Gareth Southgate Jadi Mangsa Sumpah Seranah Penyokong England

Impian Gareth Southgate dan pasukan England untuk membawa piala Kejohanan Eropah atau Euro 2020 ke bumi England berkecai apabila anak buahnya tewas penentuan sepakan penalti kepada pasukan Itali selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit perlawanan.

Tidak sampai dua minit perlawanan berlangsung, Luke Shaw terlebih dahulu menggamatkan Stadium Wembley apabila dia menjaringkan gol pendahuluan buat England menerusi satu rembatan volley kencang hasil hantaran cantik Kieran Trippier. Shaw tanpa dikawal, telah melakukan larian di titik buta pertahanan Itali sebelum menunjukkan ketajamannya menewaskan Giangluigi Donnarumma.

Pada separuh masa kedua, Itali akhirnya menyamakan kedudukan menerusi pertahanan veteran Leonardo Bonucci hasil daripada kekalutan di hadapan gol England selepas bola sepakan penjuru daripada Domenico Berardi ditanduk Marco Verratti.

Meskipun mempunyai peluang, kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan lantas membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Sepakan pertama Itali diambil oleh Berardi dan dengan mudah dia menewaskan Jordan Pickford, sebelum Harry Kane menjaringkan gol penalti buat England. Andrea Belotti memberikan detik sakit jantung seketika buat penyokong Itali apabila sepakannya diselamatkan Pickford.

Harry Maguire menggamatkan Stadium Wembley apabila sepakannya deras menuju penjuru gawang dan hanya mampu dilihat oleh Donnarumma. Bonucci bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan selepas berjaya menjaringkan penalti ketiga Itali, dan apa yang berlaku selepas itu ternyata membuatkan penyokong Tiga Singa sangat sakit hati.

Marcus Rashford yang hanya dimasukkan ketika perlawanan berbaki seminit demi mengambil tendangan penalti gagal melakukan tugasnya, apabila sepakannya leret terkena tiang dan keluar, meskipun penjaga gol Itali sudah tertewas.

Federico Bernardeschi mengambil kesempatan ini untuk mendahului pasukan lawan apabila menolak bola ke tengah gol dengan Pickford sudah melayangkan badan ke sebelah kanan. Jadon Sancho, seperti Rashford, dimasukkan demi sepakan penalti turut gagal menjalankan tugas buat negaranya.

Sepakannya dapat dibaca oleh Donnarumma, sekaligus memberikan kelebihan buat Itali. Jorginho berpeluang untuk mengesahkan kejuaraan buat Itali menerusi sepakan kelima pasukannya, namun taktik menghenjut saat akhirnya dapat dibaca Pickford lantas memberikan nafas buat pasukan England.

Namun harapan tinggal harapan. Bukayo Saka ditugaskan Southgate untuk mengambil tendangan terakhir dan sepakannya sangat straight forward dan dapat dibaca oleh Donnaruma yang kemudiannya menampan bola, sekaligus membawa Itali ke puncak Eropah.

Kalah tu satu hal, tapi tindakan Southgate yang memberikan tugas sepakan paling penting kepada Saka yang baru berusia 19 tahun sangat mengecewakan penyokong England.

Walaupun Saka tampil cemerlang sepanjang kejohanan ini, keputusan untuk menyuruhnya mengambil penalti paling penting dalam sejarah 55 tahun bola sepak negaranya adalah satu tindakan yang tidak patut kerana tekanan yang dihadapinya.

Berikut adalah antara beberapa ciapan penyokong England yang tidak puas hati dengan Southgate.

Selepas segalanya berakhir, Southgate dilihat cuba menenangkan Saka dan tindakan ini dipuji oleh seorang penyokong England yang masih mampu berfikir secara waras. Penyokong tersebut menyatakan dalam ciapannya bahawa Southgate bakal membawa England ke puncak lebih tinggi dan pasukan Tiga Singa tersebut kini berada dalam tangan yang selamat

Pada masa yang sama, Southgate turut memikul tanggungjawab di atas kekalahan ini dalam temubual selepas perlawanan.

“Ini adalah keputusan aku yang bagi dia penalti tu,” ujar Southgate.

“Semuanya tanggungjawab aku. Kita dah buat dalam latihan dan itu susunan yang kami persetujui.”

Saka mula mencuri tumpuan selepas tambil cemerlang dalam perlawanan menentang Republik Czech di peringkat kumpulan, sebelum mengekalkan tempatnya di dalam pasukan ketika England menewaskan Jerman 2-0 dalam pusingan 16-pasukan.

Dia menjadi pemain kesayangan oleh rakan sepasukan serta penyokong, namun selepas kegagalannya dalam perlawanan akhir, dia pasti akan menjadi mangsa makian dan perkauman daripada penyokong, memandangkan penyokong England cukup dikenali dengan sifat perkauman yang melampau.

Sumber : SB

BACA:  Soutgate Pertahan Maguire Walaupun Setelah Jaring Gol Sendiri