Jordan Henderson akhirnya menjaringkan gol pertama beliau bersama England dan meraikan gol tersebut secara berlebihan dan melampau seperti menang Piala Dunia.
Selepas mendahului Ukraine 3-0 pada awal separuh masa kedua, Gareth Southgate mengeluarkan Declan Rice dan memasukkan Jordan Henderson pada minit ke-57.
Tujuh minit di padang Ketua pasukan Liverpool itu terus melebarkan kedudukan England kepada 4-0 pada minit ke-63 sekaligus membununuh perlawanan.
Pada minit ke-60, Harry Kane hampir mencipta hatrik dengan satu voli deras yang sekali lagi dihalang oleh George Buschan untuk sepakan penjuru.
Mason Mount mengambil sepakan penjuru dan bola mencari kepala Jordan Henderson dan satu lagi tandukan untuk gol keempat England.
Pada minit ke-60, Harry Kane hampir mencipta hatrik dengan satu voli deras yang sekali lagi dihalang oleh George Buschan untuk sepakan penjuru.
Jordan Henderson's face after scoring the first goal of his England career in his 62nd game π΅ pic.twitter.com/SRo2JbdCDX
β B/R Football (@brfootball) July 3, 2021
Mason Mount mengambil sepakan penjuru dan bola mencari kepala Jordan Henderson dan satu lagi tandukan untuk gol keempat England.
Gol pertama Jordan Henderson untuk England selepas melakukan 62 penampilan. Selepas melakukan 43 percubaan barulah Henderson menjaringkan gol.
Jaringan itu diraikan Jordan Henderson seperti tiada hari esok dan sangat berlebihan menentang pasukan yang tidak melawan seperti Ukraine dah macam menang Piala Dunia.
Things you love to see: Jordan Henderson celebrating a goalπ pic.twitter.com/eVZAC9gYqa
β Toni-Camille β₯ (@Tonicamillex) July 3, 2021
Get in, Hendo!
Liverpool reacts as Jordan Henderson scores his first international goal! #ENGUKR pic.twitter.com/FqafvFtKKd
β Liverpool FC News (@LivEchoLFC) July 3, 2021
Gol pertama untuk England mungkin sebab itu terlebih penuh dengan emosi dan terlebih emosi kot. Jenis tak rilek. Harry Maguire tenang je.
Dalam perlawanan pemanas badan Henderson mencetuskan kontroversi kerana tamak, angkuh, haloba dan besar kepala merasakan dirinya pemain yang hebat, Henderson merampas sepakan itu daripada Dominic Calvert Lewin.
Lebih teruk lagi apabila sepakan penalti itu sepatutnya diambil oleh Dominic Calvert Lewin selepas Marcus Rashford dan James Ward-Prowse yang menjadi pengambil sepakan telah dikeluarkan.
Jordan Henderson has his penalty saved 𧀠pic.twitter.com/xgFvlHd3k1
β ESPN FC (@ESPNFC) June 6, 2021
Jordan Henderson melakukan satu sepakan yang mudah dibaca oleh penjaga gol Romania, Florin Nita dengan satu layangan badan yang penuh meyakinkan.
Jawapan bodoh Jordan Henderson selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti telah mengundang kemarahan penyokong Tiga Singa dan mempertikaikan layakkah Henderson menjadi ketua pasukan.
Henderson menyifatkan sepakan penalti itu tidak penting pun selepas merentap semangat Dominic Calvert Lewin.
Ukraine 0-4 England
Sepanyol, Itali dan Denmark sudah pun mengesahkan temapt mereka ke separuh akhir, pemenang perlawanan England vs Ukraine akan melengkapkan semi finalis EURO 2020.
Di atas kertas dalam apa jua kejohanan jika ada England, sudah pasti skuad Tiga Singa ini akan menjadi pilihan untuk bergelar juara walaupun sudah lama suram dari kejuaraan.
Ukraine yang kini dibimbing Andriy Shevchenko mencipta kejutan besar mara ke suku akhir dan merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah bola sepak Ukraine di Euro.
3 β Each of Englandβs previous three quarter-final matches at the European Championship have gone to extra-time & penalties β after progressing from the first of these against Spain in 1996, England lost in the shootouts against Portugal in 2004 & Italy in 2012. Nerves. #EURO2020 pic.twitter.com/GGJVyLEMfs
β OptaJoe (@OptaJoe) July 3, 2021
Formula yang diterapkan Shevchenko dengan gabungan pemain muda dan lama serta permainan serangan balas pantas menjadi buat Ukraine dengan kapasiti pemain yang ada.
England bermula garang dan sudah berada di depan seawal minit ke-4 perlawanan melalui Harry Kane dan paling ajaib, Raheem Sterling boleh membuat assist.
Gol awal England ini terus menjadikan permainan bosan seperti England yang kau kenali.
6 β Raheem Sterling has assisted Harry Kane six times for England β this is the most one player has assisted another for the Three Lions in all competitions in the 21st century. Wavelength. #EURO2020 pic.twitter.com/179KZYGlaV
β OptaJoe (@OptaJoe) July 3, 2021
Selepas setengah jam permainan, Ukraine masih lagi gagal untuk menerobos bahagian pertahanan England yang seperti selesa dengan kelebihan satu gol.
Tyrone Mings dan Harry Maguire masih tenang berbual apa nak di masak di musim PKPKD ini dan mudah mematahkan sebarang usaha Ukraine.
Rembatan penuh berseni Declan Rice telah dinafikan dengan tindak balas pantas penjaga gol Ukraine, George Buschan yang berjaya membuat tepisan.
03:32 β England have scored their earliest goal in a European Championship match (03:32) since Michael Owen v Portugal in 2004 (02:25). Lift-off. #EURO2020 pic.twitter.com/aBss6PDe9L
β OptaJoe (@OptaJoe) July 3, 2021
Pada penghujung separuh masa pertama Ukraine mula mendapat rentak dan mula mendapat ruang untuk mencipta peluang memecah masuk kubu England.
Bahagian pertahanan England mula goyah dan barai dengan berberapa kecuaian ditunjukkan namun masih lagi tidak dihukum dengan gol penyamaan.
England perlu mencari gol tambahan awal pada awal babak kedua untuk terus membunuh perlawanan dan Ukraine perlu menyamakan kedudukan jika mahu terus bersaing.
Seminit permainan bersambung, lambungan daripada sepakan percuma Luke Shaw disudahkan dengan tandukan tajam daripada Harry Maguire.
8 β England have faced just eight shots on target in their four games at #EURO2020 (2 per game), their lowest ratio on record in a major tournament (since 1966 for the World Cup and since 1980 for the EUROs). Foundations. pic.twitter.com/5nCrOBp9ue
β OptaJoe (@OptaJoe) July 3, 2021
Ukraine makin tertekan dan England semakin yakin. Pelawanan seakan sudah tamat buat Ukraine yang ternyata bukan lawan England.
Pada minit ke-50, Luke Shaw datang lagi dengan satu hantaran lintang sedap yang terus disambar dengan sundulan dari Harry Kane.
Gol kedua daripada Harry Kane dalam perlawanan ini. Jika disuap dengan baik maka Kane akan terus bertukar menjadi mesin gol.
9 β Harry Kane is now level with @alanshearer for most major tournament goals for England (World Cup/EUROs), with only @GaryLineker (10) netting more than the Tottenham striker at such competitions for the Three Lions. Closing. #EURO2020 pic.twitter.com/QYYyIv2m8H
β OptaJoe (@OptaJoe) July 3, 2021
Declan Rice direhatkan dan Jordan Henderson dimasukkan jika tidak ada peminat sebuah kelab tu bising.
Pada minit ke-60, Harry Kane hampir mencipta hatrik dengan satu voli deras yang sekali lagi dihalang oleh George Buschan untuk sepakan penjuru.
Mason Mount mengambil sepakan penjuru dan bola mencari kepala Jordan Henderson dan satu lagi tandukan untuk gol keempat England.
9 β England have scored nine headed goals at the World Cup and EUROs since the start of the 2018 World Cup; no other nation has scored more than four headers across the 2018 World Cup and EURO 2020 combined. Specialists. #EURO2020 pic.twitter.com/R5al9P7NxG
β OptaJoe (@OptaJoe) July 3, 2021
Gol pertama Jordan Henderson untuk England selepas 62 penampilan. Pemain yang tidak menyumbang untuk negara dan pernah melakukan perkara bodoh merebut sepakan penalti dalam perlawanan persahabatan.
Selepas mendahului empat gol, Gareth Southgate melakukan tiga pertukaran serentak pada minit ke-65.
Luke Shaw, Raheem Sterling dan Kalvin Phillips dikeluarkan, Kieran Trippier, Marcus Rashford dan Jude Bellingham diberikan peluang beraksi.
Para pemain England mula ghairah untuk terus menambah jaringan dan nyaris dihukum dengan bola gelembung buaya Ukraine.
1 β Jordan Henderson has scored his first ever goal for England, in what is his 62nd appearance and with his 43rd shot attempted for the Three Lions. Finally. #EURO2020 pic.twitter.com/gbD7rXjrGW
β OptaJoe (@OptaJoe) July 3, 2021
Jordan Pickford cuba melakukan aksi kelakar namun tidak berhasil apabila Yaremchuk gagal menghukum miskick dari penjaga gol England itu.
Pada minit ke-73, Gareth Southgate melakukan pertukaran terakhir memasukkan Dominic Calvert-Lewin dan Harry Kane dikeluarkan.
Percubaan terbaik Ukraine akhirnya hadir dengan rembatan jarak jauh Evgen Makarenko namun berjaya dihadang oleh Jordan Pickford.
4 β England have scored four goals in a knockout stage match of a major tournament (World Cup/EUROs) for only a second time; the other instance was the 1966 World Cup Final against Germany (4-2). Coming. #EURO2020 pic.twitter.com/RnMYo9y5im
β OptaJoe (@OptaJoe) July 3, 2021
Baki 15 permainan menyaksikan dunia disajikan dengan permainan paling membosankan dengan England hanya berlenggang patah-patah dan berpoco-poco.
England menepati ramalan dan menukar nasib mereka yang berada di laluan sukar pada awalnya, dengan tumbangnya Jerman laluan mudah untuk England ke final.
Bertemu Ukraine menjadi perlawanan sangat mudah buat Southgate di mana Ukraine telah dineutralkan dan dijinakkan tanpa mampu memberi sebarang tentangan.
Ukraine: Bushchan, Zabarnyi, Kryvtsov, Matviyenko, Karavayev, Sydorchuk, Shaparenko, Zinchenko, Mykolenko, Yarmolenko, Yaremchuk.
Subs: Sobol, Sudakov, Stepanenko, Marlos, Pyatov, Makarenko, Tsygankov, Bezus, Zubkov, Trubin, Tymchyk, Dovbyk.
England: Pickford, Walker, Stones, Maguire, Shaw, Phillips, Rice, Sancho, Mount, Sterling, Kane.
Subs: Grealish, Henderson, Rashford, Trippier, Ramsdale, Mings, Coady, Calvert-Lewin, Foden, Chilwell, Johnstone, Bellingham.
Referee: Felix Brych (Germany).