Giroud Keluar Jika Aubameyang Masuk

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata Olivier Giroud akan dibenarkan berpindah jika Arsenal berjaya mendapatkan khidmat Pierre-Emerick Aubameyang bulan ini.

Satu delegasi untuk memuktamadkan perjanjian Aubameyang telah dihantar oleh Arsenal awal minggu ini, tetapi masih lagi gagal mencapai kata persetujuan.

Cinta 3 Segi

Bidaan berjumlah £50juta dari Arsenal terhadap Aubameyang telah ditolak Borussia Dortmund. Dortmund dilaporkan mahu yuran perpindahan dinaikkan sehingga £60juta atau Olivier Giroud disertakan sekali dalam perjanjian tersebut.

Wenger mengesahkan Arsenal dan Dortmund telah mengadakan perbincangan minggu ini bagi membincangkan perpindahan tersebut. Tetapi Wenger mengakui perjanjian tersebut masih lagi jauh dari menemui kata sepakat.

“Tiada apa yang boleh saya umumkan hari ini berkenaan perkara tersebut. Buat masa sekarang, tiada sebarang kemajuan dalam perbincangan.”

“Perpindahan Aubameyang masih lagi boleh berlaku tetapi kami masih jauh dari menemui kata sepakat.”

“Kami mungkin akan menandatangani seseorang. Tetapi tiada sebarang pengumuman dapat diberikan hari ini berhubung perkara tersebut.”

Wenger turut mengesahkan pemain antarabangsa Perancis, Olivier Giroud tidak akan berada dalam perjanjian Aubameyang ke Arsenal, tetapi mengakui Giroud akan dibenarkan berpindah jika Arsenal berjaya mendapatkan penyerang baru.

Puskas winner

“Giroud tidak akan berada dalam perjanjian tersebut. Saya mahu Giroud terus kekal bersama Arsenal. Tiada pemain yang akan keluar jika tiada pemain yang masuk.”

“Mungkin satu atau dua pemain muda akan dipinjamkan ke kelab luar, tetapi pemain senior akan terus kekal kecuali jika ada pemain baru masuk ke Arsenal.”

Wenger turut menambah yang Arsenal masih lagi dalam perbincangan untuk melanjutkan kontrak Mesut Ozil yang bakal tamat hujung musim ini.

“Kami masih lagi jauh untuk berasa yakin yang Ozil akan terus kekal bersama Arsenal. Beliau telah menunjukkan sikap seperti seorang pemain yang fokus dan bersedia untuk kekal disini.”

“Kami masih lagi jauh untuk memberitahu kamu [pihak media] yang beliau akan menurunkan tandatangan. Saya masih tidak tahu.”

BACA:  Wenger Akui Terluka Dengan Perpecahan Yang Wujud Dalam Kalangan Peminat Arsenal