Pemain bek muda pasukan Thailand yang berpangkalan di Eropah, Jonathan Khemdee telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut kerana tidak cocok dengan makanan yang disediakan oleh penganjur Piala AFF 2020, Singapura.
Memetik laporan dari Siam Sport, Jonathan Khemdee telah dibawa ke hospital kerana mengalami gejala sakit perut yang dipercayaiGastroesophageal Reflux Disease (GERD).
“Jonathan Khemdee telah mengalami sakit perut dan sembelit sejak tiba di Singapura beberapa hari lalu.” Lapor Siam Sport.
“Pasukan perubatan pasukan Thailan percaya Jonathan Khemdee mengalami Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).”
#News | 🇹🇭 Thailand national team defender Jonathan Khemdee withdrew from the War Elephant in AFF Suzuki Cup 2020.
The 19-year-old defender was urgently hospitalized in Singapore due to acid reflux. I haven't been able to practice with the team for the past two days.#FAS #AFF pic.twitter.com/KcL8kCYggv
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) December 10, 2021
Sejak mengalami masalah pencernaan itu, Jonathan Khemdee yang beraksi di Liga Denmark telah mengambil ubatan sebagai langkah pencegahan.
Namun kerana sesi latihan yang padat bersama pasukan Thailand bagi persiapan Piala AFF ditambah dengan makanan Asia yang tidak sesuai dengannya gejala dialami pemain berusia 19 tahun itu semakin teruk.
Keadaan ini memaksa Jonathan Khemdee dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat, 90 Yishun Central, Singapura untuk menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut dan ujian darah juga dilakukan.
#Repost ljungowen_official
・・・
🦍 X 🇹🇭
Looking forward to see you in Thai jersey again, Jonathan Khemdee.ภาพนี้น้องเค้ารีเควสนะครับ สงสัยอยู่เดนมาร์คจะมีฉายาว่า คิงคอง แต่ไหงอยู่ไทยเรียก ส้มเช้ง อีหยังหว่า#ช้างศึก #changsuek pic.twitter.com/4KMkOCscd9
— Changsuek (@Changsuek_TH) November 8, 2021
Hasil daripada X-ray dada dan imbasan Computed tomography (CT) menunjukkan keputusan normal, lalu Jonathan Khemdee dibenarkan meninggalkan hospital dengan segera.
“Buat masa ini sepasukan doktor akan bertugas untuk menemani dan mengawasi Jonathan 24 jam seminggu dan menu makanan juga telah diubah suai mengikut kesesuaian pemain berusia 19 tahun itu.” Lapor Siam Sport lagi.
Jonathan Khemdee pemain pertahanan Thailand berusia 19 tahun ini mempunyai taraf kerakyatan dua negara, Thailand dan Denmark. Beraksi bersama kelab Denmark, Odense Boldklub (OB).
Jonathan Khemdee🇹🇭 is a bit special.
No. Scrap that. He is very special. #AFFSuzukiCup2020#Yanmar#FootballisOurEngine#NXGN pic.twitter.com/yqU5enyM1z
— GOAL Asia (@Goal_Asia_) December 5, 2021
Jonathan Khemdee merupakan pemain yang lahir dari sistem pembangunan remaja Odense Boldklub (OB) dan beraksi di liga bawah 19 tahun pada musim 2019/20.
Odense Boldklub (OB) telah memberi ikatan kontrak profesional pertama kepada Jonathan Khemdee selama dua tahun dan diberikan jersi bernombor 17.
Dengan ketinggian 188cm, Jonathan Khemdee boleh beraksi sebagai pemain pertahanan kanan dan juga pemain pertahanan tengah.
Thai/Danish defender Jonathan Khemdee has signed a 2-year contract with Danish top-flight club Odense.https://t.co/XU2K6ffF6m pic.twitter.com/M8ZxeVqsed
— Svein Falk Lorentzen (@SveinFalk) July 18, 2021
Setakat ini, Khemdee hanya sekali dapat beraksi bersama pasukan utama kelab, ketika mereka tewas kepada FC Midtjylland dalam kempen piala domestik.
Bersama pasukan bawah-19 kelab, Khemdee juga hanya diturunkan sekali (sumber : transfermarkt), ketika pasukannya tewas kepada Silkeborg. Tiada info yang lebih banyak dapat dikorek tentang pemain ini.
Cukup misteri pemain ini dan tidak ada banyak maklumat mengenai corak permainan beliau namun yang nyata beliau mempunyai masalah dengan perut.
BREAKING: Jonathan Khemdee has left the @Changsuek_TH camp due to illness. We wish him all the best 🙏🏼 Thailand will be down to only three natural center backs for the competition. #AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/vFfXlD6wuU
— Thai League Central (@TL_Central) December 10, 2021
Harapan untuk peminat bola sepak Asia Tenggara melihat kehebatan yang dimiliki Jonathan Khemdee tidak kesampaian apabila beliau terpaksa dihantar pulang ke Thailand.
“Jonathan Khemdee telah meninggalkan kem @Changsuek_TH kerana sakit. Kami mendoakan beliau yang terbaik. Kini Thailand akan hanya mempunyai tiga bek tengah semulajadi untuk pertandingan itu.”
“Thanks for the support. See you again next year.” 🤒🇹🇭
🛫 Thailand National Team defender Jonathan Khemdee was at the Changi Airport earlier as he’s returning to Thailand back.#SupportLocalFootball #AFFSuzukiCup
🎥 Jonathan Khemdee’s Instagram story pic.twitter.com/LtjjLk3SPo
— Lions Of Asia (@LionsOfAsia_SG) December 10, 2021
Sebelum sepak mula kejohanan Piala AFF 2020 sudah kedengaran rungutan pasukan bertanding tentang menu makanan yang disediakan oleh tuan rumah tidak kena dengan selera pasukan bertanding.
Vietnam dalam situasi kepenatan dan menjadi antara pasukan yang tiba awal di Singapura tetapi sejak tiba mereka tidak mendapat apa yang mereka mahu dan idamkan.
Salah satu kekecewaan terbesar Vietnam tentang masalah kekangan makanan di Piala AFF 2020 yang dikatakan jurulatih Korea Selatan ialah mereka tidak boleh makan dan menikmati daging babi.
Tak Cuma Timnas Indonesia dan Vietnam, Thailand Juga Keluhkan Makanan dari Tuan Rumah Piala AFF https://t.co/30tvRg9dgO
— BolaSport.com (@bolasportdotcom) December 4, 2021
Kem Indonesia mengomel dan mengkritik pengurusan Piala AFF Suzuki 2020 Singapura yang menyediakan makanan bungkus kepada mereka dan tiada nasi tambah.
Thailand juga mengeluh dengan isu makanan yang disediakan tuan rumah dan paling teruk terkesan kerana bukan sahaja tekak Eropah Jonathan Khemdee tidak kena dengan citarasa Asia malahan perutnya teruk terkesan.
Lantaran itu Jonathan Khemdee yang dikejarkan ke hospital dan tidak dapat meneruskan latihan akhirnya dihantar pulang ke Thailand.
Satu kerugian besar buat peminat bola sepak Asia Tenggara menyaksikan kualiti yang ada pada pemain tersebut dan memberi kesan kepada Thailand yang kini hanya mempunyai 3 sahaja pemain bek tengah tulen.