Hall of Fame: Crouch Tampil Pertahankan Gerrard Yang Dikecam

Pemain tinggi lampai yang merupakan bekas pemain Liverpool, Peter Crouch tampil mempertahankan Steven Gerrard yang dikecam hebat selepas tersenarai dalam Hall of Fame atau Dewan Kemasyhuran Premier League.

Alan Shearer dan Thierry Henry merupakan dua manusia sulung atau inaugural inductees disenaraikan ke dalam Hall of Fame Peremier League yang telah dipilih sendiri oleh pihak liga.

Manakala Eric Cantona, Roy Keane, Frank Lampard, Dennis Bergkamp, Steven Gerrard, dan David Beckham dipilih melalui undian peminat dan panel yang dilantik.

Ramai mempersoalkan kenapa Steven Gerrard terlebih dahulu masuk dalam senarai ini berbanding Paul Scholes yang mempunyai 11 gelaran Premier League, paling banyak berbanding mana-mana pemain.

Steven Gerrard menyebabkan penyokong Manchester United yang terpaling koyak dan menggunakan logik akal kenapa Gerrard terpilih.

Jika trofi Premier League jadi kayu pengukur maka tidak akan ada seorang pun pemain Liverpool dalam Hall of Fame. 30 tahun kot kergersangan. Takkan nak letak Jordan Henderson.

David Beckham yang dipilih selepas Steven Gerrard juga dikritik kenapa bukan Patrick Vieira dan kenapa bukan Paul Scholes yang terlebih layak.

Selain Alan Shearer dan Thierry Henry, enam pemain yang lain ada dalam Hall of Fame hasil undian peminat. Dah tak mengundi lepas tu nak bising. B.O.D.O.H, bunyinya apa? Kau pergi tanya mak kau!

Peter Crouch yang mungkin bosan dengan kecaman netizen kepada bekas rakan sepasukannya itu tampil membela melalui akaun Twitternya.

“Orang yang berkata ‘Tetapi Steven Gerrard tidak pernah memenangi liga'”

“Aku percaya ini mengenai pemain terbaik sepanjang zaman di liga.”

“Dia adalah salah satu daripadanya.”

Peter Crouch telah menghabiskan masa bermain bersama Steven Gerrard di Anfield dari tahun 2005 sehingga 2008 dan mereka telah sama-sama memenangi Piala FA pada tahun 2006.

Paling hampir buat Steven Gerrard untuk menjulang trofi Premier League adalah pada musim 2001-02, 2008-09 dan 2013-14 di mana Liverpool menamatkan musim di tempat kedua.

Untuk menjadi calon Hall of Fame ini seorang pemain itu wajib mempunyai penampilan minimum 250 perlawanan di Premier League atau mereka telah mencapai salah satu dari syarat di bawah:

1. Membuat minimum 200 penampilan di Liga Perdana untuk satu Kelab
2. Telah terpilih sebagai pemain Premier League Team of the Decade atau 20-Year Anniversary teams
3. Memenangi Golden Boot Liga Perdana atau Golden Glove
4. Telah terpilih sebagai Pemain Liga Perdana Terbaik tahunan (Premier League Player of the Season)
5. Memenangi tiga gelaran Liga Perdana
6. Menjaringkan 100 gol Liga Perdana atau mencatat 100 lembaran bersih (clean sheets) Liga Perdana (hanya GK)

Steven Gerrard telah layak melalui kriteria utama apabila telah membuat 504 penampilan sepanjang kariernya di Anfield dari tahun 1998 sehingga 2015.

Hanya dua sahaja pemain Liverpool yang berjaya melakukan lebih 500 penampilan iaitu Steven Gerrard dan Jamie Carragher.

Steven Gerrard juga telah menjaringkan 120 gol dan mencipta 92 assist sepanjang kariernya di Premier League.

Timbul perdebatan yang hangat di media sosial sebaik nama Gerrard diumumkan sebagai ahli dewan kemasyuran Premier League yang terbaru tanpa mengetahui kriteria pemilihan.

Gerrard yang mudah tergelincir ini menjadi pemain Liverpool pertama yang mendapat tempat dalam jemaah ahli dewan kemasyuran Premier League yang baru sahaja dilancarkan pada tahun ini.

Siapakah Steven Gerrard?

Beliau dilahirkan pada tanggal 30 Mei 1980. Dilahirkan di sebuat tempat bernama Whiston, Merseyside, England. Berketinggian 183 cm dan pandai menari tarian raver. Beliau memulakan karier bola sepak apabila menyertai akademi pasukan bola sepak Liverpool pada usia baru mencecah 9 tahun.

Beliau berada di akademi tersebut sehingga berumur 17 tahun dan dengan bakat yang beliau ada, Liverpool tidak menunggu lama untuk menandatangani kontrak profesional pertama beliau.

Selepas itu beliau tidak lagi menoleh ke belakang kerana beliau tidak mempunyai side mirror untuk menoleh. Beliau membantu Liverpool meraih pelbagai trofi atau piala. Sebut sahaja piala apa yang belum dimenanginya. 2 Piala FA, 3 kali Piala Liga (Carling Cup) , 1 Piala Juara-Juara Liga (Champion League), 1 Piala UEFA, 1 Piala Comunity Shield dan 1 Piala UEFA Super.

Jangan di cari mana piala Liga Perdana Inggeris. Memang tak ada. Itu adalah satu-satunya piala yang beliau inginkan. Pada musim 2013/2014 beliau hampir-hampir berjaya menamatkan badi kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat Liverpool.

Namun malangnya insiden slip beliau lalu membolehkan Demba Ba menjaringkan gol pertama menyebabkan Liverpool kehilangan kejuaraan kepada Manchester City. Pada masa ketika itu, rata-rata penyokong Liverpool telah menyanyikan lagu-lagu gembira seolah-olah kejuaraan Liga Perdana Inggeris telah berada dalam genggaman mereka.

Punca Sebenar Gerrard Jatuh

Peristiwa tersebut menyebabkan mereka semua terpaksa hanya menyanyikan lagu Twinkle-Twinkle Little Star apabila musim 2013/2015 melabuhkan tirainya.

Namun peristiwa slip tersebut, bukan tiket bagi kita semua untuk menidakkan kehebatan Steven Gerrard ini. Secara keseluruhannya beliau telah berjaya menjaringkan gol sebanyak 120 gol untuk 504 penampilan buat Liverpool.

Satu jumlah gol yang sangat banyak bagi seorang pemain tengah. Manakala untuk negaranya England, beliau juga telah menjadi kapten untuk beberapa kali dan telah menjaringkan 21 gol untuk 114 penampilan buat England.

Gerrard dikerumuni peminat di alam nyata hampir menyerupai babak dalam cerita Superman.
Superman melakukannya di dalam filem. Tapi Gerrard di alam nyata.

Satu statistik yang sungguh menakjubkan. Steven Gerrard akhirnya berpisah dengan Liverpool pada tahun 2015. Itupun kerana faktor umur dan fizikal kerana Liga Perdana Inggeris memerlukan dua ciri tersebut. Beliau memilih LA Galaxy dan telah menamatkan karier bola sepaknya di situ pada tahun 2016 dengan membuat penampilan sebanyak 34 dan telah menjaringkan 5 gol.

Kini Gerrard telah menceburi bidang kejurulatihan dengan menjadi pengurus kepada kelab Ranger yang bermain di Liga Scotland. Mana tahu suatu hari nanti, beliau akan kembali ke Anfield, Liverpool untuk menjadi pengurus Liverpool dan seterusnya memenangi Liga Perdana Inggeris yang begitu diidam-idamkan buat selama ini.

(Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Malam Kebangkitan Istanbul

Malam Istanbul. Satu malam istimewa buat penyokong fanatik Liverpool. Comeback paling teragung pernah terjadi dalam sejarah ketamadunan bola sepak dunia.

Di sebalik comeback yang telah berlaku, ada satu susuk tubuh manusia yang menyebabkan semua itu terjadi iatu;

Steven Gerrard.

Sayangggg Selamattt Tinggal, Akukan Pergi Buat Selamanyaaaa Wohoooooo

Kapten yang berciri dan berjiwa Liverpool. Sayang dan kasihnya terhadap Liverpool melebihi cinta agung Shah Jihan kepada isterinya. Pada malam Istanbul itu, Steven Gerrard memulakan segalanya. Beliau mengemudi jentera tengah Liverpool serta sentiasa memaksa rakan-rakan seperjuangan agar jangan terus tunduk kepada musuh final iatu AC Milan.

Pada masa separuh pertama, pasukan Liverpool telah dibedil secukup rasa oleh pasukan AC Milan. 3 berbalas 0. Rata-rata peminat bola sepak pada masa itu telah menganggap Liverpool telah habis. Kejuaraan Piala Liga Juara-Juara Eropah pasti akan dimiliki oleh AC Milan.

Ngeeeeeeeeee

Penyokong Manchester United pada malam tersebut tersenyum nipis dan sinis melihatkan keputusan tersebut. Malah ada penyokong United pada malam tersebut telah sengaja menghantar sistem pesanan mesej (SMS) kepada rakan-rakan penyokong Liverpool.

Walaupun pada masa itu, caj yang dikenakan adalah sebanyak 20 sen untuk satu mesej. Penyokong United rela menghabiskan kredit mereka untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan penyokong Liverpool.

Tujuannya hanya satu iatu untuk mengejek. Namun sebaliknya berlaku. Bermulanya pada separuh masa kedua, Gerrard dan rakan-rakannya memulakan aksi yang boleh dianggap mustahil. Penyokong United yang pada mulanya rakus mengejek tadi telah perlahan-lahan bertukar menjadi perabot kayu jati.

Pada minit ke 54, Gerrard melakukan apa sepatutnya seorang manusia yang memakai lilitan kapten buat iatu menjaringkan gol semangat. Bukannya sekadar hanya membetulkan rambut dan membuat muka hensem. Gol tersebut mencetuskan api semangat rakan-rakannya yang lain.

Lentik Sungguh!

Dua minit berselang. Smicer menjaringkan gol padu pada minit ke 56 dan menjadikan kedudukan kepada 2-3. Kini pemain Liverpool yakin bahawa mereka boleh melakukan comeback terhebat. Dan keajaiban yang ditunggu telah tiba, pada minit ke 60 Gatusso yang bermuka bengis telah menjatuhkan seorang pemain Liverpool di dalam kotak penalti AC Milan. Siapakah dia?

Ya. Kapten fantastik Liverpool iatu Steven Gerrard. Alonso memgambil tugasan penalti tersebut namun sepakan tersebut berjaya ditepis oleh Dida dan menyebabkan bola itu muntah kembali kepada Alonso. Alonso dengan tenang menjaringkan gol dan menjadikan kedudukan semasa kepada 3-3. Selebihnya, semua orang yang tahu mengenai permainan bola sepak ini. Tahu akan kisah menakjubkan ini.

Wa Champion Sial!

Pemangkin kepada kebangkitan ini tidak lain dan tidak bukan adalah Steven Gerrard. Cuba bayangkan malam itu kaptennya adalah pemain persis Pogba? Apa yang terjadi. Yup, lembik dan tidak bertenaga.

Apa? Apa?
BACA:  Reaksi Scholes Menahan Ketawa Dengar Cerita Gerrard Tak Menang Liga