Arsenal Ajar Brentford Bola Sepak Sebenar Dan Memutuskan Cukuplah 3 Gol Je

Arsenal mencatat kemenangan keenam mereka musim ini apabila menjadikan Brentford sebagai alat mainan mereka.

Brentford sebelum ini pernah mengalahkan Manchester United 4-0 dalam aksi pembukaan EPL, ternyata diajar oleh Arsenal tentang bola sepak yang sebenar.

Mereka hanya mampu melihat aksi mantap dan mapan Arsenal berlari ke hulu ke hilir di hadapan mereka.

Bertempat di Stadium Komuniti Gtech, Arsenal di hadapan menerusi William Saliba. Pemain bek tengah Perancis itu terus memberikan isyarat bahawa dia adalah pemain yang harus diberikan perhatian lebih oleh bola sepak dunia dan juga Didier Deschamps.

Saliba sebelum ini dipinjamkan ke kelab lain dan menjadi pemain kesebelasan terbaik Ligue 1 musim lalu. Dia pada awalnya dianggap tidak ada tempat di hati Arteta. Ternyata silap! Arteta mahu dia menuntut ilmu seberapa banyak yang boleh dan berbakti kepada Arsenal.

Dengan gol Saliba, Arsenal di hadapan seawal minit ke-17.

Pada minit ke-28, Arsenal melebarkan jurang gol mereka menjadi 2-0. Di mana pemain yang digugurkan dari skuad Brazil, Gabriel Jesus mencetak gol sekali lagi.

Jesus terus cemerlang bersama Arsenal sejak meninggalkan kelab yang tiada UCL iaitu Manchester City. Dia gembira menerima assist dari Granit Xhaka yang sudah berjanji akan memperbaiki aspek kreativitinya dan membantu mencipta peluang gol untuknya.

Pada separuh masa kedua, Arsenal memberikan kesakitan ketiga kali buat Brentford dengan gol ketiga menerusi pemain yang pertama kali berada dalam kesebelasan utama iaitu Fabio Vieira yang dibeli pada musim panas lalu.

Vieira ternyata berjaya memukau peminat Arsenal dalam kemunculannya pada kali ini.

Arsenal yang kasihankan Brentford memutuskan untuk tidak menambah lagi gol mereka. Dan memasukkan budak tingkatan 3,  Ethan Nwaneri. Bukan anak Obinna Nwaneri.

Tamat perlawanan Arsenal dengan muka biasa biasa sahaja keluar dari padang kerana sudah terlalu biasa menang musim ini.

Arsenal kini di landasan terbaik untuk menjulang EPL pada musim ini selepas memintas Manchester City sekali lagi.

Arsenal juga dilihat tiada sebarang masalah untuk memulakan aktiviti menempah logo UCL untuk ditampal pada jersi mereka musim hadapan.

BACA:  Arsene Wenger Berang Dengan Keputusan Pengadil Berikan Penalti