Chelsea Bercadang Mahu Sailang De Jong Dari Man Utd Dengan Menawarkan Tunai Dan Dua Pemain Kepada Barca

Chelsea dilaporkan bersedia untuk sailang Frenkie de Jong dari menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim panas.

Manchester United pada ketika ini sedang berunding dengan Barcelona berkait urusan perpindahan bintang Belanda itu.

Pengurus setan merah, Erik ten Hag dilaporkan sangat-sangat mengharapkan agar beliau akan mampu kembali bekerjasama dengan Frenkie de Jong selepas kedua-dua mereka pernah bekerjasama di Ajax.

Setan merah juga dilaporkan sudah mencapai kata sepakat dengan Barcelona berkait perpindahan De Jong dengan yuran perpindahan bernilai £56 juta.

Walau bagaimanapun, rundingan itu tergantung dek kerana de Jong masih tidak bersetuju untuk lengkapkan perpindahannya ke Old Trafford.

Rundingan tersebut turut terganggu dek kerana Manchester United tak sanggup bayar tunggakan gaji De Jong di Nou Camp bernilai £17 juta.

Media Sepanyol, SPORT mendakwa yang Barcelona berhutang dengan De Jong selepas pemain berusia 25 tahun itu bersetuju menangguhkan sebahagian dari gaji dan bonusnya untuk membantu kelab menyelamatkan kedudukan ekonomi mereka ketika awal pandemik.

Barcelona berjanji akan membayar hutang tersebut sebelum kontraknya akan tamat pada 2026 ini.

Laporan di Sepanyol mendakwa yang Barcelona mencuba untuk meminta Manchester United membayar tunggakan gaji itu sebagai sebahagian dari rundingan mereka.

Barcelona meminta Manchester United membayar tunggakan gaji itu seandainya mereka benar-benar mahu menandatangani pemain midfield itu.

Dengan rundingan antara kedua-dua pihak sudah berlanjutan sehingga dua bulan, dan kini Chelsea mula menunjukkan minat untuk sailang bintang Belanda itu.

Media Sepanyol, Relevo mendakwa yang kelab dari London itu bersedia untuk sailang De Jong dengan menawarkan tunai serta tambahan dua pemain.

Ia mungkin satu tawaran yang dasyat dengan Chelsea bukan hanya mahu menawarkan tunai, tetapi mereka juga menawarkan pemain kepada gergasi Catalan itu.

Laporan sama turut mendedahkan yang Chelsea sanggup memberikan Marcos Alonso dan Cesar Azpilicueta untuk mendapatkan De Jong.

Barcelona sendiri sementara itu sememangnya berhasrat mahu mendapatkan kedua-dua pemain kebangsaan Sepanyol itu.

Kedua-dua Marcos Alonso dan Cesar Azpilicueta kini hanya mempunyai baki kontrak selama setahun sahaja bersama Chelsea dan kerana itulah The Blues tak ada masalah untuk melepaskan mereka.

Namun begitu, Presiden Barcelona, Joan Laporta tampil menegaskan yang De Jong bukan untuk dijual dan pihak kelab akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan pemain midfield itu.

Laporta mendedahkan bahawa:

“Frenkie de Jong merupakan pemain Barcelona. dan melainkan kami rasa kami perlu atau mahu mahu menjual dia kami akan lakukan, tapi sekarang kami tidak akan lakukan.”

“Frenkie de Jong bukan untuk di jual. Kita tahu dia ada terima tawaran. dan melainkan kami benar-benar terdesak, maka kami akan cuba untuk fikirkannya.”

“Tapi buat masa ini saya tegaskan yang kami tidak akan menjual dia.”

Tidak pasti apa yang akan mampu dilakukan oleh Manchester United untuk mendapatkan De Jong kerana mereka sepertinya terlalu sukar untuk mendapatkan bintang Belanda itu.

Tambahan pula dengan Chelsea juga pada ketika ini sedang mencuba nasib untuk menyailang, maka sepertinya semakin sukar sebenarnya untuk Man Utd dapatkan De Jong.

Chelsea sepertinya akan lebih berpotensi untuk mendapatkan De Jong dek kerana mereka mempunyai kelebihan beraksi dalam saingan Champions League.

The Blues juga sepertinya tiada masalah untuk mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan Frenkie de Jong pada musim panas ini.

Adakah Chelsea akan mampu sailang De Jong dari sertai Manchester United? bincangkan di ruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  [VIDEO] Perang Minda Bermula, Twitter Chelsea Muat Naik Video Gerrard Tergelincir