Goncalves Mengejek Xhaka Dengan Menganjing Keraiannya

Wira Sporting CP, Pedro Goncalves mengejek Granit Xhaka dengan kejam sekali selepas menyingkirkan Arsenal daripada Liga Europa menerusi sepakan penalti.

Selepas pusingan aksi pertama pusingan 16 akhir yang mendebarkan di Lisbon berakhir 2-2, kedua-dua pasukan saling mengasak di Emirates pada malam Khamis.

Kedua duanya mempamerkan aksi memukau untuk disaksikan. Kedua duanya mengeluarkan kemampuan masing masing di atas padang.

Dan Arsenallah yang terlebih dahulu di hadapan menerusi gol Granit Xhaka pada minit ke-19.

Xhaka mengambil kesempatan dari keadaan bola termuntah kepadanya dan merembat deras tanpa belas kasihan.

Xhaka meraikannya dengan meletakkan tangannya di hidung dan bergelak ketawa.

Tetapi sejurus selepas satu jam, Goncalves menjaringkan salah satu gol tercantik musim ini – melemaskan Aaron Ramsdale dari tengah padang untuk menyamakan kedudukan dan kedudukan seri 90 minit.

Gol itu membuatkan penyokong Arsenal sendiri terlopong menganga.

Walaupun dilayangkan Manuel Ugarte dilayangkan kad merah lewat masa tambahan, pertembungan itu berlarutan ke penentuan penalti.

Kesemua pemain Sporting menyempurnakan penalti mereka. Manakala hanya Gabriel Martinelli yang terlepas dari sepakan penalti dan perlawanan disahkan dengan kemenangan Sporting CP 5-3 dalam penentuan penalti.

Sporting meraikannya secara meriah dengan peminat mereka di seksyen tempat lawan selepas menumbangkan pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Dengan Goncalves, yang sebelum itu melakukan gol ala David Beckham, memutuskan untuk meniru Xhaka pada wisel penamat.

Dia meniru keraian pemain antarabangsa Switzerland ketika dia dan rakan rakannya bersama sama meraikan kejayaan mara ke suku akhir.

Xhaka, yang memakai lilitan kapten meletakkan ibu jari tangan kanannya ke hidungnya. Dan itulah yang ditiru oleh Goncalves.

Goncalves, yang hanya membuat satu penampilan untuk Wolves dalam Piala Carabao, tidak dapat menahan diri daripada mengejek bekas pemain Borussia Monchengladbach itu.

Gerak isyarat oleh Goncalves itu dianggap lebih kejam apabila anda mengetahui bahawa Xhaka melakukan perayaan itu untuk anak perempuannya Ayana – dengan isterinya menyiarkan gambar keraian itu di Instagram.

Di mana anak Xhaka turut melakukan keraian serentak dengan ayahnya.

Seorang peminat berkata: “Pedro Goncalves mengejek keraian bodoh Xhaka, saya sukakannya.”

Yang kedua berkata: “Pedro Gonçalves mengejek Xhaka adalah jenaka yang sumpah kelakar, tak tipu.”

Yang ketiga pula agak marah, kerana menurutnya Goncalves mengejek keraian yang ternyata ditujukan kepada anak Xhaka.

Netizen itu berkata: “Pedro Goncalves mengejek keraian Granit Xhaka yang ditujukan untuk anak perempuannya. Perbuatan yang tidak baik.”

Seorang lagi memuat tweet: “Pedro Goncalves mengucapkan selamat tinggal kepada Arsenal dengan sambutan Xhaka.”

Sporting berada di peringkat suku akhir, di mana mereka boleh menentang pasukan seperti Manchester United, Roma, Juventus atau Feyenoord.

Arsenal pula terus kempunan kerana badi di Eropah yang masih tak padam.

Arsenal akan berusaha untuk bangkit pada hari Ahad apabila mereka melayan kunjungan Crystal Palace di Emirates selepas ini.

Arsenal dalam kedudukan terbaik untuk menamatkan musim ini sebagai juara Liga Perdana Inggeris.

Mereka kini 5 mata di hadapan Manchester City dengan jumlah perlawanan yang sama.

Arsenal pastinya akan memiliki rehat lebih banyak berbanding City selepas ini kerana mereka sudah tersingkir daripada UEL.

Itu antara kelebihan yang mereka dapat untuk persaingan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal bagaimanapun berdepan dengan detik agak mencemaskan kerana beberapa pemain mereka dikeluarkan dalam perlawanan menentang Sporting CP kerana kecederaan.

Penilaian tahap kecergasan akan segera dibuat dan diharap kesemua pemain itu tidak serius.

BACA:  Arteta Cuak Lalu Bertukar Jadi Usain Bolt, Memecut Untuk Halang Xhaka Dari Bertumbuk