Kane Ikat Kontrak Baru Selama 6 Tahun Untuk Bersama Spurs Sehingga 2024

Penyerang antarabangsa England, Harry Kane baru sahaja melanjutkan kontraknya selama 6 tahun untuk terus kekal bersama Tottenham Hotspurs sehinggan tahun 2024.

Pengurus England, Gareth Southgate telah menamakan Harry Kane sebagai kapten pasukan England untuk menghadapi Piala Dunia 2018 di Russia.

Pengurus England, Gareth Southgate memuji kualiti yang ada pada Kane dan menganggap penyerang Tottenham memiliki ramuan yang lengkap untuk memimpin England dalam kejohanan bolasepak terbesar di dunia.

Kapten England itu merupakan seorang penyerang yang prolifik dengan konsisten mengekalkan jaringan gol sejak 3 musim lalu telah menandatangani kontrak bersama Spurs pada tahun 2016 yang mana akan berakhir pada tahun 2022.

Harry Kane setuju untuk sambung kontrak lebih lama selepas menerima tawaran gaji yang lumayan dari Spurs

Risau dengan minat yang ditunjukkan Real Madrid terhadap Kane,  Tottenham berjaya meyakinkan Kane untuk menandatangani kontrak baru untuk kekal lebih lama di White Hart Lane.

Ia merupakan gembira terbaik buat peminat Spurs yang akan melihat pasukan mereka kembali bermain di White Hart Lane yang telah dinaik taraf musim hadapan yang mana mampu memuatkan 62,000 penonton pada satu masa.

Kane meneruskan rekod prolifik beliau musim lepas dengan menjaringkan 41 gol dari 48 penampilan dalam semua pertandingan. Beliau kini telah mengumpul 140 gol bersama kelab tersebut sejak melakukan debut pada tahun 2009.

Pemain berusia 24 tahun itu menamatkan kalendar 2017 dengan menjadi penjaring gol terbanyak Eropah dengan 56 gol untuk kelab dan negara.

Kane juga berjaya memecahkan rekod jaringan gol terbanyak dalam tahun kalendar Liga Perdana Inggeris dengan 39 gol, memecahkan rekod lama yang dipegang oleh Alan Shearer.

Walaupun gagal membantu Spurs memenangi sebarang trofi setakat ini, Kane berjaya mengumpul beberapa pencapaian individu yang cukup memberangsangkan.

Beliau dinamakan dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA untuk 4 musim berturut-turut dan pernah memenangi Pemain Muda Terbaik PFA pada tahun 2015.

https://twitter.com/HarryKaneStats_/status/1005150204708999173

Beliau juga berjaya merangkul anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2016 dan 2017.

Dalam satu temu bual bersama Sky Sports sebelum mengetuai skuad England yang akan berangkat ke Russia tidak lama lagi, Kane telah mendedahkan rancangan beliau musim hadapan.

“Perkara paling utama adalah trofi. Saya telah beraksi di tahap ini selama 4 tahun  tetapi kami masih lagi gagal memenangi sebarang trofi.”

“Ia merupakan perkara yang bermain di fikiran saya setiap kali saya bangun dari tidur setiap pagi dan saya mahu melunaskan impian tersebut. Bagi saya secara peribadi, saya hanya mahu menjadi pemain yang lebih baik. Saya mahu menjadi pemain yang lebih baik setiap tahun, menjaringkan lebih banyak gol dan mencatatkan lebih banyak assists.”

Harry Kane dilaporkan bakal menggandakan pendapatan mingguannya kepada £200,000 seminggu dengan termeterinya janji baru ini.

https://twitter.com/Pradecosmetics/status/1005150773213257728

Harry Kane jika dulu sewaktu awal kemunculan digelar ‘The Hurricane’ kerana ketajaman dan sentuhan penyudah yang bikin ribut di dalam kotak penalti lawan, kini Kane masih lagi pemain yang sama dan terus berbisa namun mendapat jolokan baru, Harry Claim.

Walau apapun juga gelaran Kane beliau merupakan penyerang digeruni dan dibuktikan dengan jumlah gol dan kecederaan yang konsisten sejak 3 musim.

Kane telah dinobatkan sebagai pemain paling mahal di dunia yang fana ini oleh CIES Football Observatory, yang meletakkan tanda harga setinggi €201.2 Juta.

BACA:  Alderweireld Tidak Pernah Terlintas Untuk Tinggalkan Spurs Walaupun Dikaitkan Dengan Manchester United