‘You’ll Never Walk Alone’ Bergema Pada PAU2017 Tetapi Lihatlah Apa Yang Terjadi Sekarang

Inilah perbezaan terbesar antara kesetiaan ahli politik dan penyokong bola sepak yang suka melompat-lompat demi kemandirian hidup. Laungan keramat pasukan bola sepak digunakan sekadar untuk berpolitik tanpa memahami isi kata-kata keramat tersebut.

Bekas ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin akhirnya melompat parti untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berada di bawah naungan Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota parlimen Masjid Tanah berkata, keputusan itu dibuat demi kepentingan pengundi kawasannya.

Mas Ermieyati pada tahun 2017

“Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk menyertai Bersatu,” katanya.

Mas Ermieyati antara anggota parlimen pertama yang keluar Umno pada 1 Julai lalu untuk menjadi wakil bebas.

Penyertaan anggota parlimen itu menjadikan Bersatu kini menambah penguasaan dalam Dewan Rakyat kepada 16 kerusi.

Tetapi kita bukan ingin bercakap mengenai politik di The Sukan. Sebelum ini, ketika Mas Ermieyati masih lagi bergelar ketua puteri UMNO, beliau pernah melaungkan kata-kata keramat peminat Liverpool iaitu ‘You’ll Never Walk Alone’ ketika Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2017.

Laungan ‘YNMA’ bergema di PWTC bagi memberikan sokongan kepada mantan PM ke-6, Datuk Seri Najib Razak bagi menghadapi Pilihan Raya Ke-14. Dalam ucapannya, walaupun tahu Najib adalah peminat setia Setan Merah, tidak salah jika penyokong UMNO menggungkana kata-kata keramat Liverpool itu untuk memberikan sokongan kepada Najib.

Dengarkan dan renungkanlah. Adakah penyokong Liverpool masih lagi boleh dipercayai selepas melihat video ini?

BACA:  Video Pemain Liverpool Meraikan Kejuaraan Premier League