Gerakan Buaya Marcelo Brozovic Telah Merubah Cara Benteng Sepakan Percuma Dilakukan

Permainan bola sepak telah mengalami perubahan berkadaran terus dengan perjalanan masa, penambahbaikan demi penambahbaikan dilakukan bagi mencari taktik dan cara yang paling berkesan samada ketika bertahan atau menyerang.

Kebanyakkan pasukan bola sepak hari ini memainkan bola sepak dengan gaya pressing yang menutup ruang hantaran lawan ketika bola tiada di kaki sendiri.

Segala aspek diambil berat dan dilihat dengan begitu terperinci dan sehabis daya dilakukan bagi menutup kelemahan yang boleh dieksploitasi oleh lawan.

Sepakan percuma juga mengalami perubahan di mana pemain seperti Lionel Messi, Kevin De Bryune dan Ronaldilnho antara pemain yang berakal panjang.

Sudah menjadi satu kelaziman benteng lawan akan melompat ketika sepakan diambil dan ketiga-tiga pemain ini antara yang terkenal untuk membuat sepakan leret dan deras.

Bola akan melalui dibawah lompatan benteng dan menyukarkan penjaga gol untuk membaca sepakan itu dengan tepat lalu menghasilkan gol.

Hari ini, untuk mencegah kemungkinan benteng akan bocor dengan sepakan leret ketika benteng melompat ke udara seorang pemain akan membaringkan diri menutup ruang itu.

Ia adalah fenomena pelik pada awalnya dan tidak kurang lucunya yang kini sudah menjadi semakin biasa serta dipraktikan di peringkat tertinggi dengan sekali pandang macam bodoh pemain yang mengambil peranan untuk berbaring menutup ruang dulu kelihatan pelik kini menjadi normal.

Walau bagaimanapun, ia sebenarnya menjadi taktik yang berkesan untuk menghalang pemain daripada merembat di bawah benteng yang tidak dapat dilihat pergerakan bola dengan jelas.

Dan itulah sebabnya kami suka melihat semula insiden yang menjadikan ‘pengecualian draf’ terkenal pada mulanya, mengekalkan trend yang sejak itu melanda permainan yang indah itu.

Secara tepatnya tidak dapat diketahui bilakah kegilaan ini bermula. Menurut laporan GMS, pemain Inter Milan, Marcelo Brozovic menjadi pencetus kepada benteng berbaring dibawa ke arus perdana dan menjadi ikutan.

Marcelo Brozovic melakukan aksi ini di perlawanan Champions League pada 2018 ketika Inter Milan menentang Barcelona di peringkat kumpulan bagi menghalang sepakan percuma jahat Luis Suarez.

Pemain Inter Milan itu tidak menjadi kayu balak sebagai benteng dengan berbaring terus di padang tetapi melakukannya pada saat akhir selepas menyedari niat jahat Suarez yang mahu melakukan rembatan bawah.

Marcelo Brozovic menunggu masa yang tepat untuk Suarez lepaskan rembatan lalu merebahkan badan dibelakang benteng yang melakukan lompatan untuk menghadang rembatan leret Suarez.

Apa yang dilakukan oleh Marcelo Brozovic pada ketika itu telah dilabel sebagai gerakan buaya atau crocodile move untuk menghadang sepakan yang jahat.

Sejak Marcelo Brozovic berjaya menghadang percubaan dengan gerakan buaya itu, benteng sepakan percuma telah berubah dan menjadi ikutan hampir semua pasukan serta menjadi rutin.

Marcelo Brozovic boleh dianggap sebagai trendsetter kerana melakukan gerakan buaya ini di pentas bersar dan tertinggi di mana hampir bilion peminat bola sepak menyaksikannya.

Sudah pasti Marcelo Brozovic bukan pencipta kepada taktik ini namun dialah yang menjadikan taktik ini popular dan menyedarkan banyak pasukan meletakkan kayu balak di benteng adalah satu perkara yang berkesan.

Jika gerakan Marcelo Brozovic dilakukan pada saat akhir hadangannya kini sudah ada pemain yang ditugaskan untuk berbaring dan menjadi kayu balak.

Lionel Messi yang terkenal dengan sepakan percuma jahat secara leret ini sendiri pernah menjadi kayu balak menutup ruang ketika bersama PSG.

Pada kebiasaannya pemain lawan yang sentiasa menjadi kayu balak menutup percubaan Messi dan Messi sendiri tidak terkecuali untuk melakukannya.

BACA:  Syarikat Ini Rugi RM2 Juta Kerana Mencetak 18,000 Baju 'England World Cup Winners'