Greenwood Sah Digugurkan Dari Skuad England, Lingard dan Arnold Bakal Menyusul

Penyerang muda Manchester United, Mason Greenwood menjadi pemain pertama yang sah digugurkan dari skuad sementara 33 pemain England untuk kejohanan EURO 2020.

Pemain pinjaman sensasi, Jesse Lingard dan Trent Alexander Arnold pula disebut-sebut sebagai antara tujuh pemain yang bakal digugurkan untuk skuad 26 pemain.

Antara nama lain yang bakal dikapakkan oleh Gareth Soutgate untuk senarai akhir adalah James Ward-Prowse, Ben White, Aaron Ramsdale dan Ben Godfrey.

Setakat ini semua ini hanyalah satu khabar angin sahaja dan yang sudah pasti dan secara rasmi tidak di bawah adalah Mason Greenwood.

Manchester United telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang penarikan diri Mason Greenwood bagi kejohanan musim panas ini disebabkan faktor kecederaan.

“Penyerang Manchester United, Mason Greenwood telah menarik diri dari skuad sementara Euro 2020, untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami yang juga membuatnya keluar dari Kejuaraan Eropah Bawah-21 pada bulan Mac.”

“Penampilan Mason bersama kelab telah dikendalikan dengan teliti untuk mengekalkan ketersediaannya melalui jadual padat Liga Perdana dan Liga Europa 2020/21.”

“Tetapi permainan bola sepak dan kejohanan buat ketika ini tidak akan bermanfaat dan Mason akan tetap berada di Manchester United untuk pulih dan bersiap untuk latihan pra-musim.”

Berdasarkan laporan beberapa media sukan antarabangsa, Jesse Lingard yang cemerlang bersama West Ham United tidak akan dibawa dan digugurkan oleh Gareth Southgate.

Jesse Lingard membuat kemunculan sensasi sebagai pemain pinjaman dari Manchester United untuk bersatu kembali bersama David Moyes.

Dalam 16 perlawanan sahaja bagi tahun 2021 Lingard telah menjaringkan 9 gol dan 5 assist, 9 gol itu dijaringkan dalam 10 perlawanan pertama.

Gareth Southgate mempunyai banyak lagi pilihan sedap untuk posisi attacking midfield dengan pemain seperti Mason Mount, Jack Grealish dan Phil Foden.

Sejak semalam nama pemain pertahana terhebat di alam semesta seperti dicanang peminat Liverpool, Trent Alexander Arnold menjadi nama pertama diramal akan digugurkan.

Trent Alexander Arnold memulakan kempen musim 2020/21 dengan sangat buruk sehingga Liverpool gagal mempertahankan gelaran yang mereka menangi.

Namun Trent Alexander Arnold telah bangkit pada suku terakhir musim untuk membantu Liverpool mendapatkan slot ke Champions League.

Peminat Liverpool sudah meramalkan England akan pulang awal jika Trent Alexander Arnold tidak dipilih oleh Gareth Saouthgate. Kau rasa?

The Daily Mail pula mendakwa Trent Alexander-Arnold, James Ward-Prowse, Ben White, Aaron Ramsdale dan Ben Godfrey antara lima pemain yang bakal digugurkan.

Ditambah dengan Greenwood yang sudah menarik diri serta Jesse Lingard maka Bukayo Saka, Conor Coady dan Ollie Watkins akan membuat penampilan pertama di pentas antarabangsa.

Namun itu semua hanyalah khabar angin yang dikatakan berpandukan kepada sumber dalam masing-masing. Ketika ini hanya Southgate sahaja yang tahu.

Pengumuman rasmi pemain England akan dilakukan oleh Southgate pada jam 5 petang waktu England mungkin dalam pukul 1 pagi waktu Malaysia.

Dan ketika itu barulah kita mengetahui siapa baki 6 pemain yang akan mengikut jejak Mason Greenwood.

Pada awalnya Gareth Southgate dilaporkan akan mengumumkan senarai 26 pemain rasmi England minggu lalu namun pengumuman itu telah ditangguhkan kepada tarikh baru iaitu 1 Jun dan hanya skuad sementara diumumkan.

Penangguhan ini disebabkan oleh kecederaan pemain dan juga tiga pasukan England masih belum tamat musim mereka apabila terlibat dalam perlawanan akhir Champions League serta Europa League.

Berikut merupakan senarai 33 skuad sementara England sebelum menjadi 26 orang:

Penjaga Gol (4 Pemain):

Dean Henderson (Manchester United), Sam Johnstone (West Bromwich Albion), Jordan Pickford (Everton), Aaron Ramsdale (Sheffield United)

Pemain Pertahanan (12 Pemain):

Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Ben Chilwell (Chelsea), Conor Coady (Wolverhampton Wanderers), Ben Godfrey (Everton), Reece James (Chelsea), Harry Maguire (Manchester United), Tyrone Mings (Aston Villa), Luke Shaw (Manchester United)*, John Stones (Manchester City), Kieran Trippier (Atletico Madrid), Kyle Walker (Manchester City), Ben White (Brighton & Hove Albion)

Pemain Tengah (7 Pemain):

Jude Bellingham (Borussia Dortmund), Jordan Henderson (Liverpool), Jesse Lingard (West Ham United pinjaman dari Manchester United), Mason Mount (Chelsea), Kalvin Phillips (Leeds United), Declan Rice (West Ham United), James Ward-Prowse (Southampton)

Pemain Penyerang (10 Pemain):

Dominic Calvert-Lewin (Everton), Phil Foden (Manchester City), Jack Grealish (Aston Villa), Mason Greenwood (Manchester United), Harry Kane (Tottenham Hotspur), Marcus Rashford (Manchester United)*, Bukayo Saka (Arsenal), Jadon Sancho (Borussia Dortmund), Raheem Sterling (Manchester City), Ollie Watkins (Aston Villa)

BACA:  Kisah Bagaimana Perlawanan Jerman vs England Mengubah Bola Sepak Moden