Jordan Henderson Dituduh Melemparkan Kata-Kata Rasis Kepada Gabriel

Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson telah dituduh melemparkan kata-kata berbaur rasis serta hinaan kepada pemain pertahanan Arsenal Gabriel Magalhaes ketika Liverpool tewas kepada Arsenal 3-2.

The Football Association (FA) kini masih lagi meneliti laporan daripada pengadil perlawanan Michael Oliver bagi mengesahkan insiden itu sebelum siasatan lanjut dijalankan.

Pada separuh masa kedua telah terjadi konfrontasi diantara pemain Arsenal dan Liverpool selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti tatakala Gabriel Jesus dikasari Thiago.

Sebahagian bintang dari kedua-dua pasukan terlibat dalam pertengkaran sengit, dengan pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes dan kapten Liverpool, Jordan Henderson, bertelagah antara satu sama lain.

Pemain tengah Gunners, Granit Xhaka dengan pantas tiba di tempat kejadian untuk menyokong rakan sepasukannya dan kelihatan sangat marah dengan apa yang diperkatakan oleh Henderson.

Selepas keadaan berjaya diredakan Michael Oliver berlari ke tepi padang untuk bercakap dengan kedua-dua pengurus, Mikel Arteta dan Jurgen Klopp selepas pertengkaran disusuli kata kesat telah dihamburkan.

Difahamkan, Michael Oliver telah memberitahu dan menyedarkan pengurus mengenai sesuatu yang didakwa dikatakan oleh salah seorang pemain kepada pihak lawan.

Begitu juga, kedua-dua bos dipercayai bercakap dengan Michael Oliver selepas wisel penamat dan kini perkara itu telah dirujuk kepada The Football Association (FA).

Setakat ini masih dinantikan lagi jika badan induk itu melancarkan siasatan skala penuh tetapi FA akan berbincang dengan pegawai perlawanan sebelum memutuskan sama ada untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Jurucakap FA berkata:

“Kami sedar tentang insiden yang berlaku semasa perlawanan antara Arsenal dan Liverpool.”

“Kami sedang berdialog dengan pegawai perlawanan dan akan menyemak butiran insiden itu.”

Spekulasi bertebaran di media sosial bahawa Jordan Henderson telah melemparkan kata-kata kesat yang dipercayai berbaur perkauman kepada Gabriel Magalhaes.

Lantaran itulah kenapa Granit Xhaka datang membela Gabriel telah naik hantu dan seperti mahu membaham Jordan Henderson.

Wajah sugul dan kecewa Roberto Firmino yang berjaya disambar lensa kamera juga menjadi bukti untuk menguatkan hujah tuduhakan kepada Jordan Henderson ini.

Kata-kata dari Jordan Henderson itu seolah-olah bukan sahaja menyakiti hati Gabriel tetapi membuatkan Roberto Firmino terguris sama.

Selain itu dapat juga dilihat gambar pemain Brazil dari kedua-dua pasukan iaitu Alisson Becker, Roberto Firmino, Gabriel Jesus dan Gabriel sendiri sedang berbicara sesama mereka.

Semua geng Brazil seperti bersatu hati membincang sesuatu walaupun hakikatnya mereka adalah lawan dalam perlawanan ini.

Bukayo Saka mengekalkan sikap tenangnya sepanjang pertelingkahan yang terjadi dengan menjaringkan penalti bagi memastikan kemenangan menjadi milik Arsenal.

Pemain sayap itu tidak menyedari apa yang sedang berlaku ketika dia menunggu untuk mengambil sepakan penalti dan berkata selepas perlawanan bahawa dia fikir ia mungkin muslihat pemain Liverpool untuk mengalih perhatiannya.

Ditanya mengenai penalti, Saka berkata:

“Saya telah berlatih, sepanjang masa. Kami berlatih.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan pertengkaran itu, jika mereka cuba untuk masuk ke dalam kepala saya, tetapi saya tahu apa yang akan saya lakukan dalam fikiran saya, dan terperangkap dengannya.”

Mikel Arteta ketika ditanya mengenai insiden tersebut selepas perlawanan mengambil pilihan untuk terus membisu tanpa memberikan sebarang komen.

Mikel Arteta berkata:

“Insiden yang berlaku…apa sahaja yang berlaku di padang itu, kekal di padang itu.”

Semua ini hanya sekdar tuduhan sahaja buat masa ini dan FA masih lagi meneliti laporan daripada pengadil dan jika benar apa yang terjadi pasti siasatan penuh akan dijalankan dan dihukum menanti pesalah.

BACA:  Liverpool Bakal Lepaskan Henderson Kerana Tiada Kesefahaman Dalam Rundingan Kontrak Baru