Gareth Southgate – Badut Yang Menjadi Hero Baru England

Selepas berakhirnya perlawanan Sweden menentang England di Piala Dunia 2018 Rusia, Danny Mills yang memberi komentar di Astro mengatakan :

“He is coming from nowhere. I know him. He is my friend. But now he is the England coach and England is in semi final World Cup after 28 years.”

“Dia ni mai dari entah mana-mana. Saya kenai dia. Dia kawan saya. Tapi sekarang ni dia jurulatih England dan England masuk separuh akhir Piala Dunia lepas 28 tahun.”

Dan dia menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan apa yang berlaku dan selepas lima tahun, Southgate terus cemerlang apabila membawa England ke final EURO 2020.

Gareth Southgate telah menghapuskan badi dan sumpahan England di separuh akhir serta menempa sejarah apabila buat pertama kali mara ke final kejohanan EURO.

Kali terakhir England yang nampak power ini mara ke final kejohanan major adalah pada Piala Dunia 1966. Kini sudah pasti Danny Mills bukan sekadar menggeleng kepala mungkin menghantuk kepala ke dinding tanda tidak percaya.

Danny sedang bercerita tentang Gareth Southgate. Seorang bekas pemain England yang menjadi jurulatih England ketika ini.

Ramai masih tidak percaya bahawa Gareth, yang bukanlah seorang pemain ikonik England atau nama besar dalam arena kejurulatihan mampu membawa England sejauh ini.

Southgate merupakan pengurus paling berpakaian kemas di Piala Dunia tahun ini

Gareth sebenarnya dilantik sebagai jurulatih England sebaik Sam Allardyce dipecat kerana kantoi dengan wartawan berkenaan satu skandal.

Ketika itu ramai yang mengkritik perlantikan beliau. Sungguhpun begitu beliau mengambil amanah itu dengan penuh tanggungjawab.

Sebelum itu beliau hanya melatih skuad England dan pasukan Middlesbrough.

Cuma tiga tahun di Middlesbrough, pada tahun 2009 Gareth dipecat dan pasukan itu terpaksa turun ke liga bawahan.

Selepas itu beliau cuba berulang kali untuk mendapatkan jawatan jurulatih di liga bawahan namun semuanya gagal. Permintaan beliau tidak dilayan dan beliau langsung tidak dipanggil untuk interview jawatan.

Igauan ini berakhir pada tahun 2013 apabila beliau dilantik sebagai jurulatih bawah 21 England. Dan pada tahun 2016, beliau dilantik sebagai jurulatih skuad senior England.

Sudahlah perlantikan beliau ini pun penuh kontroversi dan kritikan, pemain yang beliau pilih pula terpaksa kita google pada ketika itu.

Tengok sajalah penjaga gol England yang beliau pilih, Jordan Pickford.

Kali pertama kita dengar terus saja bertanya kan?

Jap, cop, jordan pick what?

Gareth dan pasukannya ini telah pun dikritik dengan teruk. Penyokong memboo mereka. Ejekan dan hinaan juga menjadi siulan.

Pasukan beliau di World cup Russia ini juga digelar pasukan paling tidak berpengalaman dalam sejarah England.

Namun beliau tenang melawan arus.

Sejarah beliau rupanya adalah kekuatan beliau.

Kegagalan penalti Euro 1996

Gareth Southgate ini sebenarnya mula dikenali kerana kegagalan beliau mengambil sepakan penalti di Euro 1996 melawan German. Ketika itu seluruh England memaki beliau.

Hatta kumpulan Spice Girl yang baru nak up dengan lagu Wannabe masa itu pun turut sama membahan beliau di kaca televisyen.

Southgate selepas menyepak lemah penalti dalam Euro 1996

( Remember wannabe song ?

Yo, I’ll tell you what I want, what I really, really want, So tell me what you want, what you really, really want )

Dan beliau selalu bercakap tentang kegagalan beliau mengambil sepakan penalti ini. Ia ibarat peristiwa yang selalu menghantui beliau.

Kerana itu pasukan England sekarang antara pasukan terbaik dalam mengambil penalti dan set pieces. 8 daripada 11 gol mereka adalah melalui set pieces.

Kali pertama sejak 1966, England menjaringkan lebih 10 gol di dalam Piala Dunia. Ia dicipta oleh pasukan yang digelar pasukan Piala Dunia paling tidak berpengalaman dalam sejarah England.

Kegagalan mengambil penalti di Euro 1996 telah menyebabkan beliau menyediakan pasukannya sebaik mungkin dari sudut penalti dan set pieces. Dan ia terbukti berkesan.

Pemecatan dari kelab Middlesbrough

Kisah pemecatan beliau dari pasukan Middlesbrough pula telah memberi Gareth pengalaman berharga dari sudut keyakinan dan kepimpinan.

Beliau selalu mengatakan masalah utama beliau di Middlesbrough adalah keyakinan. Nampaknya beliau sememangnya belajar dari pengalaman.

Ketika dilantik menjadi jurulatih England, apapun kritikan yang dilemparkan kepada beliau, beliau hadapi dengan tenang. Beliau belajar untuk yakin terhadap apa jua keputusan dan gerak hati beliau.

Southgate bersama Boro

Antara perkara besar yang beliau ubah adalah barisan pertahanan. England selalunya menggunakan 4 pemain pertahanan. Namun beliau merasakan England lebih sesuai menggunakan hanya 3 pemain di barisan pertahanan.

Pada perlawanan pertama menggunakan sistem ini pada Mac 2017, pasukan England kalah kepada German. Namun beliau tetap yakin dengan keputusannya dan sekarang terbukti dengan menggunakan 3 pemain pertahanan memberi kesan positif terhadap corak permainan England.

Pelantikan Allen Russell

Beliau juga mengambil keputusan tidak popular apabila melantik Allen Russell sebagai attacking coach.

Allen ni pengalamannya hanyalah di kelab liga bawahan sahaja. Namun Allen inilah antara orang yang bertanggungjawab terhadap set pieces England yang cukup lethal sekarang.

Sebelum sepak mula melawan Sweden berlangsung, ramai bekas pemain Sweden melabelkan England pasukan manja dengan pemain kaya berlagak.

Gareth menafikan hal itu dan menegaskan bahawa kali ini kebanyakan pemain beliau adalah campuran daripada pasukan premier league dan liga bawahan.

Mereka datang dari kelab Barnsley, Leeds, Bolton serta Blackburn. Tidak hanya dari kelab mewah seperti arsenal, man United, chelsea dan kelab sejarah Liverpool.

Bekas pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic juga dengan nada yakin bergurau dengan David Beckham tentang game ini. Namun nyata Zlatan tidak selalunya menang.

Bukan jalan mudah untuk Gareth di Russia ini dalam membimbing England. Sebelum melawan Panama, ketika bersenam, beliau megalami dislocated shoulder.

Tapi sebagai seorang ketua, dengan bahu berbalut, Gareth memimpin England membelasah Panama 6-0.

Band of Brotherhood.

Ini antara isu besar yang beliau mampu selesaikan di kem England. Kerana semua orang tahu pasukan England selalunya berpuak mengikut kelab. Namun kali ini kelihatan kem England harmoni dan menikmati bola sepak secara berpasukan. Tiada diva dan drama queen.

Teamwork. Sesuatu yang tidak berjaya dilakukan jurulatih England sebelum ini, berjaya dilaksanakan oleh Gareth. Beliau membentuk satu pasukan yang saling membahu dengan visi dan misi yang sama.

Inspirasi

Dalam kalut berlatih untuk Piala Dunia di Russia menentang Sweden, ada video seorang budak 5 tahun di England yang mengalami kanser otak dimuat naik di media sosial.

Budak 5 tahun itu sebelum mendapat rawatan tidak berupaya untuk berjalan dan bercakap. Namun setelah menerima rawatan, Ben, nama budak itu, mampu bercakap.

Apa yang ditanya Ben?

Ini ialah Ben.

Setelah mampu bercakap, Ben terus sahaja bertanya tentang Piala Dunia.

Kakitangan hospital terus memberi semangat kepada beliau dengan memberi beliau replika world cup dan memuat naik video beliau di media sosial.

Guess what?

Kapten England, Harry Kane membalas video itu dan mengatakan, kami akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan Ben piala World Cup sebenar.

England menang melawan Sweden.

Wow.

Sikap Manusiawi

Gareth juga memahami tentang pentingnya sikap manusiawi. Ketika England bakal berdepan Colombia, Gareth mendapat tahu salah seorang pemain beliau iaitu Fabian Delph bakal mendapat bayi ketiga.

Langsung beliau membenarkan Fabian manaiki pesawat untuk pulang ke England bersama isteri beliau bagi menyambut kelahiran bayi ketiga itu.

“Keluarga tetap menjadi keutamaan kami,” kata Gareth apabila di tanya tentang kepulangan Fabian.

England menang melawan Colombia.

Inilah bola sepak

Ia bukan setakat 22 orang pemain mengejar objek putih bulat di atas padang rumput yang hijau.

Bola sepak adalah tentang kehidupan. Ia berkenaan mencari peluang serta menggunakan peluang itu dengan baik pada masa yang tepat.

Ia mengajar kita bahawa yang penting dalam hidup adalah kita hidup secara bersama. Saling bergantung dan saling memberi kesan.

Simbiosis.

Kesimpulan

Apapun yang berlaku dalam kehidupan, at least Gareth Southgate memberi kita teladan.

Keep on believing in ourselves.

Keep on dreaming. Keep learning.

Dan tidak lengkap tulisan ini jika tidak kita nikmati quote dari salah seorang tokoh kepimpinan England – Winston Churchill.

“Sure I am this day we are masters of our fate, that the task which has been set before us is not above our strength; that its pangs and toils are not beyond our endurance. As long as we have faith in our own cause and an unconquerable will to win, victory will not be denied us.”

Aku yakin banget hari ni kita adalah penentu takdir kita sendiri, bahawasanya apa yang kita kerjakan adalah dalam kemampuan kita, bahawasanya segala kesakitan dan kesulitan mampu kita hadapkan. Selagimana kita yakin dan percaya dengan perjuangan kita sendiri dan semangat yang kuat untuk menang, kemenangan tidak akan dinafikan daripada kita!”

Artikel asal ditulis oleh Saudara Suzaimi Zakaria, dan diolah mengikut selera tekak The Sukan.

BACA:  Nemanja Vidic: Southgate Memiliki Kekuatan Mental, Berani Ambil Risiko Dan Keputusan Dia Betul