Gareth Southgate Tertarik Untuk Memanggil Bintang Brighton Sertai Skuad Kebangsaan England

Pengendali skuad kebangsaan England, Gareth Southgate sedang mempertimbangkan untuk memanggil pertahanan Brighton & Hove Albion, Adam Webster sertai skuad The Three Liones.

Beliau tertarik dengan aksi dan persembahan mantap yang dipamerkan oleh Webster sejak kebelakangan ini dan mahu memanggilnya sertai kem England pada Mac nanti.

Pemain berusia 27 tahun itu terlepas beberapa perlawanan musim ini kerana dibelenggu masalah kecederaan, namun ketika beliau kembali beraksi, beliau menjadi antara pemain terpenting Brighton.

Beliau selain menjadi nadi utama kepada barisan pertahanan The Seagull’s, Webster turut berfungsi dengan sangat baik ketika membantu jentera serangan.

Beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu Chelsea baru-baru ini.

Webster cemerlang meledak satu gol ketika membantu Brighton mengikat Chelsea 1-1 dengan beliau turut mendapat pujian menggunung atas kecemerlangan beliau dalam perlawanan tersebut.

Sportsmail melaporkan yang Gareth Southgate telah diberitahu tentang persembahan luar biasa mantap bekas bintang Bristol City itu dan beliau juga turut tertarik untuk mendapatkan khidmatnya.

Pembantu pengurus skuad kebangsaan England, Steve Holland kini kerap dilihat berada di The AMEX Stadium dan menonton perlawanan yang melibatkan anak-anak buah Graham Potter itu secara lebih dekat.

Brighton secara taktikalnya memang agak flexible dan boleh beroperasi dengan menggunakan tiga ke empat pertahanan, dan Webster boleh bermain dengan baik dalam kedua-dua taktikal tersebut.

Southgate pula cukup terkenal dengan kedua-dua taktikal tersebut dan Websters jelas sekali merupakan pemain yang beliau perlukan.

Aksi England bertemu Switzerland pada 26 Mac nanti berkemungkinan akan menjadi medan ujian untuk Southgate menurunkan Webster.

Seandainya bintang Brighton itu boleh bermain dengan baik, tidak mustahil beliau akan ada dalam skuad Piala Dunia England di Qatar nanti.

Satu hal yang menakjubkan tentang Webster adalah beliau sangat selesa ketika melakukan build up dari barang dan hal itu turut disedari oleh Jamie Carragher ketika aksi Brighton baru-baru ini.

Bekas pemain kebangsaan England, Jamie Carragher menyatakan bahawa:

“Hantaran-hantaran Adam Webster dari bawah, kedua-dua kaki dia lebih bagus berbanding mana-mana pemain central defender England.”

Posisi central defender merupakan posisi paling bermasalah untuk skuad kendalian Gareth Southgate, dan beliau sendiri sepertinya masih belum menemui pemain terbaik yang boleh bermain di posisi tersebut.

Tyrone Mings, Conor Coady dan Ben White antara yang pernah dipanggil untuk sertai skuad England bersama John Stones dan Harry Maguire.

Brighton pada ketika ini berada di kedudukan ke-9 dalam carta saingan Premier League, dan mereka hanya tewas empat kali sahaja sepanjang musim ini.

Pengurus Brighton, Graham Potter telah dikaitkan bakal menjadi pengurus Everton selepas kelab dari Merseyside itu memecat Rafa Benitez.

Walau bagaimanapun, pengurus berusia 46 tahun itu menegaskan yang beliau tidak berminat sama sekali untuk meninggalkan Brighton pada ketika ini.

“Saya mahu beri tumpuan pada kerja saya, saya ulang, saya gembira di sini, sangat gembira di sini. Saya pada pandangan saya sendiri sedang mengendalikan kelab terbaik dalam saingan Premier League, pemilik yang menakjubkan, chairman, CEO, Sporting director. Semua orang-orang di sini hebat.”

Jelas Graham Potter.

“Saya sudah berada di kelab bola sepak yang membantu saya. Saya di sini bukan kerana saya bagus, ia kerana saya berada di kelab yang bagus. Saya ada orang-orang hebat di sekitar saya.”

“Saya ada orang-orang yang akan membenarkan saya melakukan kerja saya, itu beri dorongan kepada saya kerana mereka beri kepercayaan kepada saya.”

“Hal-hal ini semuanya penting. Ada organisasi hebat dalam kelab.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Southgate Nasihatkan Maguire Tinggalkan MU Atau Terlepas Peluang Wakili England