Frenkie De Jong Beritahu Chelsea Yang Beliau Lebih Berminat Mahu Ke Old Trafford

Chelsea menerima satu lagi tamparan hebat pada jendela perpindahan musim panas ini, selepas pemain midfield Barcelona, Frenkie de Jong memberitahu mereka yang beliau lebih memilih untuk sertai Man Utd berbanding ke Stamford Bridge.

United sebenarnya sudah lama berminat mahu mendapatkan khidmat pemain midfield itu, dengan mereka semakin lama semakin hampir pasti untuk berjaya mendapatkan bintang Belanda itu.

Pengurus terbaru Man Utd, Erik Ten Hag dilaporkan mahu membina skuad United berpandukan Frenkie de Jong dan kerana itulah beliau sangat-sangat terdesak mahu mendapatkan bintang Barcelona itu.

Pemilik baru Chelsea, Todd Boehly sanggup terbang ke Barcelona hanya kerana mahu berunding dengan Barcelona untuk mendapatkan De Jong.

De Jong walau bagaimanapun berterus terang kepada pemilik dari Amerika itu yang beliau tidak berminat untuk ke Stamford Bridge.

Pemain berusia 25 tahun itu mendedahkan yang beliau lebih memilih mahu menyertai Manchester United berbanding Chelsea andai beliau meninggalkan Barcelona.

Pertemuan semula antara beliau dan Ten Hag bakal menjadi sebab utama mengapa De Jong lebih memilih Manchester United berbanding kelab dari London itu.

Kedua-dua mereka pernah bekerjasama ketika karier mereka bersama Ajax sebelum ini, dan mereka terpisah selepas De Jong dibeli oleh Barcelona.

Walau bagaimanapun, Ten Hag kini meluahkan kepada pihak kelab yang beliau terdesak mahu mendapatkan Frenkie de Jong secepat yang mungkin.

Urusan perpindahan itu sepertinya tidak akan mampu disempurnakan dalam masa terdekat ini, kerana Barcelona sepertinya mengubah fikiran mereka di saat akhir.

Rundingan perpindahan itu tergendala selepas Barcelona dilaporkan memiliki tunggakan gaji dan bonus bernilai £17 juta kepada De Jong.

De Jong ketika itu berhasrat mahu membantu kelab yang sedang teruk dilanda krisis ekonomi ekoran dari penularan wabak pandemik, dan kerana itulah beliau membenarkan kelab untuk berhutang dengannya.

Tambahan pula, De Jong sebelum ini telah mendedahkan yang beliau lebih memilih untuk kekal bersama kelab berbanding melengkapkan perpindahannya menyertai Manchester United.

Walaupun beliau mempunyai keinginan untuk bekerjasama dengan Erik Ten Hag, namun De Jong lebih berminat untuk kekal sahaja bersama kelab.

Beliau menganggap bermain bersama Barcelona sebagai impiannya dan kerana itulah beliau memilih untuk terus kekal bersama kelab berbanding menyertai pasukan lain.

Presiden Barcelona, Joan Laporta secara terbuka mendedahkan pada minggu ini yang De Jong bukan untuk dijual, dengan beliau menyatakan bahawa:

“Frenkie de Jong merupakan pemain Barcelona, kami tak akan jual dia melainkan kami tak ada pilihan lain.”

Sepertinya kenyataan itu mendesak Manchester United untuk menaikkan tawaran mereka kepada pemain tersebut.

Chelsea masih lagi belum mendaftarkan mana-mana pemain pada musim panas ini, tapi mereka sepertinya sudah semakin hampir pasti untuk mendapatkan Raheem Sterling dari Manchester City.

The Blues juga pada ketika ini sedang mengintai kesempatan untuk menandatangani Matthijs de Ligt dari Juventus.

Walau bagaimanapun, pemain pertahanan Belanda itu pada ketika ini dilaporkan semakin hampir pasti untuk menyertai Bayern Munich dan sepertinya sukar untuk Chelsea mendapatkan khidmatnya.

Chelsea juga dilaporkan sudah berjaya mencapai kata sepakat bersama Leeds United untuk mendapatkan Raphinha pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ejen pemain bersama pemain itu sendiri dikatakan sedang menunggu tawaran rasmi dari Barcelona kerana bintang Brazil itu lebih memilih untuk ke Nou Camp.

Tempoh waktu yang agak sibuk untuk skuad Chelsea dengan Thomas Tuchel pada ketika ini sedang berusaha untuk mendapatkan pemain bintang untuk memperkuat skuadnya pada musim baharu nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Fabrizio Romano Dedah De Jong Berkeras Tak Mahu Ke Old Trafford