Frimpong Ejek Arsenal

Jeremie Frimpong tidak melepaskan peluang untuk mengejek Arsenal ketika keraian kejuaraan Bundesliga.

Bayer Leverkusen menjuarai Bundesliga pertama dalam sejarah kelab itu setelah membelasah Werder Bremen 5-0 semalam.

Kemenangan itu memastikan Leverkusen menjadi juara dengan baki 5 lagi perlawanan liga musim ini.

Jeremie Frimpong, yang merupakan antara pemain yang pernah dikaitkan dengan Arsenal, malah menganjing kelab yang bakal juara EPL itu.

Di mana dia telah menyindir Arsenal dengan menyatakan bahawa Xhaka telah meninggalkan Arsenal dan terus menang liga di Leverkusen.

“Granit, kau menang wei. Kau berjaya menang. Kau tinggalkan Arsenal terus menang [liga] kat sini,” kata pemain tersebut.

Granit Xhaka menjadi pemain tengah penting Leverkusen sejak menyertai kelab itu di bawah kendalian Xabi Alonso.

Xhaka sebelum ini dipujuk oleh Arteta untuk kekal di Arsenal. Namun dia menegaskan bahawa dia sudah berjanji dengan Alonso akan menyertai kelab itu.

Xhaka sebenarnya menjadi pemain yang pernah dikecam peminat Arsenal sehingga dilucutkan jawatan kapten kerana reaksi tidak puas hati dengan peminat Arsenal.

Namun di bawah Arteta dia bangkit menjadi pemain penting Arsenal. Xhaka bagaimanapun memutuskan untuk kembali semula ke Jerman setelah dia menangguhkan niatnya pada musim sebelumnya, atas pujukan Arteta.

Granit Xhaka menjadi pemain yang bukan sahaja maestro di Leverkusen, namun menjadi pemimpin pasukan di dalam bilik persalinan kerana pengalamannya.

Xabi Alonso sendiri mengakui Granit Xhaka banyak membantunya di bilik persalinan dan menjadi mentor kepada pemain pemain muda di Leverkusen.

Xabi Alonso kini berpeluang menamatkan liga dengan status invincible. Bukan itu sahaja, kelab itu juga berpeluang memenangi treble pada musim ini.

Memandangkan mereka masih ada final Piala Jerman dan kemudian masih beraksi dalam Liga Europa.

Alonso sudah menyatakan bahawa dia tidak akan pergi ke mana mana musim hadapan. Menegaskan bahawa dia sangat gembira di Leverkusen sambil merasa sangat bangga dapat menjulang trofi Bundesliga bersama dengan kelab tersebut.

Xabi Alonso dikaitkan dengan banyak kelab besar di Eropah setelah kerja ajaib yang dia buat musim ini.

BACA:  Skill Tidak Masuk Akal Lagi Genius Xhaka Dianggap Kurang Ajar