Glen Kamara Kena ‘Boo’ Dengan Budak-Budak Sepanjang Perlawanan

Pemain midfield Rangers, Glen Kamara kena boo sepanjang perlawanan bertemu Sparta Prague dalam aksi saingan Europa League awal pagi tadi.

Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah, Kamara kena boo dengan para penyokong kanak-kanak yang hadir ke stadium menyaksikan perlawanan tersebut.

Insiden mengejutkan itu telah dilaporkan oleh Jordan Campbell dari The Athletic yang turut hadir untuk menonton perlawanan yang dilangsungkan di Sinobo Stadium itu.

“Penyokong Sparta Prague menghina Glen Kamara dengan hinaan berunsur perkauman sepanjang aksi perlawanan bertemu Rangers malam ini.”

Jelas beliau.

“Satu hal yang tak boleh diterima adalah hampir 10,000 kanak-kanak setempat yang dibawah usia 14 tahun turut masuk menonton perlawanan tersebut.”

“Namun Glen Kamara yang sebelum ini dikatakan menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman oleh Ondrej Kudela, kini menjadi mangsa boo para penyokong seluruh stadium setiap kali beliau menyentuh bola.”

“Ia merupakan situasi yang sungguh menekan.”

Pemain berusia 25 tahun itu turut dilayangkan kad merah pada minit ke-74 permainan dan menyebabkan Rangers menghabiskan baki 15 perlawanan dengan hanya 10 orang pemain sahaja.

Sebelum sepak mula perlawanan, pemain berusia 25 tahun itu bersama rakan sepasukannya berlutut seperti biasa, namun para pemain Slavia Prague sekadar berdiri di dalam bulatan.

Sejak dari detik itu lagi, beliau telah menjadi mangsa hinaan dan gangguan dari para penyokong sehingga detik beliau meninggalkan padang kerana layangan kad merah.

Emma Dodds sendiri turut menggambarkan situasi tersebut sebagai gangguan yang sangat teruk dan lebih parah lagi ia dari para penyokong kanak-kanak.

Dodds mendakwa yang Kamara merupakan mangsa paling teruk diganggu oleh para penyokong, berbanding mana-mana pemain Rangers yang lain.

“Saya tidak begitu sedar kerana saya menumpukan kepada permainan.”

Jelas pengurus Rangers, Steven Gerrard selepas tamat perlawanan tersebut.

“Tapi kalau semua itu benar, saya memang benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku. Tapi saya tak terkejut.”

Juara saingan liga Scotland itu tewas 1-0, dan ia bermakna mereka kini berada di kedudukan paling corot dalam saingan peringkat kumpulan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Europa League 2019/20 Separuh Akhir: Sevilla 2-1 Manchester United