Alvaro Morata dilaporkan dalam proses bercerai dengan isterinya gara gara perpindahan ke AC Milan.
Sebelum ini laporan menyebut rumah tangga Alvaro Morata dengan isterinya yang juga kekasihnya sejak dari dulu lagi dalam masalah. Dan ada yang mengaitkan Morata dengan hubungan sulit dengan wanita lain.
Perkara itu dinafikan sendiri oleh Morata. Dia benar benar kecewa dengan laporan tersebut kerana menurut Morata, dia tak pernah curang di belakang Alice. Sebab wanita itu adalah paling penting dalam hidupnya.
Sebaliknya menurut Morata, mereka memutuskan untuk bercerai setelah kedua dua mereka tidak sependapat dengan keputusan Morata untuk menyertai AC Milan. Oleh sebab itu Alice terpaksa memulangkan Morata kepada orang tuanya, ataupun menceraikannya.
AC Milan mendapatkan kapten juara Euro 2024 bersama Sepanyol itu dengan nilai perpindahan €13 juta. Dia menjadi pemain yang dianggap penyerang yang bakal memainkan peranan penting dalam skuad AC Milan musim ini.
Alvaro Morata sendiri teruja untuk menyertai kelab bersejarah dan penuh tradisi seperti AC Milan. Namun siapa sangka keputusan itu telah membawa malapetaka kepada keluarga Morata. Tetapi pemain itu sudah membulatkan tekad untuk menyertai Milan kerana dia berpegang kepada prinsip ‘pasta kita beli’.
Isteri Morata, Alice Camparo merupakan wanita berbangsa Itali. Dan mereka kali pertama bertemu ketika Morata bermain untuk Juventus. Dia pernah kembali semula ke Juve pada 2020 dan bermain dua musim lagi.
Mulanya ramai yang ingat Alice akan gembira pulang semula ke Itali. Namun begitu Alice Campraro lebih suka untuk terus menetap di Madrid. Namun Morata mahu meninggalkan Atletico kerana merasakan dirinya tidak cukup dihargai penyokong ketika di sana.
Dia seringkali diejek oleh penyokong sendiri dan dia mencari haluan baharu di dalam kariernya. Malangnya, Alice sudah penat berpindah randah. Tambahan pula mereka sudah memiliki 4 orang anak.
Morata berkata, isterinya yang menceraikannya, bukannya dia. Dan dia berasa sangat sedih sekali.
“Saya sangat kecewa, saya bersumpah bahawa saya tak pernah sesekali curang dengan dia. Dia adalah wanita paling penting dalam hidup saya.
“Alice nak kekal di Sepanyol, dan sudah tidak mahu berpindah randah lagi. Walaupun kami tidak sependapat dalam perkara itu, namun hubungan kami baik seperti biasa demi anak anak kami. Kami tak pernah teragak agak demi anak,” kata Alvaro Morata.
Morata sudah membuat debut dalam Serie A untuk Milan. Dan dia mencetak gol dalam keputusan seri 2-2 menentang Torino.
New Milan striker Alvaro Morata explains he split from his wife Alice Campello because she didn’t want to move to Italy: ‘We still have an excellent rapport.’ https://t.co/todIFbDYGf #ACMilan #Milan #Morata #Calcio #SerieA
— Football Italia (@footballitalia) August 19, 2024