Jurgen Klopp berjaya meraih 2 anugerah Pengurus Terbaik dalam malam gala semalam. Ketekunan Klopp mengaji ilmu gegenpressing di sekolah pondok sekitar Jerman telah membuahkan hasil.
Gurunya, Ralf Rangnick pastinya berbangga dengan Klopp. Klopp pun apa kurangnya, dia pun bangga tengok sifunya berjaya melakukan imbangan yang hebat dalam mencipta 0 perbezaan jaringan musim ini pada rekod Manchester United di EPL. Bukan semua pengurus Manchester United boleh buat.
Pengurus Liverpool Jurgen Klopp telah dipilih sebagai Jurulatih Terbaik Liga Perdana Inggeris untuk musim 2021/2022, walaupun dia hampir hampir menang je pun.
Liverpool gagal memenangi kejuaraan Liga Perdana daripada Manchester City.
Liverpool kendalian Klopp menduduki tempat kedua musim ini dengan jumlah 92 mata, satu mata di belakang juara Liga Perdana, Manchester City.
Jurgen Klopp masih tetap mampu mengatasi Pep Guardiola yang membawa The Citizens menjadi juara, dari segi anugerah Jurulatih Terbaik Liga Inggeris 2021/2022.
“Ini satu penghormatan besar,” kata Jurgen Klopp selepas menerima anugerah Jurulatih Terbaik Liga Perdana.
“Musim ini adalah musim yang gila. Kami memberikan yang terbaik, dan walaupun kami tidak dapat memperoleh keputusan terbaik, kami melakukannya,” kata bekas jurulatih Borussia Dortmund itu.
Klopp turut memuji barisan kejurulatihan Liverpool yang sentiasa menemaninya merangka strategi untuk The Reds.
Walaupun tiada nama Ralf Rangnick disebut Klopp namun gurunya itu pasti tahu dia adalah watak penting dalam karier Klopp terutama sekali di Liverpool.
Peminat Man United sebelum ini menyatakan bahawa kehadiran Rangnick bermakna Klopp dan Tuchel dah habis!
Ralf Rangnick, the man to humble Tuchel, Klopp and Guardiola. It’s over👍 pic.twitter.com/n6mqhjLjSS
— Rashhford (@Kwasigazy) November 26, 2021
Klopp and Tuchel with the master of 'gengenpress', Ralf Rangnick.. 😅 pic.twitter.com/p4oNxarlAh
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) November 25, 2021
Kojo Bankz berkata: “Pok Nik yang ajar Klopp dan Tuchel. Jadi kalau anak murid dia berjaya, kau bayangkan cikgu dia pula macamana. Kau bayangkan bro,” kata beliau dalam keadaan mimpi basah.
Ralf Rangnick taught Klopp and Tuchel coaching so if the students are doing well, imagine the master himself. Just imagine Bro ! pic.twitter.com/Axo1GF70S7
— KOJO BANKZ 🔰 (@KoJo_Bankz99) November 25, 2021
Danso berkata: “Tu diaaa, guru besar dia sendiri datang ke sini. Bak datang Klopp dan Tuchel kau tu, baru kau tau siapa yang akan mengajar siapa lepaih ni nohh…harey.”
The Headmaster himself is here. Come with your Klopp and Tuchel and you will see who taught who. #Rangnick #ManUtd #BallonDor2021 @FabrizioRomano @OfficialSitso @SaddickAdams pic.twitter.com/Tnf6Qruz1w
— DansoPapabi(dP) (@DansoPapabi) November 29, 2021
Selepas menerima anugerah itu, pria dari Jerman asuhan Rangnick itu berkata:”Apabila anda memenangi hadiah seperti ini, anda seorang yang genius atau anda mempunyai kakitangan kejurulatihan terbaik di dunia – dan saya di sini bersama semua kakitangan kejurulatihan saya , mereka tahu betapa saya menghargai mereka.
Klopp memenangi anugerah Jurulatih Terbaik Liga Perdana untuk kali kedua. Dia pernah memenangi anugerah serupa pada 2019/2020 selepas membawa Liverpool menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Menamatkan kemarau gelaran liga selama 30 tahun.
Selain gelaran jurulatih terbaik Liga Perdana musim 2021-2022, Klopp turut memenangi Trofi Sir Alex Ferguson. Anugerah ini diberikan kepada pengurus yang dipilih oleh semua jurulatih di semua peringkat bola sepak Inggeris.
It's two awards for Jurgen Klopp as he picks up the LMA Manager of the Year award and the Sir Alex Ferguson trophy 🏆 pic.twitter.com/yjOBcR0FPx
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 24, 2022
Ketika ini, Liverpool kendalian Klopp sedang bersiap sedia untuk mencuba memenangi trofi terakhir yang boleh dimenangi musim ini iaitu Liga Juara-Juara. Bagaimanapun, penentang Mohammed Salah dan rakan sekerja bukanlah mudah. Mereka akan menghadapi perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid di Stade de France, Perancis.
Beberapa bulan lalu, walaupun tidak terang terang mengklaim dirinya sebagai guru Klopp seperti didakwa oleh segelintir penyokong Setan, merah, Rangnick tetap mengklaim kejayaan Liverpool pada era Klopp juga berpunca daripadanya.
Rangnick Klaim Dirinya Watak Penting Kehebatan Liverpool: “Ramai Pemain Saya Kat Situ”
Ralf Rangnick menyatakan perkara itu sebelum kena kicap di Anfield dalam perlawanan antara Liverpool dan Manchester United.
Dan pengurus tersebut mahu mengambil kredit di atas kehebatan Liverpool pada hari ini di bawah Jurgen Klopp.
Menurut Rangnick, tanpa dia [Rangnick] Liverpool mungkin tak sehebat yang ada sekarang.
Namun pada masa yang sama Rangnick mengakui Liverpool pasukan yang hebat. Sambil menegaskan ianya bukan kebetulan tetapi ianya kerana sistem yang dibina oleh Klopp. Ini termasuk beberapa pemain yang Rangnick pernah tandatangani dahulu disambar Klopp.
Rangnick seolah olah mahu penyokong Liverpool sedar sikit bahawa, tanpa ayahanda gegenpressing bernama Rangnick tak mungkin mereka akan menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan kemudian memenangi UCL dan terbaru Piala Liga, dalam era Jurgen Klopp.
Rangnick berkata, dia adalah orang yang menjumpai bakat bakat yang tidak terkenal seperti Sadio Mane, Ibrahima Konate, Takumi Minamino, Roberto Firmino, Naby Keita dan Joel Matip sebelum mereka menjadi pemain Jurgen Klopp.
Mane, Keita, Konate dan Minamino adalah pemain yang disambar Rangnick ketika dia bersama dengan RB Leipzig dan Rb Salzburg.
Sementara Joel Matip adalah pemainnya ketika di Schalke. Roberto Firmino turut menjadi pemain ditandatangani Rangnick ketika di Hoffenheim.
Merekalah yang menjadi tunjang kehebatan Liverpool di bawah Klopp. Tau tak?
Bercakap kepada wartawan menggunakan sesi google meet dengan telefon Samsung Corby miliknya, Rangnick berkata: “Mereka [Liverpool] bagus sekali ye, mereka sangat sangat bagus. Tapi kehebatan mereka tu bukan satu kebetulan. Ada sebab kenapa mereka jadi sebagus mereka yang ada pada hari ini.”
“Terdapat ada enam atau tujuh prang pemain yang mereka ada pernah menjadi pemain dilatih oleh saya ketika kami [Rangnick dan barisan kejurulatihannya] menandatangani mereka. Di mana, pada masa itu tiada sesiapapun mengenali mereka mereka ini.”
Ralf Rangnick braced for ‘extremely good’ Liverpool with familiar faces on show https://t.co/byWiFww0Ks
— The Independent (@Independent) April 18, 2022
“Jadi sekali lagi nak kecek sini dehh, ni semuo bukey hok kebetuley. Ehh maap terkecek Klate sebab banyak tengok Muda Primula menapar oghe.”
“Sekali lagi saya ingatkan ini bukan kebetulan. Mereka mungkin menjadi kelab yang paling banyak menggunakan bekas pemain saya tandatangani dulu.”
Rangnick menganggap Klopp sebagai mirip dengan dirinya, suka membangunkan pemain tak ternama menjadi pemain berkelas dunia. Sambil dia menekankan bahawa trust the process di Anfield mengambil masa enam hingga tujuh tahun untuk mereka mulai menuai hasilnya.
Rangnick menambah lagi: “Jurgen membina pasukannya dalam 6 atau 7 tahun.”
Rangnick: "They [Liverpool] are good, they are extremely good. It's no coincidence that they're as good as they are — six or seven of those players used to be my/our players when we signed them for our clubs when nobody knew them." #mulive
— utdreport (@utdreport) April 17, 2022