Hadangan Pengadil Telah Menafikan Jaringan Cruz Azul

Seorang pengadil perlawanan antara Cruz Azul dan Toluca di liga bola sepak Mexico, Liga MX telah menghadang percubaan pemain Cruz Azul sekaligus menafikan jaringan ketika gawang sudah terbuka luas.

Ketika kejadian pada minit ke-36 Cruz Azul sedang mendahului 2 gol tanpa balas dan gol ketiga telah dihalang oleh pengadil bukan dengan keputusan tetapi melalui sentuhan Fizikal.

Gerakan Cruz Azul melalui satu lorongan bola yang cantik pada percubaan pertama telah terkena tiang ketika gawang tanpa penjaga gol dan bola melantun kembali ke pemain Cruz Azul.

Percubaan kedua tampak lebih mudah ketika gawang sudah terbuka luas selepas penjaga gol Toluca telah keluar untuk mencabar percubaan pertama.

Malangnya rembatan pemain Cruz Azul terkena kaki pengadil dan bola keluar ke bahagian kanan gawang.

Ternyata kejadian yang tidak diingini ini mengecewakan pemain Cruz Azul yang seakan tidak dapat menerima apa yang telah terjadi.

Pemain Cruz Azul mengelilingi pengadil menunjukkan kekecewaan dan cuba membantah perlakuan pengadil yang agak tegas perwatakkannya dengan rambut dirapi kemas dengan bantuan pomade.

Tiada apa yang mampu mengubah situasi itu dan perlawanan diterus kerana kesilapan seperti itu tidak akan ada tindakan susulan dibuat.

Ternyata hadangan pengadil itu telah menjadi sumber inspirasi buat Toluca apabila bangkit menyamakan kedudukan sebelum perlawanan tamat.

Dengan motivasi daripada Toluca merapatkan kedudukan pada minit ke-44 dan menyamakan kedudukan seminit kemudian melalui sepakan penalti.

Pada minit ke-63 Cruz Azul akhirnya menjaringkan gol ketiga dan merupakan jaringan kemenangan buat kelab Mexico.

Satu penamat yang melegakan buat pengadil kerana hadangan itu bukan saja mampu merubah keputusan malah emosi pemain dan juga penyokong.

BACA:  Gary Neville Dedah Akibat Diterima Selepas Memaki Alex Ferguson