Gara-Gara Dibelasah Di Gelanggang Sendiri, Peminat West Ham Menceroboh Padang

Pemain tengah West Ham, Mark Noble bergaduh dengan salah seorang peminat West Ham yang menceroboh padang ketika mereka tumpas 3-0 di tangan Burnley di gelanggang sendiri semalam.

Football Association (FA) telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti punca kejadian manakala pemegang saham West Ham telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat tergempar selepas pemilik pasukan, David Sullivan David Gold terpaksa meninggalkan stadium lebih awal demi menjamin keselamatan mereka.

Noble hilang sabar dengan gelagat penyokong sendiri yang mengacau perlawanan

Sekumpulan peminat West Ham berang dengan permainan pasukan mereka dan mula menujukan rasa tidak puas hati mereka terhadap kawasan tempat duduk pemilik West Ham. Ini berikutan West Ham melepaskan 3 gol dalam separuh masa kedua dengan jaringan Burnley hadir melalui Ashley Barnes dan Chris Wood (2).

Seorang peminat tuan rumah berjaya menceroboh padang ketika perlawanan masih berjalan tetapi sempat dihalang kapten West Ham, Mark Noble. Noble yang tidak berpuas hati dengan tindakan penyokong terbabit mahu bertindak lebih aggresif tetapi dihalang penjaga gol, Joe Hart. Dua lagi peminat West Ham menyusul selepas itu tetapi berjaya dipujuk keluar oleh James Collins.

Perlawanan disambung kembali tetapi ianya tidak lama kerana seorang peminat West Ham bertindak mencabut bendera penjuru padang dan cuba meletakkan bendera tersebut di tengah-tengah padang.

Pelari obor Olimpik

Dalam masa yang sama, sekumpulan peminat West Ham yang tidak berpuas hati telah berkumpul di bahagian bawah tempat duduk direktor dan melaungkan ‘pecat barisan lembaga pengarah’ dan ‘anda telah musnahkan kelab kami’. Polis terpaksa masuk campur dan dilihat berada dekat dengan kawasan direktor dan bangku simpanan West Ham bagi menghalang perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Insiden terakhir dalam perlawanan malam tadi berlaku selepas kesilapan Joe Hart melepaskan gol ke-3 Burnley. Beberapa peminat West Ham yang marah dengan kesilapan penjaga gol itu cuba mendekati Hart bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan waktu perlawanan berbaki 9 minit sahaja lagi.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh West Ham berkata pihak kelab akan melakukan siasatan terperinci dan akan mengambil langkah drastik untuk menghalang insiden sedemikian dari berulang kembali pada masa hadapan.

“Pihak kelab akan melakukan siasatan yang mendalam bagi menyiasat punca insiden yang berlaku pada separuh masa ke-2 perlawanan. Kami akan membuat keputusan dan mengambil tindakan selanjutnya.”

Pemilik West Ham terpaksa cabut lebih awal kerana kekacauan penyokong tuan rumah

Pihak FA pula mengutuk sekeras-kerasnya kekacauan yang berlaku di Stadium London dan akan menunggu laporan dari pengadil sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

“Amat penting bagi mereka yang bermain dan hadir menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris dapat melakukannya dengan selamat. Kekacauan yang berlaku di Stadium London semalam tidak mempunyai tempat dalam bolasepak.”

“Kami juga mahu merakamkan penghargaan kepada pengadil perlawanan, Lee Mason dan pasukannya yang bertindak pantas bekerjasama dengan para pemain bagi membolehkan perlawanan tersebut dapat dihabiskan.”

BACA:  Ini Sebab Mengapa West Ham Tidak Berusaha Mendapatkan Lingard Pada Musim Panas Ini