Bale Kecewa Gol ‘Lipat’ Ketika Menentang Liverpool Tidak Dicalonkan Dalam UEFA’s Goal of the Season

Penyerang Real Madrid, Gareth Bale meluahkan perasaan terkejutnya selepas panel UEFA yang mengadili ‘UEFA’s Goal of the Season’ tidak menyenaraikan gol ‘overhead kick’ beliau ketika menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.

Bale juga secara berseleroh berkata panel-panel yang membuat keputusan memilih gol terbaik mungkin mahu melihat diri mereka dipecat. Gol ‘overhead kick’ Cristiano Ronaldo ketika menentang Juventus mendapat pencalonan tetapi Bale enggan memberi komen apabila ditanya gol manakah yang lebih bagus.

Panel gilo ! Gol comey setaro tu pon x dapat masuk list

Bekas pemain Spurs itu seperti tidak percaya apabila menerima berita gol cantik yang dijaringkannnya itu dipandang sepi barisan panel UEFA dan tiada langsung dalam pencalonan.

Dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah musim lepas, Bale dimasukkan pada separuh masa kedua ketika kedudukan terikat 1-1. Bale hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk menjaringkan gol ‘lipat’ untuk menewaskan Loris Karius sekaligus menjadikan kedudukan 2-1.

Bale sekali lagi muncul hero buat Los Blancos pada 10 minit terakhir perlawanan dengan menjaringkan gol ke-3 Real Madrid menerusi sepakan jarak jauh yang gagal ditampan dengan kemas Karius. Dua jaringan dari Bale mengesahkan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut untuk Real Madrid.

Gol yang meluruhkan hati peminat YNWA

Walaupun berjaya menjaringkan gol akrobatik dalam pentas final, ia masih lagi tidak cukup meyakinkan panel pemilih UEFA untuk menyenaraikan gol tersebut dalam senarai akhir. Gol Ronaldo ketika menentang Juventus di peringkat suku akhir dipilih di hadapan gol Bale, walaupun kedua-dua gol hampir sama cantiknya.

Apabila mendapat tahu gol beliau langsung tidak dicalonkan, Bale dalam nada bergurau mendakwa panel pemilihan wajar dipecat atas keputusan tersebut.

“Saya tidak tahu kenapa nama saya langsung tiada dalam senarai tersebut.”

“Saya mahu tahu siapa yang melakukan pemilihan ini kerana panel-panel ini mungkin mahu diri mereka dipecat !”

Gol Ronaldo dianggap lebih cantik dari Bale. Setujukah anda ?

Bale turut ditanya adakah gol beliau lebih cantik dari jaringan Ronaldo.

“Saya tidak berhak memberikan komen mengenai soalan ini.”

Untuk rekod, hanya satu gol sahaja dibenarkan dari setiap pertandingan utama UEFA untuk dicalonkan dalam anugerah tersebut.

Selepas undian dilakukan, Ronaldo berjaya memenangi undian tersebut dihadapan jaringan Dimitri Payet untuk Marseille di peringkat suku akhir Europa League. Tempat ke-3 dimenangi oleh Eva Navarro yang berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Kejohanan Eropah Bawah 17-Tahun.

Gol volley Zidane pada aksi final UCL 2002. Michael Ballack hanya mampu melihat

Jaringan Bale ketika menentang Liverpool dianggap sebagai salah satu jaringan terbaik dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah memandangkan ianya dijaringkan di pentas final. Gol tersebut dianggap setaraf dengan jaringan pengurus Real Madrid musim lalu, Zinedine Zidane dalam final Liga Juara-Juara Eropah 2002 menentang Bayern Leverkusen.

BACA:  Mignolet Yakin Karius Akan Kembali Lebih 'Gagah' Selepas Mimpi Ngeri Di Kiev