Gareth Southgate Merupakan Salah Seorang Pemilik Jam Hublot Yang Super Rare Di Muka Bumi Ini

Gareth Southgate merupakan salah seorang dari 1,000 orang yang memiliki jam tangan berjenama Hublot edisi terhad sempena kejohanan Euro 2020.

Beliau sangat bertuah untuk memiliki jam limited edition yang bakal memberi pelbagai maklumat penting berkait kejohanan Euro 2020 itu.

Pengurus berusia 50 tahun itu telah berjaya membawa England mara sehingga ke peringkat separuh akhir saingan Euro kali ini.

Kejayaan menewaskan Jerman di pusingan 16 terbaik dan membelasah Ukraine di peringkat suku akhir awal pagi tadi telah melayakan The Three Lions untuk beraksi di pentas separuh akhir.

Peminat mungkin perasan jam tangan cantik yang sering dipakai oleh Southgate sepanjang kejohanan ini, tapi mungkin ada ciri lain tentang jam tersebut yang peminat masih belum tahu.

Jam tangan berjenama Hublot yang dilengkapi dengan teknologi tinggi dengan ciri rangkaian inovatif itu dilaporkan berharga £4,800.

Hublot ‘Big Bang e’ merupakan Jam tangan rasmi untuk kejohanan Euro 2020 ini dan kesemua 12 bendera negara yang menjadi tuan rumah kejohanan ini ada pada jam tersebut.

Southgate bersama jam tangan super rare beliau

Ciri khas jam tersebut adalah ia mempunyai casing berukuran 42mm berwarna Black Magic dan paparan AMOLED 1,2 inci, 390 × 390 piksel yang dilapisi kristal nilam.

Skrin besar tersebut akan memudahkan untuk melihat maklumat seperti line-ups, kedudukan semasa, kedudukan pemain dan data-data penting yang lain berkait pemilihan pemain dan taktikal.

Fungsi lain untuk jam tersebut termasuklah penggera, pemberitahuan tentang jaringan, penalti, pertukaran pemain, kad kuning dan kad merah dan lain-lain lagi.

Pemilik jam itu juga boleh memuat naik latar mengikut warna negara yang mereka mahukan dari kesemua negara yang bertanding dalam saingan Euro 2020 dengan tiada cas tambahan yang akan dikenakan.

Jam mewah yang dianggap sebagai stadium maya itu perlu dicas selama 2.5 jam dan ia mampu bertahan selama satu hari.

Southgate sering dilihat memakai jam tersebut bersama suit bergaya beliau setiap kali beliau berdiri di tepi padang sambil memberi arahan kepada anak-anak buahnya yang sedang beraksi.

Jika Gareth Southgate memiliki jam tangan Hublot yang mewah dan limited edition, Cristiano Ronaldo juga mempunyai seutas jam tangan yang dianggap paling mahal pernah dihasilkan dalam sejarah.

Cristiano Ronaldo merupakan antara individu bertuah di dunia yang terpilih untuk memiliki jam tangan berjenama Rolex yang paling mahal dalam sejarah.

Hublot ‘Big Bang e’

Pemain penyerang Juventus itu tampil ketika di acara Dubai Globe Soccer Awards pada Januari tahun lalu dengan beliau ketika itu memakai jam tangan jenis Rolex GMT Master Ice.

Jam tangan milik pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu dikatakan bernilai £371,000 dan ia diperbuat daripada 18-karat emas putih.

Sebagai tambahan, selain dari 18 karat emas putih, jam tangan tersebut turut diperbuat daripada 30 karat berlian putih.

Hanya beberapa orang individu terpilih sahaja yang berpeluang untuk memiliki jam tersebut yang digambarkan sebagai kombinasi sebenar kemewahan dan inovasi teknologi dari Bob’s Watches.

Bagaimana beliau tidak mampu untuk memakai jam tangan semewah itu, dengan Cristiano Ronaldo pada tahun lalu telah dinobatkan sebagai pemain bola sepak pertama yang bergelar billionaire.

Jam Rolex Super mewah milik Cristiano Ronaldo

Bintang berusia 36 tahun itu turut dinamakan sebagai pemain berpendapatan paling tinggi di dunia menurut laporan dan kajian yang dilakukan oleh Forbes.

Beliau turut menjadi atlet yang memperoleh pendapatan tertinggi ketika lockdown tahun lalu, dengan menjana £1.9 juta menerusi Instagram sahaja.

Dari kesemua sosial media yang beliau miliki, Ronaldo mempunyai 400 juta pengikut dan dengan mudah beliau boleh meletakkan harga yang tinggi untuk mempromosikan sesuatu.

Bersama Juventus, Cristiano Ronaldo turut menerima gaji tahunan beserta bonus yang dianggarkan bernilai $65 juta.

Dan kerana kesemua sumber pendapatan yang diperoleh, beliau kekal menjadi antara atlet yang berpendapatan tertinggi di dunia.

Pada tahun 2020, Ronaldo memperoleh pendapatan bernilai $105 juta, yang mana $45 juta dari Nike, Altice, Herbalife dan produk peribadinya, CR7.

Jika gaji beliau sahaja sudah capai tahap ratusan juta, belum masuk pendapatan sampingan, jadi jelas tidak hairan mengapa Cristiano Ronaldo mampu memiliki jam jenama Rolex termahal dalam sejarah itu.

Sumber: SB

TheSun

BACA:  Erik Ten Hag Sudah Ada Pilihan Lain Jika Dipecat