Tindakan Granit Xhaka Tolak Pakai Armband Cetus Kemarahan Penyokong Arsenal

Pemain midfield Arsenal, Granit Xhaka menolak untuk memakai armband kapten ketika sedang beraksi bertemu Brentford dalam saingan Premier League malam semalam.

Insiden kontroversi itu berlaku sebaik selepas Alexandre Lacazette dikeluarkan pada minit ke-84 permainan dengan tempatnya telah digantikan oleh Eddie Nketiah.

Lacazette yang dinamakan sebagai ketua pasukan oleh Mikel Arteta ketika aksi London derby itu menyerahkan armband kepada Nketiah ketika beliau keluar meninggalkan padang.

Pemain skuad bawah 21 tahun England itu kemudiannya terus berjalan ke arah Granit Xhaka untuk menyerahkan armband kapten kepada bintang Switzerland itu.

Pemain berusia 29 tahun itu kemudiannya menolak untuk memakai armband kapten tersebut dengan beliau sekadar mengabaikan saja Nketiah.

Keputusan beliau menolak untuk memakai armband tersebut telah mencetuskan perdebatan hangat para peminat di media sosial.

“Kenapa dia buat macam ni? Bukan saja tak nak jadi ketua, dia langsung tak peduli Nketiah hulurkan armband tu kepada dia.”

“Antara pemain yang saya rasa dia langsung tak ada hati untuk bermain bersama kelab. Adakah dia nak tunjukkan yang dia masih berdendam dengan penyokong?”

“Ini bukan kali pertama Xhaka lakukan sesuatu hal yang membangkitkan kemarahan penyokong, saya rasa sudah tiba masanya kelab lepaskan pemain macam ini.”

“Mungkin dia sendiri sedar yang dia tak layak untuk pakai armband kapten tu. Dia juga patut sedar dia tak layak sarung jersi Arsenal.”

“Saya rasa Arsenal tak akan rugi apa-apa kalau hilang pemain macam Xhaka ini, rasanya dia tak suka dengan penyokong, dan penyokong sendiri pun tak suka dia.”

Nketiah kemudiannya menyerahkan armband tersebut kepada pemain full-back, Kieran Tierney selepas Xhaka menolak untuk menggalas tugas sebagai ketua pasukan.

Xhaka sebelum ini pernah dilantik menjadi ketua pasukan Arsenal namun jawatan beliau kemudiannya telah ditarik semula oleh pihak kelab selepas berlakunya kontroversi antara beliau dengan penyokong ketika aksi bertemu Crystal Palace pada tahun 2019 yang lalu.

Para penyokong ketika itu mencemuh Granit Xhaka ketika beliau sedang berjalan meninggalkan padang, dan agak mengejutkan selepas bintang Switzerland itu memaki hamun penyokong sebagai balasan terhadap reaksi yang beliau terima.

Penyokong tegar Arsenal, Piers Morgan tampil menghentam Xhaka selepas tamat perlawanan yang memperlihatkan mereka mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan Brentford awal pagi tadi.

“Xhaka menolak untuk memakai armband kapten merumuskan masalah terbesar Arsenal sejak Vieira meninggalkan kelab.”

Tulis beliau di laman twitter miliknya.

“Kita tak pernah ada lagi ketua/pemimpin yang tepat.”

Arsenal dalam perlawanan ini berjaya menewaskan Brentford 2-1 selepas Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka muncul sebagai penjaring gol untuk Gunners.

Gol saguhati untuk Brentford pula berjaya dijaringkan oleh Christian Norgaard pada minit ke-94 permainan.

Kemenangan ini membantu Arsenal untuk berada di kedudukan keenam dalam carta saingan liga dengan mereka kini berjaya mengumpul 42 mata dari 23 perlawanan.

Mereka kini hanya satu mata sahaja dipisahkan dari Manchester United yang sedang berada di kedudukan keempat, namun Arsenal memiliki kelebihan 2 perlawanan yang masih belum dimainkan.

Arsenal sepertinya perlu bersaing dengan Manchester United dan Tottenham Hotspur untuk merebut kedudukan empat teratas, dan mereka antara yang paling berpotensi untuk mendapatkan slot khas ke saingan Champions League musim hadapan.

Tindakan Granit Xhaka sepertinya benar-benar membangkitkan kemarahan para penyokong, namun harus diakui ramai juga penyokong yang menyokong tindakan beliau itu kerana merasakan beliau hanya menolak untuk ada masalah sebagai ketua.

Adakah Xhaka melakukan tindakan yang tepat dengan menolak untuk memakai armband tersebut? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Goncalves Mengejek Xhaka Dengan Menganjing Keraiannya