Pemain left-back terbaik dunia, Trent Alexander Arnold telah memukau dunia dengan satu jaringan teramat padu melalui satu rembatan thunderbolt yang menjerit ketika Liverpool menewaskan Newcastle United.
Aksi kebangkitan sensasi sekali lagi dipamerkan oleh Liverpool, Jonjo Shelvey telah membuka tirai jaringan perlawanan seawal minit ketujuh perlawanan..
Namun Liverpool tidak panik malah membuatkan Newcastle United panik teruk apabila kembali mendahului dengan dua jaringan dalam tempoh empat minit.
πππ, ππππ π πππ π pic.twitter.com/DVbhMsdKEA
β Liverpool FC (@LFC) December 17, 2021
Diogo Jota menyamakan kedudukan pada minit ke-21 sebelum pemain yang dicanang-canang sebagai terbaik dunia, Mohamed Salah menggandakan kedudukan pada minit ke-25.
Ketika perlawanan memasuki minit ke-87 dengan Liverpool menguasai permainan dan hanya menunggu wisel penamat, Trent Alexander Arnold tampil menggegar dunia dengan gol padu.
Trent Alexander Arnold telah mencetak salah satu gol tercantik dalam kariernya. Dunia mengetahui pabila Trent Alexander Arnold menjaringkan gol maka gol tersebut pastilah padu dan lawa.
Ini kerana kebanyakan gol Trent Alexander-Arnold adalah daripada rembatan luar kotak ataupun sepakan percuma.
Gol berpunca daripada sepakan percuma. Bola ditolak kepada Trent Alexander Arnold oleh Roberto Firmino, yang tanpa ragu terus melakukan sepakan roket menewaskan penjaga gol lawan.
Gegak gempita Anfield dibuatnya. Gol yang sangat cantik itu terhasil pada minit ke-87.
TRENT THATβS OUTRAGEOUSππ΄ pic.twitter.com/m364qSqFTx
β Chloe bloxam (@ChloeBloxam) December 16, 2021
Kredit juga kepada Roberto Firmino yang menggolekkan bola untuk beliau. Terus dapat 1 assist tu pada hari kepulangan semula Firmino ke dalam pasukan Liverpool selepas berehat kerana kecederaan.
Selepas tamat perlawanan Trent menyatakan bahawa dia menunggu momen melakukan screamer seperti itu di Anfield sejak 5 tahun yang lalu.
Selain daripada gol yang lawa persis Nursajat, Trent juga menjadi pemain pertama mencipta lebih 100 peluang dalam EPL sejak 2021. Itu menurut sumber Opta.
βIβve been waiting for that for five years now!β π
Trent was happy with that! His rocket sealed the win for Liverpool over Newcastle π
ποΈ @TheDesKelly pic.twitter.com/xIUtYzRW04
β Football on BT Sport (@btsportfootball) December 16, 2021
Membuktikan bahawa beliau memang bek sisi yang sangat kreatif. Tidak hairanlah dia sentiasa mencipta assist yang banyak dalam beberapa musim terakhir ini.
Dalam aksi di Anfield, Liverpool melayan kunjungan Newcastle, dalam usaha The Reds terus merapati Manchester City dalam carta liga.
The Reds beraksi tanpa bek tengah berpengaruh mereka, Virgil Van Dijk. Memberikan peluang kepada Ibrahima Konate untuk menjadi ketua di pertahanan.
Trent Alexander-Arnold is the first player to create 100+ chances in the Premier League in 2021.
GENERATIONAL. β¨ pic.twitter.com/4rITVpUdGq
β Squawka Football (@Squawka) December 16, 2021
Walaupun dominan pada awal perlawanan, Liverpool terlebih dahulu dikejutkan Newcastle. Dan ianya adalah daripada bekas pemain mereka sendiri iaitu Jonjo Shelvey yang melakukan rembatan deras menewaskan Alisson dari luar kotak penalti.
Liverpool dihukum selepas agak kasual dalam bertahan. Memberikan ruang kepada Newcastle melakukan sesuatu ke atas mereka.
Gol tersebut seolah olah memberikan peringatan kepada Liverpool. Dan mereka segera tersedar dari lamunan.
Pada minit ke-21, Diogo Jota menyamakan kedudukan. Berlaku pergelutan sesama pemain Newcastle. Dan mereka meminta pengadil membatalkan gol itu kerana ada pemain mereka cedera di dalam kotak penalti.
Four Premier League players have scored 10+ goals across all competitions this season:
β Mohamed Salah
β Cristiano Ronaldo
β Riyad Mahrez
β Diogo JotaTwo from Liverpool, two from Manchester. π pic.twitter.com/N0gH7092Cm
β Squawka Football (@Squawka) December 16, 2021
Namun Mike Dean tetap mengesahkan gol tersebut.
Berselang empat minit kemudian giliran Mohamed Salah menambah gol kedua Liverpool. Menjadikan Salah kini sudah menjaringkan 22 gol untuk Liverpool sebelum Natal.
Gol itu membuatkan Mohamed Salah mencipta satu lagi sejarah. Di mana dia mengulangi pencapaian Jamie Vardy sebagai pemain paling panjang terlibat dalam sumbangan gol sama ada menjaringkan gol atau melakukan assist sebanyak 15 perlawanan berturut turut.
15 in a row! π₯
Mo Salah has just equalled Jamie Vardyβs record of providing a goal or an assist in 15 consecutive Premier League appearances! π΄ pic.twitter.com/aC55keAffx
β Football on BT Sport (@btsportfootball) December 16, 2021
Pada separuh masa kedua, Liverpool langsung tidak memberikan peluang untuk Newcastle bangkit. Mereka memperkemas rentak dan berterusan menyerang Newcastle.
Skuad bimbingan Eddie Howe kemudian terpaksa kehilangan Allan St Maximin yang tidak dapat meneruskan perlawanan.
Kemasukan Naby Keita dan Firmino memberikan kesegaran di serangan Liverpool. Liverpool terus dominan di tengah dan melakukan high pressing yang lebih kemas.
Liverpool berterusan mengasak. Dan akhirnya Trent Alexander Arnold mencetak gol yang sangat cantik.
Tamat perlawanan, Liverpool 3 Newcastle 1. Nampaknya Eddie Howe benar benar tidak sabar menantikan Januari untuk memperbaiki prestasi pasukannya, dengan cuba membawa masuk beberapa pemain baharu.
Kemenangan ini mengekalkan Liverpool di tangga kedua dengan 1 mata di belakang Manchester City dan 3 mata di atas Chelsea. Ini kerana Chelsea keciciran mata di Stamford Bridge.
Chelsea terikat 1-1 dengan Everton yang dikendalikan bekas pengurus yang membantu mereka menjuaral Europa League iaitu Rafa Benitez.
Kesebelasan utama:
Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Matip, Konate, Robertson, Oxlade-Chamberlain, Henderson, Thiago, Salah, Jota, Mane.
Subs: Milner, Keita, Firmino, Gomez, Minamino, Tsimikas, Kelleher, Williams, Marcelo.
Newcastle United: Dubravka, Manquillo, Schar, Lascelles, Lewis, Murphy, Shelvey, Hayden, Fraser, Joelinton, Saint-Maximin.
Subs: Clark, Wilson, Ritchie, Hendrick, Almiron, Darlow, Willock, Gayle, Longstaff.
Referee: Mike Dean (Wirral).