Gol Sepakan Percuma Genius Lagi Mengelirukan Angel Di Maria

Pemain sayap Paris Saint-Germain (PSG), Angel Di Maria telah menjaringkan satu gol dari sepakan percuma yang agak jahat lagi mengelirukan lawan dan juga rakan sepasukan.

Gol ini terhasil selepas babak kedua kembali bersambung di mana Maxwel Cornet telah menarik Angel Di Maria selepas gagal mengejar larian pemain Argentina itu.

Angel Di Maria terus merebahkan badan dan pengadil meniup wisel, sepakan percuma diberikan dari sudut yang jarang-jarang dapat menghasilkan gol.

Di Maria telah mengangkat tangan seperti isyarat mahu menghantar bola kepada rakan sepasukan untuk disudahkan namun sebalinya dilakukan Di Maria.

Sepakan Di Maria terus melencong lalu melantun di tengah kotak penalti dan terus masuk ke gawang menewaskan Anthony Lopes yang tidak terjangkau untuk menyelamat.

Pemain Lyon dan juga PSG cuba mengejar bola itu untuk membuat tindakan susulan namun tiada siapa sempat menyentuh bola itu yang terus terkulai di dalam gawang.

Minggu lalu merupakan minggu agak sukar buat Di Maria selepas keluarganya telah dirompak dan ditahan sebagai tebusan dalam perlawanan PSG tewas 1-2 kepada Nantes.

Berita kejadian itu diterima Di Maria ketika sedang beraksi, Di Maria terus dikeluarkan dengan iringan tangisan sebelum terus meninggalkan stadium.

Angel Di Maria dipanggil untuk meninggalkan padang dengan digantikan dengan Leandro Paredes dan beliau seolah bingung dengan keputusan Pochettino yang mengeluarkannya itu.

Pochettino kemudian mengiringi Di Maria melalui terowong sambil memberitahu pemainnya itu tentang mengapa beliau dikeluarkan lebih awal dengan kedudukan ketika itu terikat 1-1.

Nampaknya Di Maria kembali bangkit daripada peristiwa tersebut dan membantu PSG menewaskan Lyon 4-2, kemenangan ini meletakkan PSG kembali ke puncak Ligue 1.

Gol pembukaan perlawanan telah dijaringan oleh Kylian Mbappe pada minit ke-15 dengan satu rembatan leret yang melalui celahan kaki penjaga gol Lyon, Anthony Lopes.

Danilo Pereira menggandakan kedudukan 17 minit kemudian dengan satu rembatan leret juga tetapi meroket perginya sebelum Angel Di Maria menjadikan kedudukan 3-0.

Gol Angel Di Maria ini terhasil pada awal babak kedua melalui satu sepakan percuma yang sangat mengelirukan dan hanya mampu dilihat saja bola melantun masuk.

Jaringan keempat PSG dari Kylian Mbappe sekali lagi disajikan dengan aksi larian The Flash yang mengejar bola gelembung buaya daripada Marco Veratti.

Islam Slimani dan Maxwel Cornet menjaringkan gol pada minit ke-61 dan 82 namun tidak cukup untuk menghalang PSG mendapat tiga mata.

Dengan dua gol tersebut Kylian Mbappe menjadi pemain termuda menjaringkan 100 gol di Ligue 1 dalam hanya 142 perlawanan dan dalam tempoh sama 35 assist berjaya dicipta.

Selepas liga kembali bersambung, PSG akan melayan kunjungan Lille di Parc des Princes dan ini peluang terbaik PSG untuk menjarakkan mata.

BACA:  Sebelum Final Maria Mesej Bininya Akan Score dan Bawa Pulang Piala Dunia