‘Hat-trick Guna Kaki Kiri’ – Ini Sebab Mengapa KDB Tak Ada Weaker Foot

Kevin De Bruyne membuktikan yang beliau sebenarnya tidak mempunyai weaker foot selepas kejayaannya mencatatkan hat-trick yang sungguh menakjubkan dengan menggunakan kaki kirinya.

Bintang Belgium itu berjaya mencatatkan hat-trick dalam tempoh 17 minit ketika membantu Manchester City menewaskan Wolverhampton Wanderers 5-1 awal pagi tadi.

Kevin De Bruyne berjaya mencatatkan hat-trick pertama beliau dalam saingan Premier League dan lebih menakjubkan lagi beliau melakukannya dengan menggunakan kaki kirinya.

De Bruyne dikenali sebagai pemain yang mempunyai kekuatan kaki kanannya dan jelas sekali kaki kiri merupakan weaker foot beliau.

Namun selepas melihat beliau mencatatkan hat-trick menggunakan kaki kirinya, maka jelas sekali beliau sebenarnya tidak memiliki weaker foot.

Beliau melepaskan rembatan rendah melepasi Jose Sa untuk membuka tirai jaringan Man City pada minit ke-7 permainan.

Beliau kemudiannya meledak gol kedua pada minit ke-16 selepas Wolves sebenarnya cemerlang mengikat kedudukan menjadi 1-1 hasil gol jaringan Leander Dendoncker.

De Bruyne kemudiannya melengkapkan hat-trick beliau pada minit ke-24 permainan dan ia merupakan hat-trick ketiga terpantas dalam sejarah saingan Premier League.

Tidak cukup dengan sekadar hat-trick, pemain berusia 30 tahun itu kemudiannya menjaringkan gol keempat beliau dalam perlawanan ini pada minit ke-60 permainan.

De Bruyne sememangnya mempunyai kualiti kaki kanan yang sungguh menakjubkan dan kaki kirinya sekadar digunakan untuk hal-hal tak penting sahaja.

Bekas bintang Wolfsburg itu telah membuktikan yang beliau kini tidak mempunyai weaker foot dan kedua-dua kakinya sangat berkesan.

Beliau sebelum ini turut berjaya menjaringkan gol yang cukup padu ketika bertemu Chelsea, Leicester, Spurs, Arsenal, Borussia Monchengladbach dan Liverpool menggunakan kaki kirinya.

Tapi macam mana De Bruyne boleh memiliki kualiti yang sungguh menakjubkan seperti itu pada kedua-dua kakinya?

Kisah mengapa De Bruyne tidak mempunyai weaker foot sebenarnya bermula dari ketika beliau masih kanak-kanak lagi.

Menurut penulis dari Belgium, Kristof Terreur, ketika masih kanak-kanak, produk akademi Genk itu diharamkan dari menggunakan kaki kanan beliau oleh jiran-jirannya.

Hal itu kerana beliau akan merosakkan tanaman, bunga, rumput, tingkap dan pelbagai lagi kerosakkan andai beliau merembat bola menggunakan kaki kanannya.

Jelas sekali kaki kanan beliau sudah menjadi ancaman besar kepada dunia sejak dari De Bruyne kanak-kanak lagi dan kerana itu hal yang sama menjadi mimpi ngeri untuk pemain pertahanan pasukan lawan.

Beliau berjaya menikmati karier yang sungguh menakjubkan di Etihad dan beliau juga cemerlang menjaringkan gol yang banyak menggunakan kedua-dua belah kakinya.

Ketika beliau meraikan hat-tricknya dalam perlawanan bertemu Wolves awal pagi tadi, De Bruyne sempat memberikan tribute kepada bakal rakan sepasukannya, Erling Haaland.

De Bruyne meraikan gol tersebut dengan gaya keraian yoga sebaik kejayaannya mencatatkan hat-trick pada minit ke-24 permainan itu.

Kevin De Bruyne jelas sekali bukan hanya mempunyai vision serta kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan, beliau juga turut memiliki kualiti penyudah yang dasyat.

Kekuatan rembatan beliau sememangnya menjadi mimpi ngeri untuk para pemain lawan dan beliau tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain terhebat sepanjang zaman yang pernah beraksi di Etihad.

Bayangkan saja bagaimana hasilnya andai beliau beraksi bersama Erling Haaland pada musim hadapan dan jelas sekali pemain lawan masih belum bersedia untuk hal itu.

Haaland turut mempunyai kualiti rembatan jarak jauh yang dasyat, namun kekuatan utama beliau adalah penyudah dan kelajuannya.

Beliau tentu sekali akan mendapat bantuan dan sokongan yang cukup dari De Bruyne dan satu hal yang pasti, Man City bakal menjadi pasukan yang paling digeruni pada musim hadapan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  De Bruyne Beri Petanda Sanchez Bakal Sertai Manchester City