Pep Guardiola telah memberi amaran kepada Jack Grealish dan Phil Foden tentang sikap mereka di luar padang dengan kedua-dua mereka kantoi berhibur di kelab malam.
Kedua-dua pemain itu telah digugurkan dari senarai kesebelasan utama Man City ketika bertemu Newcastle hujung minggu lalu, dan turut tidak diturunkan walau sebagai pemain gantian dalam perlawanan tersebut.
Manchester City dalam perlawanan itu berjaya membelasah Newcastle United 4-0, seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu saingan Premier League.
Pep Guardiola was NOT happy #MCFC https://t.co/6a8GVdDGPN
— talkSPORT (@talkSPORT) December 21, 2021
Selepas kejayaan Manchester City menewaskan Leeds United 7-0 minggu lalu, telah tular di media sosial gambar kedua-dua bintang England itu berpesta di kelab malam.
The Times melaporkan yang Man City sendiri tidak gembira dengan hal tersebut, dan turut tidak berpuas hati melihat keadaan kedua-dua pemain itu ketika mereka kembali sertai sesi latihan keesokan harinya.
Guardiola dalam satu kenyataan ada menyatakan bahawa:
“Ia bukan rotation. Saya memilih pemain yang berhak untuk bermain hari ini, mereka semua berhak dan yang tak berhak tidak akan bermain.”
“Ketika Krismas, saya banyak beri perhatian kepada tingkah laku mereka baik dalam mahupun luar padang. Dan ketika di luar padang mereka tak senonoh, maka mereka tidak akan dapat bermain.”
Phil Foden and Jack Grealish warned by Pep Guardiola after night out https://t.co/FytoRoGpGm
— The Guardian (@guardian) December 21, 2021
“Jadi kita perlu sentiasa beri tumpuan walaupun ada gangguan ketika Krismas atau apa saja yang berlaku, kamu tetap perlu beri perhatian.”
Grealish berjaya menjaringkan gol ketika beraksi bertemu Leeds United minggu lalu, dan gol tersebut merupakan gol ketiga beliau sepanjang kariernya di Etihad.
Ia sepertinya bukan angka yang baik untuk seorang pemain yang ditandatangani dengan nilai £100 juta dari Aston Villa pada musim panas lalu.
Bintang berusia 21 tahun, Phil Foden pula sudah berjaya menjaringkan enam gol dan turut mencatatkan enam assists sepanjang musim ini dan beliau turut sentiasa mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Ini bukanlah kali pertama Foden dan Grealish terlibat dengan hal-hal melibatkan salah laku luar padang seperti ini.
Grealish & Phil Foden have been warned about their off-field behavior by Guardiola. Grealish & Foden are understood to have gone out together after the Leeds game but City were unhappy with the condition in which they reported the next day for a recovery session. [Telegrapgh] pic.twitter.com/3wgEO4i91r
— Football Talk (@Football_TaIk) December 21, 2021
Pada tahun 2015, Jack Grealish kantoi menggunakan barang terlarang dan turut pernah ditangkap terlebih khayal dengan terbaring di jalanan di Tenerife.
Tahun lalu juga beliau turut mencetus sensasi di internet kerana beliau pergi ke rumah sahabatnya untuk berpesta ketika pandemik sedang teruk melanda UK.
Bukan hanya langgar perintah kawalan pergerakan, bahkan Grealish turut melanggar sebuah kereta yang sedang parking di kawasan kediaman sahabatnya itu.
Foden pula pernah dihantar pulang ketika sedang bersama skuad kebangsaan England bersama Mason Greenwood pada tahun lalu, selepas kedua-dua mereka kantoi bawa perempuan masuk bilik hotel.
Pep Guardiola on dropping Jack Grealish and Phil Foden for the Newcastle game: pic.twitter.com/MUgocU2Z9G
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) December 20, 2021
Kedua-dua pemain ini tidak dinafikan lagi sememangnya sangat berbakat dan mempunyai potensi besar untuk menjadi bintang handalan dalam dunia bola sepak.
Foden terutamanya turut dianggap antara calon yang berpotensi untuk memenangi anugerah Ballon D’or di masa hadapan dek kerana melihatkan bakat yang beliau miliki.
Walau bagaimanapun, masalah disiplin kedua-dua mereka jelas sekali bakal menjadi penghalang untuk kedua-dua pemain pergi lebih jauh dalam karier masing-masing.
Mereka perlu meninggalkan sikap-sikap keji dan tidak bermoral itu demi untuk memastikan karier masing-masing berada di landasan yang betul.
🗣️ | Pep Guardiola has said Phil Foden and Jack Grealish were left out of the #ManCity Starting XI due to off-field 'behaviour issues':
“Not rotation, no. I decided for this team because they deserved to play today, these guys and not the other ones…" [1/3] pic.twitter.com/VMnZIuweTi
— City Chief (@City_Chief) December 20, 2021
Manchester City pada Boxing Day nanti bakal beraksi bertemu Leicester di Etihad dan Brentford di halaman lawan dalam usaha mereka untuk mengutip enam mata dari kedua-dua perlawanan itu.
The Citizens pada ketika ini sedang selesa memimpin carta liga dengan kelebihan tiga mata mengatasi Liverpool.
Phil Foden and Jack Grealish have been warned over their conduct by manager Pep Guardiola.
The pair were on the bench at Newcastle after being pictured on a night out after City's 7-0 home win over Leeds five days earlier.#bbcfootball
— BBC Sport (@BBCSport) December 21, 2021
Seandainya mereka mampu konsisten dan tidak keciciran mata, maka tidak mustahil untuk melihat Man City bakal mampu untuk mempertahankan kejuaraan saingan Premier League.
Sumber: talkSPORT