkemungkinan tidak akan beraksi dalam aksi pertemuan United bertemu Leicester City nanti.

Walau bagaimanapun, selepas kejayaan beliau mencatatkan assists pertamanya pada tahun ini, para penyokong setan merah tentunya akan berharap agar pemain berusia 28 tahun itu akan terus mengekalkan momentum sama selepas ini.

Selepas Neymar membuka tirai jaringan untuk Brazil hasil hantaran super mantap dari Fred, mereka berjaya menggandakan kedudukan menerusi Raphinha.

Brazil hampir mendapat gol ketiga pada minit ke-34 namun Neymar dan Raphinha terlalu banyak melakukan sentuhan dan tidak sempat untuk melepaskan percubaan.

Fernando Muslera mengekalkan perbezaan dua gol Uruguay kekal sehingga waktu rehat apabila melakukan penyelamatan dari dua percubaan berturut-turut Gabriel Jesus dan satu dari Rapinha.

Edinson Cavani telah merapatkan jurang gol pada minit ke-56 namun dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana offside.

Tiga minit selepas itu Brazil menambah gol ketiga juga melalui Rapinha satu serangan balas pantas.

Luis Suarez menjaringkan gol saguhati Uruguay pada minit ke-77 sekaligus menamatkan rekod 9 perlawanan tanpa bolos Brazil ditempat sendiri dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.

Gabriel Barbosa melengkapkan kemenangan 4-1 Brazil pada minit ke-83 selepas penelitian Video Assistan Referee (VAR) mengesahkan jaringan beliau.

Brazil selesa mendahului kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 Amerika Selatan dengan mengumpul 31 mata selepas 11 perlawanan meninggalkan Argentina ditempat kedua yang mengumpul 25 mata.

Sumber: SPORTbible

BACA:  PSG Tidak Mahukan Neymar Lagi dan Tawarkan Jalan Untuk Berambus