[Video] Sepakan Penjuru Granit Xhaka Ketika Menentang BATE Jadi Bahan Lawak Jenaka

Seperti semua sedia maklum, Arsenal menepati sasaran yang diletakkan ke atas mereka apabila tewas mengejut kepada BATE Borisov dalam pusingan kalah mati Europa League awal pagi tadi.

Ia merupakan kekalahan yang amat memalukan buat pasukan Arsenal memandangkan mereka dianggap sebagai salah satu calon pilihan untuk memenangi kejohanan tersebut musim ini, di samping Chelsea.

Arsenal yang lemah dan lembik teruk dimalukan BATE Borisov

Ramai peminat Arsenal marah dengan persembahan pemain mereka yang lemah dan lembik walaupun menerima gaji tahunan bernilai jutaan pound sterling.

Tambah memburukkan lagi keadaaan, kedegilan Unai Emery untuk tidak memasukkan Mesut Ozil ke dalam skuad membuatkan peminat Arsenal mula melaungkan ‘EmeryOut’ walaupun baru memegang jawatan pengurus selama 7 bulan.

Antara insiden yang mencuit hati dalam perlawanan malam tadi adalah aksi kelakar pemain tengah Switzerland, Granit Xhaka ketika mengambil sepakan penjuru pada babak kedua perlawanan.

Arsenal yang ketinggalan 1-0 pada ketika itu mempunyai peluang untuk mencari gol penyamaan apabila memperolehi dua sepakan penjuru secara berturut-turut.

Selepas 85 minit dimalukan pasukan tidak terkenal, Lacazette gagal menahan kemarahannya lalu menyiku pemain lawan. Kad merah !

Walau bagaimanapun, kedua-dua sepakan penjuru tersebut dipersiakan pemain dan ia jelas mengecewakan peminat Arsenal yang sanggup bersengkang mata melihat pasukan mereka dimalukan BATE Borisov yang tidak lah kaya mana.

Xhaka terlebih dahulu mengambil sepakan penjuru tetapi malangnya, sepakan beliau gagal melepasi pemain pertama BATE Borisov.

Sepakan penjuru ke-2 pula diambil oleh Mkhitaryan tetapi pemain tersebut mengambil keputusan untuk bermain ‘pendek’ dan melorongkan bola kepada Sead Kolasinac yang berada berhampiran. Malangnya bola hantara Kolasinac jauh tersasar dan peluang menjaringkan gol dilepaskan begitu sahaja oleh pemain Arsenal.

Arsenal dilihat seperti tidak mempunyai rancangan untuk mengambil sepakan penjuru. Anda nilaikan sendiri… kelakar kan ?

Berikut adalah reaksi peminat Arsenal yang pedih mata melihat aksi kelakar Xhaka dan Mkhitaryan.

https://twitter.com/Nathanpjm/status/1096131622536138755

BACA:  Giroud Dedahkan Punca Sebenar Beliau Sertai Chelsea