Manchester City dianggap buang duit yang banyak hanya semata-mata untuk dapatkan si dungu seperti Jack Grealish.
Co-host talkSPORT, Simon Jordan menganggap Jack Grealish sebagai seorang yang dungu selepas melihat tingkah lakunya di luar padang.
Sikap keji dan tidak bermoral yang ditunjukkan oleh Jack Grealish di luar padang menyebabkan beliau diketepikan dari turun beraksi dalam saingan Premier League hujung minggu lalu.
🔥 SJ: “It borders along being a moron!”
🤨 TS: “We had the privilege of not having a pandemic when we were a kid!”
😡 SJ: “It’s not about a pandemic. You’re a footballer playing for the biggest club!”
Simon and Trevor get into a heated debate over Jack Grealish. 👀 pic.twitter.com/Nsw15FlCeg
— talkSPORT (@talkSPORT) December 22, 2021
Menurut laporan dari media tempatan, Grealish dan Foden diketepikan dari perlawanan tersebut kerana kedua-dua mereka terkantoi berpesta di kelab malam selepas aksi kemenangan 7-0 menewaskan Leeds United minggu sebelumnya.
The Telegraph mendakwa yang Man City tidak gembira dengan keadaan yang ditunjukkan oleh kedua-dua Grealish dan Foden ketika mereka kembali sertai sesi latihan pada keesokan harinya.
Pep Guardiola sendiri turut mendedahkan rasa kecewa beliau terhadap kedua-dua pemain itu dengan menyatakan:
“Ia bukanlah rotation. Saya memutuskan untuk memutuskan skuad hari ini kerana mereka berhak untuk bermain hari ini, mereka semua ni, dan bukan yang tak main tu.”
Jelas Pep Guardiola ketika sesi temu bual selepas tamat perlawanan.
The talkSPORT pundit has now called Phil Foden a 'twit' over night out #MCFC
— talkSPORT (@talkSPORT) December 23, 2021
“Ketika Krismas, saya akan beri sepenuh perhatian kepada tingkah laku mereka baik dalam mahupun di luar padang. Dan ketika di luar padang mereka tak senonoh, maka mereka tidak akan bermain.”
“Jadi kita perlu senantiasa beri tumpuan kerana apa saja halangan ketika Krismas atau apa sahaja berlaku, mereka perlu tetap beri tumpuan.”
Co-host talkSPORT, Simon Jordan tampil untuk menambah lagi garam pada luka di hati Grealish dengan beliau membantai bekas bintang Aston Villa itu tanpa belas.
“Mereka sudah ditanda sekarang kerana perangai mereka. Foden melakukan hal ini ketika tugasan antarabangsa, dia kena kecam teruk kerana kesalahan itu.”
🗣 “I’m not saying Jack Grealish is a nasty, unpleasant, individual. I’m not attacking his personality, it’s his behaviour!”
🔥 “If you do it once, it’s a mistake. If you do it 3 or 4 times, it moves to territory of moronic behaviour!”
Simon Jordan stands by his ‘moron’ remark. pic.twitter.com/AvrhXVNtGl
— talkSPORT (@talkSPORT) December 22, 2021
“Kita dah lihat tingkah laku seperti itu dalam kem kebangsaan. Dia sekarang sudah ditanda kerana melakukan hal sama di peringkat kelab.”
“Grealish merupakan si dungu. Dia memang dungu. Saya tak peduli kalau dia budak baik ke tidak, jika kamu ulang kesalahan yang sama dan meletakkan diri kamu dalam situasi itu. Kamu beri kesempatan kepada diri kamu sendiri untuk bina reputasi yang ada.”
“Dia dapat reputasi itu selepas menunjukkan perubahan sebelum ini dan sekarang dia sendiri yang rosakkan reputasi itu.”
“Orang lihat dia terbaring merata sebab mabuk pada musim panas, yang mana dia tak patut lakukan. Itu bukan sesuatu yang orang nak tengok dari atlet professional dan kamu tak akan lihat pelari pecut Olimpik dan pemain tenis melakukan hal itu, bersepah di tepi jalan dengan mabuk, tapi ada pemain bola sepak lakukan hal itu.”
“Jack Grealish berjaya padamkan imej itu dan kemudian dia buat lagi… Bola sepak dia mula dipertikaikan. Lepas ni dia mungkin akan berada di tepi jalan, pakai seluar pendek dan pakai selipar.”
"Grealish is a moron. He’s a moron."
Strong words from @Sjopinion10 😳
— talkSPORT (@talkSPORT) December 21, 2021
“Benda ni yang kita lihat lepas dia stabilkan diri, dan dia langsung tak bermain dengan baik bersama Manchester City, dan lebih teruk lagi dia datang ke sesi latihan dalam keadaan yang teruk.”
“Itulah kesimpulan saya, dia dungu.”
Simon Jordan mungkin ada alasan beliau sendiri memaki hamun Jack Grealish seperti itu, dan jelas sekali ia kerana beliau sendiri rasa sayang melihat bintang City itu merosakkan potensi yang ada pada dirinya.
Ini bukan kali pertama Grealish terkantoi melakukan hal keji di luar padang dan beliau tidak pernah berubah sepenuhnya demi kebaikan kariernya sendiri.
Simon Jordan told to apologise to Jack Grealish for ‘moron’ outburst, but refuses to back down and adds that Man City teammate Phil Foden is a ‘twit’ over night out which saw both stars dropped https://t.co/Tv3LYB89mM pic.twitter.com/3gg8z7pUe9
— SPORTS CIRCUS INT. (@SPORTSCIRCUSINT) December 22, 2021
Mungkin kerana itulah Simon Jordan bengang dan memaki hamun Jack Grealish tanpa belas hingga menganggapnya si dungu yang merugikan Manchester City.
Sumber: SPORTbible