Sungguh luar biasa gol lencong dari Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj dan meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-13 dalam perlawanan menentang musuh tradisi, Indonesia.
Akhirnya Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj membuka tirai jaringan dengan satu rembatan, padu dan indah, sungguh sempurna gol dari Kogi ini.
Kesilapan pemain Indonesia yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas menyaksikan bola sampai ke kaki Kogi yang terus merembat.
๐ Just put it on repeat!
๐ฑ Kogileswaran Raj with a sensational strike to open the scoring!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #MASvIDN pic.twitter.com/I2mggCIIrK
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 19, 2021
Di awal permainan Pratama Arhan mencuba melakukan rembatan melalui gerakan solo yang mudah menembusi pertahanan Malaysia tapi rembatannya tersasar.
Sepakan penjuru inswinger Indonesia menuju bucu tiang jauh diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat yang kemudiannya telah terlepas bodo bolanya.
Mujur bola terlepas tidak memasuki gawang dan hampir saja aksi kelakar terjadi. Selamat gawang Malaysia.
Malaysia kembali menyerang dan menguji kubu Indonesia dan berjaya mendapatkan dua sepakan penjuru berturut-turut.
Perlawanan berterusan rancak dengan Malaysia garang menekan dan Indonesia menunggu untuk melakukan serangan balas pantas.
Kegopohan Rizal Ghazali berjaya dikawal dengan baik dan mengeluarkan Malaysia dari bahaya sebelum Kogi menjaringkan gol pendahuluan.
Indonesia terus mengasak dan Irfan Jaya datang ke sebelah kanan Khairul Fahmi yang sempat membuat hadangan untuk lontaran ke dalam.
Sangat luar biasa lontaran ke dalam Indonesia dari Pratama Arhan. Lain macam.
Syafiq Ahmad memperolehi peluang terbaik untuk menggandakan kedudukan ketika penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata sudah keluar namun lambungannya tersasar.
๐ค Teamwork makes the dream work!
๐ฆ Brilliant buildup leads to a fine finish from Irfan Jaya! #AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #MASvIDN pic.twitter.com/DoDUw2WBFe
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 19, 2021
Witan Sualeman melakukan cutback di dalam kotak memecahkan benteng Malaysia dan hantaran itu mudah disempurnakan Irfan Jaya dengan gawang terbuka.
Pratama Arhan melakukan rembatan yang berjaya ditepis Khairul Fahmi namun Irfan Jaya yang tidak dikawal mudah menolak masuk untuk gol kedua.
Indonesia datang lagi kali ini palang menjadi penyelamat selepas dua kali bola meniti palang.
๐ It's that man again!
โฑ๏ธ Irfan Jaya with his second goal in less than ๐ minutes!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #MASvIDN pic.twitter.com/Cma1h4NU79
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 19, 2021
Tamat separuh masa pertama menyaksikan Indonesia bangkit dan mendahului 2-1.
Kesebelasan utama Malaysia vs Indonesia
Junior Eldstal kembali dari kecederaan dan telah digandingan bersama Dion Cools di pertahanan tengah, Faisal Halim akhirnya membuat penampilan pertama di Piala AFF 2020.
Hanya Aidil Zafuan sahaja tidak disenaraikan dan Shahrul Saad ada di bangku simpanan, manakala Syafiq Ahmad mengepalai jentera serangan.
Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat โ Melaka United FC (32 Tahun)
Pertahanan
Dion-johan Cools โ FC Midtjylland (25 Tahun)
Junior Eldstal โ Chonburi FC (30 Tahun)
Mohd Rizal Mohd Ghazali โ Kedah Darul Aman FC (29 Tahun)
Muhammad Syahmi Safari โ Selangor FC (23 Tahun)
Tengah
Baddrol Bakhtiar โ Kedah Darul Aman FC (33 Tahun)
Muhammad Safawi Rasid โ Johor Darul Taโzim FC (24 Tahun)
Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj โ Petaling Jaya City FC (23 Tahun)
Arif Aiman Mohd Hanapi โ Johor Darul Taโzim FC (19Tahun)
Mohamad Faisal Abdul Halim โ Terengganu FC (23 Tahun)
Penyerang
Muhammad Syafiq Ahmad โ Johor Darul Taโzim FC (26 Tahun)
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Piala Suzuki AFF 2020 | Ahad, 19 Disember 2021
โฝ MALAYSIA ๐ฒ๐พ ๐ ๐ฎ๐ฉ INDONESIA
๐ฃ 8.30 malam ini
๐ Stadium Nasional, Singapura#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #MASvIDN #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/SZFqtHUWmiโ FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 19, 2021
Pemain Simpanan
Kalamullah Al-hafiz Md Rowi โ Petaling Jaya City FC (26 Tahun)
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid โ Selangor FC (32 Tahun)
Shahrul Mohd Saad โ Johor Darul Taโzim FC (28 Tahun)
Quentin Cheng Jiun-ho โ Penang FC (22 Tahun)
Muhammad Ariff Farhan Md Isa โ Kedah Darul Aman FC (25 Tahun)
Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar โ Terengganu FC (25 Tahun)
Dominic Tan โ Police Tero FC (24 Tahun)
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi โ Selangor FC (20 Tahun)
Luqman Hakim Shamsudin โ KV Kortrijk (19 Tahun)
Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi โ Selangor FC (27 Tahun)
Guilherme De Paula Lucrecio โ Johor Darul Taโzim FC (35 Tahun)
Muhammad Akhyar Abdul Rashid โ Johor Darul Taโzim FC (22 Tahun)
Tidak disenaraikan
Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak โ Johor Darul Taโzim FC (34 Tahun)
Rekod Pertemuan Malaysia vs Indonesia
Perseteruan Malaysia dan Indonesia dalam dunia bola sepak mempunyai sejarah yang panjang yang bermula sejak 7 September 1957 lagi, pertemuan pertama Malaysia dan Indonesia.
Pertemuan di Pesta Bola Merdeka ini menyaksikan Indonesia berjaya menewaskan Malaysia dengan jaringan empat gol berbalas dua.
Sejak itu Malaysia dan Indonesia telah bertemu sebanyak 96 kali di Mana Indonesia menang 39 kali dan Malaysia menang 36 kali serta seri 21 kali.
Jumlah perlawanan Keseluruhan: 96
Indonesia menang: 39 kali
Malaysia menang: 36 kali
Seri: 21 kali
๐ฆ A draw is enough to send the Garuda ๐ฎ๐ฉ to the Semi-Finals
๐ฏ Only a win will do for Harimau Malaya ๐ฒ๐พ!
๐คจ Who wins it?#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #MASvIDN pic.twitter.com/LK1YSzm29v
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 19, 2021
Perlawanan pertama: 7 September 1957 (Pesta Bola Merdeka) Malaysia 2-4 Indonesia.
Perlawanan terakhir: 19 November 2019 (Kualifikasi Piala Dunia 2022) Malaysia 2-0 Indonesia.
Pencetak gol pertama Timnas Indonesia ke gawang Malaysia: Jasrin Jusron (32โฒ), Pesta Bola Merdeka
Pencetak gol terakhir Timnas Indonesia ke gawang Malaysia: Alberto Goncalves (38โฒ), Kelayakan Piala Dunia 2022.
๐ Indonesia coach Shin Tae-yong has confirmed one key individual is available for tonight's HUGE clash in Group ๐ ฑ๏ธโฆ
๐ณ๏ธ Check out the preview and ๐ฉ๐ข๐ง๐ for who you think will be the winnerhttps://t.co/pvWHpQNmpq#AFFSuzukiCup | #RivalriesNeverDie | #AFFSuzukiCup2020
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 19, 2021
Dalam perlawanan Piala AFF Suzuki sejak diperkenalkan pada tahun 1996 Malaysia bertemu Indonesia sebanyak 8 kali di mana keputusan seimbang, Malaysia menang 4 dan Indonesia menang 4.
Jumlah perlawanan Piala AFF: 8 kali
Indonesia menang: 4
Malaysia menang: 4
Pertemuan pertama di Piala AFF 1996: Malaysia Vs Indonesia 3-1
Pertemuan terakhir di Piala AFF 2012: Malaysia Vs Indonesia 2-0
Head to head Indonesia vs Malaysia di AFF Cup.
Indonesia hanya membutuhkan satu poin untuk bisa lolos ke babak empat besar.
Semoga malam ini bisa lebih dari satu poin โ๐ฎ๐ฉ#jebreeet #jebreeetindonesia #jebreeetmedia pic.twitter.com/NARdJBYsNG
โ Jebreeetmedia (@jebreeetmedia) December 19, 2021
Untuk rekod di Piala AFF Suzuki, Malaysia tidak pernah tewas kepada Indonesia sejak muncul juara di Piala AFF Suzuki 2010 di mana Indonesia menjadi tuan rumah.
Sejak itu Malaysia tidak pernah tewas dalam perlawanan kompetitif tidak pernah kalah. Kekalahan Malaysia hanya hadir melalui perlawanan persahabatan pada tahun 2014 dan 2016.