UEL 2022/23: Sheriff Tiraspol 0 Manchester United 2, King Akhiri Kemarau Jaringan

Cristiano Ronaldo berjaya menamatkan kemarau golnya dalam tujuh perlawanan terakhir apabila Manchester United menewaskan Sheriff Tiraspol dalam Liga Europa 2022-2023.

Manchester United menentang perlawanan hari kedua Kumpulan E Liga Europa 2022-2023 dengan melawat kandang Sheriff Tiraspol di Stadium Zimbru.

Manchester United mendominasi penguasaan bola sehingga 64 peratus.

Selain itu, Manchester United mampu melepaskan 11 percubaan dengan 2 daripadanya berakhir di dalam gawang lawan.

Sheriff Tiraspol sebenarnya memiliki jumlah peluang yang hampir sama dengan Manchester United. Namun mereka tidak cukup tajam di hadapan gol.

Manchester United segera bermain menyerang sejak wisel permulaan separuh masa pertama.

Ketika aksi baru berusia 17 minit, Jadon Sancho menunjukkan prestasi kelas dunianya dengn gol pembukaan. Ianya respon sempurna buat Southgate yang meyisihkan namanya daripada panggilan antarabangsa terkini.

Sancho berjaya menerima hantaran cantik Christian Eriksen dan terus merembat masuk bola menewaskan penjaga gol Sarip Dol iaitu Maxym Koval.

Sancho menunjukkan prestasi luar biasanya pada musim ini berbanding dengan pemain seperti Jack Grealish. Namun Southgate masih tidak memanggil pemain itu. Jika sebelum ini Sancho tidak dipanggil, peminat menerimanya kerana di bawah Ole, pemain itu jarang bermain. Kini Sancho memiliki minit permainan yang lebih baik.

Pada minit ke-28, Iyayi Atiemwen mendapat peluang daripada sepakan percuma. Bagaimanapun, rembatan kaki kanan Atiemwen masih tersasar daripada gawang David de Gea.

Pada minit ke-38, Manchester United diberikan sepakan penalti selepas Diogo Dalot dikasari oleh Patrick Kpozo di dalam kotak penalti.

Cristiano Ronaldo tampil untuk mengambil tugasan tersebut. Dan pemain yang menggelarkan dirinya King itu tiada masalah menjaringkan gol daripada kedudukan tersebut.

Rembatan kaki kanan Ronaldo masuk tepat ke tengah gawang dan gagal dijangka oleh Maxym Koval. Gol ke atas Sheriff Tiraspol turut membuka kemarau gol Ronaldo dalam tujuh perlawanan sebelum ini.

Lebih menarik, ini adalah gol pertama Ronaldo dalam kempen Europa League di dalam sejarah kariernya.

Ronaldo kini telah menjaringkan satu gol dalam lapan perlawanan bersama Manchester United dalam pelbagai pertandingan untuk musim 2022-2023. Tetapi kita yakin bahawa akan lebih banyak gol terhasil selepas ini.

Pada separuh masa kedua, Manchester United tidak menunjukkan tanda tanda mereka mahu melonggarkan serangan walaupun kedudukan 2-0.

Dan mereka hanya kelihatan melonggarkan tempo permainan pada 10 minit terakhir. Itupun selepas memikirkan bahawa tugas mereka sudah selesai.

Dengan keputusan ini, Manchester United akhirnya memenangi kemenangan pertama mereka dalam Liga Europa musim ini. Bau bau kejuaraan sudah mulai memanggil kembali.

Sebelum ini, Manchester United ditewaskan 0-1 oleh Real Sociedad pada hari perlawanan pertama.

Senarai pemain:

Sheriff Tiraspol (4-3-3): 35-Maxym Koval; 20-Armel Zohouri, 15-Gaby Kiki, 6-Stjepan Radeljic, 2-Patrick Kpozo; 10-Cedric Badolo, 18-Moussa Kyabou, 8-Mouhamed Diop; 61-Ibrahim Akanbi Rasheed (11-Felipe Vizeu 73′), 80- Iyayi Atiemwen (17-Mudasiru Salifu 81′), 7-Abou Ouattara (28-Pernambuco 73′)

Jurulatih: Stjepan Tomas

Manchester United (4-2-3-1): 1-David de Gea; 20-Diogo Dalot (23-Luke Shaw 70′), 19-Raphael Varane, 6-Lisandro Martinez (5-Harry Maguire 90′), 12-Tyrell Malacia; 39-Scott McTominay (18-Casemiro 46′), 14-Christian Eriksen; 21-Antony (49-Alejandro Garnacho 90′), 8-Bruno Fernandes, 25-Jadon Sancho; 7-Cristiano Ronaldo (36-Anthony Elanga 81′)

Jurulatih: Erik ten Hag

Pengadil: Pawel Raczkowski (Poland)

BACA:  Bale Kecewa Gol 'Lipat' Ketika Menentang Liverpool Tidak Dicalonkan Dalam UEFA's Goal of the Season