Kane Yakin Mampu Atasi Salah Dalam Persaingan Merebut Kasut Emas EPL

Penyerang sensasi Tottenham Hotspurs, Harry Kane masih menaruh keyakinan beliau mampu memintas Mohamed Salah dalam persaingan merebut anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dengan liga berbaki 6 perlawanan sahaja lagi, Kane ketinggalan 5 gol di belakang Salah yang telah berjaya menemui jaring sebanyak 29 kali musim ini.

Kane claim bola free kick Eriksen terkena dadanya sebelum menerjah jaring. Pendapat anda ?

Walaupun agak ketinggalan dalam senarai penjaring, Kane percaya beliau mampu memintas jaringan Salah dan muncul pemenang Kasut Emas Liga Perdana Inggeris buat kali ke-3 berturut-turut.

Tottenham berjaya menewaskan Stoke City 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu. Walaubagaimanapun, Kane terpaksa berputih mata apabila gol kemenangan Spurs dianugerahkan kepada Christian Eriksen walaupun pemain antarabangsa England itu mendakwa terdapat sentuhan daripadanya sebelum bola free-kick Eriksen menerjah jaring.

Dengan keputusan tersebut, Kane kekal dengan 24 gol selepas 32 perlawanana. Salah juga kekal dengan 29 gol kerana beliau tidak beraksi ketika Liverpool seri menentang Everton akibat kecederaan yang dialaminya ketika pertemuan Manchester City tempoh hari.

Liverpool sudah mengharungi 33 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini. Dan ini bermakna Salah hanya mempunyai baki 5 perlawanan sahaja untuk menambahkan akaun jaringannya musim ini. Kane pula mempunyai kelebihan 1 perlawanan berbanding Salah kerana Spurs baru sahaja beraksi sebanyak 32 perlawanan liga setakat ini.

Walaupun ketinggalan 5 gol, itu bukan masalah besar buat Kane untuk muncul penjaring terbanyak.

Ketika ditemuramah selepas pasukannya mencatatkan kemenangan ke-20 musim ini hujung minggu lalu, Kane percaya beliau masih mampu melintas kedudukan Salah ditambah pula beliau mempunyai kelebihan satu perlawanan.

“Betul, saya percaya mampu melakukannya. Walau apapun yang berlaku, masih terdapat beberapa perlawanan yang harus diharungi. Saya hanya perlu fokus dengan permainan saya kerana saya tidak dapat mengawal apa yang Salah mampu lakukan.”

“Sudah tentu sebagai seorang penyerang, saya gembira untuk memenangi anugerah Kasut Emas sekali lagi musim ini. Saya akan terus bekerja keras bermula sekarang sehingga tamat musim ini.”

Apabila ditanya adakah tendangan Christian Eriksen untuk gol ke-2 Spurs ketika menentang Stoke ada terkena kakinya, ini reaksi Kane.

“Saya bersumpah atas nama anak perempuan saya yang saya menyentuh bola tersebut! Tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan untuk mengubah keputusan tersebut.”

“Jika mereka mahu mengubah keputusan tersebut, mereka akan mengubahnya. Jika mereka percaya dengan apa yang saya cakap, mereka akan mengubah keputusan tersebut. Tetapi apa yang lebih penting adalah kami menang perlawanan tersebut.”

Dasar tamak Kane ni mahu bolot sampai 3 kali berturut-turut. Bagi la can Liverpool menang anugerah ni musim ni

Kane sedang mengharungi kemarau gol dalam 5 perlawanan terakhirnya, walaupun kemarau tersebut turut disertai dengan kecederaan yang dialaminya di bahagian pergelangan kaki Februari lalu.

Kane berharap mampu kembali beraksi dengan lebih tajam dengan kempen Piala Dunia England bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Perkara yang hampir sama berlaku tahun lepas dimana saya kembali dari kecederaan dengan menjaringkan gol tanpa henti. Itulah yang saya mahu lakukan kali ini dan saya berharap mampu meneruskan prestasi cemerlang sehingga Piala Dunia musim panas nanti.”

BACA:  Senarai Rekod Yang Boleh Dileburkan Liverpool Musim Ini