Aksi Bangang Henderson Blok Sepakan Percuma Berkelas Dunia Trent Alexander Arnold

Pemain antarabangsa England, dan kapten Liverpool FC, Jordan Henderson secara tidak sengaja MENGHENTIKAN Liverpool daripada menjaringkan gol selepas menghalang sepakan percuma berkelas dunia daripada Trent Alexander-Arnold.

Liverpool dianugerahkan sepakan percuma dalam kedudukan berbahaya selepas pertahanan Crystal Palace Nathaniel Clyne mengasari Diogo Jota betul betul di luar kotak penalti.

Mohamed Salah dan Alexander-Arnold berdiri berdekatan bola. Merancang strategi unggul untuk mencari gol. Penyerang Mesir itu melakukan hantaran pendek kepada rakan sepasukannya.

Dari situ, bek kanan Liverpool itu melakukan rembatan cemerlang yang kelihatan boleh sahaja menewaskan penjaga gol.

Namun sayangnya, Henderson telah menghadang bola tersebut dengan sepenuh hatinya.

Trent Alexander Arnold sendiri seolah olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Segala perancangannya dengan Mohamed Salah kini hanya sia sia.

Sememangnya, Henderson menghalang pasukannya daripada menjaringkan gol menimbulkan kemarahan peminat Liverpool di media sosial.

Peminat Liverpool menganggap Henderson memang sengaja bermain menentang pasukan mereka sendiri.

Peminat pasukan Liverpool, di dalam stadium dan di rumah, benar benar kecewa dengan keadaan tersebut. Ini kerana Trent Alexander Arnold memiliki reputasi yang luar biasa daripada sepakan percuma seperti itu.

Sukar untuk mana mana penjaga gol mematikannya. Namun siapa sangka, Henderson membantu lawan untuk menghentikannya dengan cara efektif dan berkesan.

Jordan Henderson bukanlah nama asing dalam arena bola sepak dunia. Dianggap kapten Liverpool yang paling berjaya pada era moden. Dia memenangi segalanya bersama Liverpool sebagai pemain di peringkat kelab kecuali Piala Stadium USB.

Namun prestasinya musim ini benar benar membuatkan ramai peminat merasakan masanya sudah tiba untuk Henderson dijual ke kelab lain.

Mereka juga menyatakan sudah letih dah nak membekap pemain itu.

Bagi peminat FPL, Henderson sebenarnya baru menghalang 12 mata untuk pasukan yanga ada Mo Salah dan Trent Alexander Arnold.

Liverpool seri tanpa jaringan menentang Crystal Palace yang terus berusaha untuk menjauhi zon penyingkiran dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Keputusan seri itu dicatatkan The Reds, hanya beberapa hari selepas mereka dimalukan Real Madrid di UCL.

Liverpool sebelum ini memang kelihatan sedang bangkit apabila menang 2 perlawanan berturut turut dalam liga.

Rupa rupanya itu cuma wayang semata mata. Mereka kembali kelakar dan kalah teruk 2-5 di tangan Real Madrid.

Liverpool awalnya mendahului 2 gol dalam masa 14 minit.

Entah macamana, mereka melepaskan 5 gol berturut turut tanpa ada rasa bersalah.

Dan selepas keputusan mengecewakan itu, Liverpool kini seri pula dengan pasukan yang menggunakan kristal sebagai nama kelab.

Liverpool bergelut untuk berebut slot ke UEL pada musim hadapan. Apatah lagi nak ke UCL? Yang pastinya tugas sangat sukar.

Liverpool kali ini turun tanpa Darwin Nunez yang cedera. Dan ianya benar benar meninggalkan kesan mendalam kepada pasukan tersebut.

Kegagalan layak ke UCL sememangnya bukan perkara yang diingini oleh Liverpool.

Mereka musim ini sudah boleh dikira terlepas kesemua piala yang ada. Mustahil sama sekali mereka akan bangkit di Bernabeu selepas ini dengan perbezaan agregat 3 gol.

Liverpool kini 6 mata daripada pasukan di tanggan keempat, Tottenham Hotspur.

Mereka masih ada sedikit harapan lagi untuk menamatkan saingan di 4 teratas dalam Liga Perdana Inggeris musim 2022 /23. Namun mereka harus tidak mencicirkan sebarang mata lagi selepas ini.

Dengan prestasi semasa yang ada, kelihatan pasukan tersebut akan mencicirkan mata mereka merata rata pada bila bila masa.

BACA:  Pengguna Tinder Kantoi Bodoh Menyamar Menjadi Jordan Henderson