Friendly Match: Portugal 4-0 Israel

Portugal bermula garang bermula dari awal permainan dengan hantaran lintang demi hantaran lintang disusuli dengan beberapa rembatan jarak jauh.

Rembatan Diogo Jota meliar perginya sebelum datang lagi dengan satu tandukan pula yang menyaksikan sundulan Diogo Jota sedikit melepasi palang.

Akhirnya jaringan terhasil juga melalui satu cutback daripada Joao Cancelo yang disudahkan dengan leret deras dari Bruno Fernandes.

Jaringan pada minit yang ke-42 itu merupakan gol yang ketiga daripada Bruno Fernandes bersama pasukan kebangsaan Portugal.

Dua minit kemudian, Cristiano Ronaldo menggandakan kedudukan menyempurnakan hantaran Bruno Fernandes dengan satu rembatan kaki kiri yang menembusi penjaga gol Israel, Ofir Marciano.

Tamat separuh masa pertama, Portugal mendahului dengan dua gol tanpa balas.

Bersambung babak kedua, Portugal terus menyerang dan bermain dengan fancy membuat gerakan dan percubaan seperti dalam sesi latihan sahaja.

Pemain penyerang Israel, Eran Zahavi yang rajin mengedit bendera Palestin kepada Israel yang dipegang Paul Pogba dan Wesley Fofana tidak setajam suntingan beliau.

Ada sekali percubaan dilakukan oleh Eran Zahavi namun jauh meliar.

Portugal terus melancarkan serangan dari pelbagai arah seperti satu sesi latihan bagi mencari gerakan mana yang paling berpotensi menghasilkan gol.

Penjaga gol Israel, Ofir Marciano terpaksa bekerja keris menepis, menghadang bola percubaan Portugal bagi mengelakkan gawang terus dibocori.

Seperti skrip separuh masa pertama, Portugal menambah dua gol lagi di penghujung perlawanan.

Pada minit ke-86, Joao Cancelo datang dari sisi kanan padang dan memotong masuk ke dalam kotak Israel selepas mudah memperdayakan pemain Israel.

Joao Cancelo telah melepaskan rembatan lencong rendah kaki kiri menewaskan penjaga gol Israel, Ofir Marciano buat kali ketiga. Cantik sekali gol jaringan Joao Cancelo.

Pada minit ke-90+1 dengan bersahaja lagi tenang, Bruno Fernandes menjaringkan gol keempat dengan satu rembatan yang meroket ke penjuru kiri gawang Israel.

Bruno Fernandes mempamerkan aksi cemerlang menantikan saingan Euro 2020 yang bakal membuka tirai beberapa hari lagi.

Gol keempat peribadi Bruno Fernandes bersama pasukan kebangsaan Portugal.

Pemain harapan Manchester United itu telah menjaringkan dua gol dan satu assist untuk jaringan Cristiano Ronaldo.

Pemain pertahanan kanan Manchester City juga cemerlang apabila menjaringkan satu satu dan juga mencipta satu assist.

Dua pemain bandar Manchester bergabung membantu Portugal membenam Israel sehingga lunyai dengan gol roket yang sangat padu.

Portugal akan bertemu Hungary pada perlawanan pembukaan Euro 2020 dan berada dalam kumpulan F yang merupakan kumpulan maut bersama Perancis dan Jerman.

Dalam perlawanan pemanas badan terakhir Jerman telah mengalah Lativia 7-0 dengan ketajaman penyudah, Perancis mempamerkan permainan penuh menghiburkan menewaskan Bulgaria 3-0.

Portugal juga tidak kurang padunya dengan permainan menyerang tanpa hari esok dan dua gol roket telah tercipta dengan begitu cantik.

Jika permainan seperti ini ditunjukkan di Euro 2020 maka hiburan tanpa batas dapat kita nikmati.

Portugal XI Line-up (4-3-3) : Rui Silva, Pepe, Ruben Dias, Joao Cancelo, Nuno Mendes, Bruno Fernandes, William Carvalho, Ruben Neves, Cristiano Ronaldo, Bernardo Silva, Diogo Jota.

Portugal Subs : Rui Patricio, Nelson Semedo, Joao Moutinho, Andre Silva, Danilo Pereira, Rafa Silva, Renato Sanches, Goncalo Guedes, Pedro Goncalves, Pedro Goncalves, Pedro Goncalves.

Israel XI Line-up (4-3-3) : Ofir Marciano, Eliazer Dasa, Orel Dgani, Ofri Arad, Eitan Tibi, Bebras Natcho, Neta Lavi, Eran Zahavi, Manor Solomon, Gadi Kinda

Israel Subs : Itamar Nitzan, Matan Baltaxa, Or Blorian, Aviel Zargary, Liel Abada, Yonas Malede, Yonas Malede, Uri Dahan, Mohammad Abu Fani, Osama Khalaila, Joel Abu Hanna, Ofir Davidzada, Boris Kleyman.

BACA:  Bagaimana Negara Kecil Seperti Belgium dan Portugal Boleh Menjadi Kuasa Bola Sepak Dunia?