Gareth Southgate Selalu Dapat Laluan Mudah?

England diundi berada dalam kumpulan B dalam saingan Piala Dunia Qatar tahun ini bersama Iran, Amerika Syarikat dan pemenang play-off Eropah antara Wales, Scotland atau Ukraine.

Kumpulan B dianggap antara kumpulan paling mudah di kejohanan kali ini berbanding kumpulan lain, dan jelas sekali tak ada kumpulan yang boleh dikategorikan sebagai kumpulan maut.

Gareth Southgate sememangnya sedikit bernasib baik jika melibatkan undian peringkat kumpulan seperti ini dengan beliau kerap diletakkan dalam kumpulan mudah.

Kerana itu jugalah penyampai talkSPORT, Simon Jordan sebelum ini pernah menghentam pengurus England itu kerana tidak memanfaatkan kesempatan mendapat laluan mudah dengan memenangi sesuatu.

Simon Jordan masih belum yakin dengan kepimpinan Gareth Southgate dan beliau turut meragui kemampuan sebenar pengurus skuad kebangsaan England itu.

Jordan merasakan England sepatutnya mampu menewaskan Croatia ketika aksi peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 dan percaya Three Liones patut muncul Juara saingan Euro 2020 yang lalu.

Southgate ketika kempen Piala Dunia Rusia, beliau berjaya memimpin skuad kebangsaan England untuk mara ke peringkat separuh akhir buat pertama kali sejak 1990 lalu.

Malangnya England pada ketika itu tewas di tangan Croatia dan terpaksa akur gagal untuk layak ke pentas perlawanan akhir.

Beliau kemudiannya memimpin skuad England untuk mara ke aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 pada musim panas lalu.

Sekali lagi, malang untuk skuad The Three Liones kerana mereka tewas menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir tersebut di tangan Itali.

Jordan faham yang Gareth Southgate dan capai kejayaan yang lebih bagus berbanding pengurus lain, namun beliau tetap percaya yang Southgate mempunyai kesempatan yang lebih baik untuk lebih berjaya.

Bercakap ketika bersiaran di studio talkSPORT, Simon Jordan menjelaskan bahawa:

“Mari kita lihat pada apa yang kita tak menang. Kita kalah di pentas Piala Dunia ketika kita berjaya mara jauh sedangkan ramai orang tak percaya kita akan mampu, tapi kita gagal untuk memanfaatkan kesempatan tu. Kita lakukan hal sama ketika Euro.”

“Kita sepatutnya menang European Championship dan meletakkan pemain di atas padang yang masih belum menyepak bola untuk ambil sepakan penalti, itu adalah sangat menyedihkan.”

Southgate ketika itu membawa masuk Marcus Rashford dan Jadon Sancho pada aksi tambahan masa dan kedua-dua pemain turut dipertangunggjawabkan untuk mengambil sepakan penalti.

Sayang sekali, kedua-dua Rashford dan Sancho gagal sempurnakan sepakan penalti, dan menyebabkan England tewas di tangan Itali dalam aksi penentuan sepakan penalti.

Bukayo Saka jadi pengambil sepakan penentu untuk skuad England, dan sepakan beliau berjaya diselamatkan oleh penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma.

Jordan kemudiannya menyambung ucapan beliau dengan menyatakan bahawa:

“Walaupun saya sangat bersetuju dengan kenyataan yang kita dah lakukan yang lebih baik di bawah dia berbanding pengurus lain, itu kerana kita ada kesempatan lebih bagus untuk lakukan itu.”

“Kita tak pernah dapat laluan dalam Piala Dunia atau European Championship seperti mana kita dapat sejak kebelakangan ini, jadi dia lebih mudah untuk bawa kita ke separuh akhir dan perlawanan akhir.”

“Saya masih fikir dengan peluang dia ada dia sepatutnya boleh hasilkan sesuatu yang lebih baik. Kita ada di mana kita berada kerana kita tak sepatutnya ada di sana dan di tewaskan.”

“Kita tewaskan semua pasukan yang sepatutnya kita kalahkan dan ketika kita bertemu pasukan yang susah kita nak makan, kita kalah.”

“Saya tak begitu yakin dia patut di pertahankan hanya kerana orang lain tak dapat capai tahap macam dia sebelum ini.”

Dakwaan Simon Jordan ternyata benar dengan Gareth Southgate sekali lagi diundi untuk berada di kumpulan mudah di pentas Piala Dunia kali ini.

Walau bagaimanapun, memang tak ada masalah untuk England melepasi peringkat kumpulan, namun cabaran sebenar sepertinya menanti mereka di peringkat kalah mati.

Diambil kira kepada ramalan diatas kertas maka ini lawan England dipusingan kalah mati sehingga ke final:

Pusingan 16 : England vs Senegal

Suku Akhir : England vs France

Separuh Akhir : England vs Belgium

Akhir : England vs Brazil

Jika England masih lagi menjadi juara kumpulan A dan ada kejutan di kumpulan lain maka inilah senarai pasukan yang bakal menjadi lawan di pusingan kalah mati hingga ke final:

Pusingan 16 : England vs Qatar, Ecuador, Senegal, Belanda

Suku Akhir : England vs Argentina, Saudi Arabia, Mexico, Poland, Perancis, Australia/UAE/Peru, Denmark, Tunisia

Separuh Akhir : England vs Sepanyol, Costa Rica/New Zealand, Jerman, Jepun, Belgium, Canada, Morocco, Croatia, Brazil, Serbia, Switzerland, Cameroon, Portugal, Ghana, Uruguay, Korea Selatan

Akhir : England vs Mana-mana pasukan yang layak

Keras-keras bukan? Bukan tunggul kayu semua tu.

Masih diambil kira ramalan di atas kertas pasukan pilihan lain menepati ramalan dan tidak menerima kejutan:

Pusingan 16 : England vs Belanda

Suku Akhir : England vs Argentina

Separuh Akhir : England vs Brazil

Akhir : England vs Perancis

Jika England kekal selaku naib juara kumpulan A dan di kumpulan lain pula ada kejutan dan keajaiban serta kisah dongeng bola sepak maka inilah kebarangkalian lawan England dipusingan kalah mati sehingga ke final.

Pusingan 16 : England vs Qatar, Ecuador, Senegal, Belanda

Suku Akhir : England vs Argentina, Saudi Arabia, Mexico, Poland, Perancis, Australia/UAE/Peru, Denmark, Tunisia

Separuh Akhir : England vs Sepanyol, Costa Rica/New Zealand, Jerman, Jepun, Belgium, Canada, Morocco, Croatia, Brazil, Serbia, Switzerland, Cameroon, Portugal, Ghana, Uruguay, Korea Selatan

Akhir : England vs Mana-mana pasukan yang layak

Namun semuanya bergantung kepada bagaimana kejohanan berlangsung nanti kerana England ada sejarah sengaja kalah demi untuk mendapat laluan yang lebih mudah.

BACA:  Nemanja Vidic: Southgate Memiliki Kekuatan Mental, Berani Ambil Risiko Dan Keputusan Dia Betul