Pemain yang paling kebal dari segenap segi dalam dunia bola sepak, Zlatan Ibrahimovic telah menjaringkan gol kemenangan akrobatik lewat permainan yang sangat padu yang pecah muka pecah kepala.
Berusia hampir 40 tahun Zlatan Ibrahimovic tiada tanda-tanda sebagai pemain yang berada di penghujung karier apabila terus menjadi tonggak pasukan untuk beraksi di pentas tertingg bola sepak.
Kegemilangan karier bola sepak peringkat tertinggi Zlatan Ibrahimovic pada tanggapan ramai berakhir selepas cemelang bersama Paris Saint-Germain.
😎 Just 39-year-old Zlatan Ibrahimović scoring a late overhead winner for his seventh goal in four Serie A games. 🔥🔥🔥
As you were…#UEL pic.twitter.com/9rV7Bostw7
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) November 1, 2020
Namun Zlatan membuktikan sebaliknya apabila menyertai Manchester United dan telah membantu pasukan bandar Manchester itu menjulang Europa League.
Kecederaan menjadikan jodoh Zlatan dan Setan Merah tidak panjang dan Zlatan berkelana ke Liga bola sepak Amerika Syarikat bersama LA Galaxy.
Major League Soccer(MLS) kini seakan menjadi tempat pemain lagenda dan handalan dunia bermain sebelum menamatkan karier mereka dengan persaraan, namun tidak bagi Zlatan.
39 and riding high 🚲
Zlatan Ibrahimovic's winner keeps AC Milan top of Serie A. pic.twitter.com/BNzUOU23NJ
— B/R Football (@brfootball) November 1, 2020
Selepas bersama LA Galaxy, Zlatan telah kembali menyertai cinta lamanya, AC Milan dan terus menjadi pemain tonggak di usia senja bagi pemain bola sepak.
Terkini dalam perlawanan AC Milan menentang Udinese, Zlatan membuktikan bahawa usia hanya sekadar nombor sahaja apabila menjaringkan gol kemenangan pada babak akhir perlawanan.
Lebih menarik gol daripada Zlatan ini hadir melalui gol akrobatik yang sudah menjadi cap dagang beliau sejak menggegar dunia bola sepak.
Hantaran Rebic ke kotak telah berjaya di dipintas dan Zlatan telah kehilangan bola dan tiada sudut lagi untuk gol dijaringkan kerana Zlatan membelakangi gawang.
Zlatan telah melipat bola bola diudara daj terus masuk ke gawang.
Milan mendahului menerusi Franck Kessie pada minit ke-18 di mana Zlatan melakukan Assist. Namun kedudukan disamakan oleh Rodrigo De Paul menerusi penalti minit ke-46.
Statistik sangat menakjubkan yang dipamerkan oleh Zlatan untuk AC Milan musim ini apabila telah menjaringkan 10 gol dalam 7 perlawanan dalam semua kejohanan.
Setakat ini Zlatan telah menjadi penjaring terbanyak Serie A bagi musim 2020/21 dengan 7 gol dalam 4 perlawanan sahaja.
39-year-old Zlatan Ibrahimović so far this season:
⬢ top of Serie A
⬢ top scorer in Serie A
⬢ scored in every Serie A appearance
⬢ involved in 10 goals in seven games across all competitionsA living legend. 🦁 pic.twitter.com/uAdknQxqD2
— Squawka Football (@Squawka) November 1, 2020
Zlatan telah menjaringkan dua gol ketika menentang Bologna, Inter Milan dan AS Roma serta satu gol dan satu assist ketika menentang Udinese.
Pada September Zlatan terpaksa berehat selepas dijangkiti Kovid dan terpaksa berehat lama dan menjalani proses kuarantin.
AC Milan telah mengikat Zlatan setahun lalu secara percuma dan kini Zlatan memacu AC Milan untuk berada di puncak Serie A.
Zlatan Ibrahimovic.
4 caps in Serie A.
Brace vs Bologna ⚽️⚽️
Brace vs Inter ⚽️⚽️
Brace vs Roma ⚽️⚽️
Goal + assist vs Udinese ⚽️⚽️He’s 39 years old.
He also had Covid in September.AC Milan signed him for free 11 months ago. They’re now leading the league.@Ibra_official 🤴🏻
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 1, 2020
AC Milan kini menjadi satu-satunya pasukan belum kalah di Serie A musim ini selepas 6 perlawanan dengan 5 kemenangan dan 1 seri.