Heynckes: Kad Merah Bantu Kemenangan Besar Bayern Munich

Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes mengakui kad merah yang diterima pemain Besiktas, Domagoj Vida pada awal perlawanan memainkan peranan besar dalam kemenangan 5-0 Bayern Munich ke atas Besiktas awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut,  Robert Lewandowski dan Thomas Muller masing-masing menjaringkan dua gol buat Bayern, dan Kingsley Coman turut menemui jaring untuk memberikan bekalan yang cukup selesa menjelang pertemuan timbal balik di Turki 15 Mac nanti.

Mudah macam lawan Arsenal

Besiktas mengharungi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan cemerlang dan mereka tidak pernah tewas sepanjang 6 perlawanan. Walaubagaimanapun, Bayern membuktikan mengapa mereka berada di kelas yang berlainan dengan mudah membelasah Besiktas.

Tugas Besiktas di Allianz Arena menjadi lebih sukar selepas pemain terakhir Besiktas, Domagoj Vida menjatuhkan Lewandowski di luar kotak penalti pada minit ke-16. Pengadil tidak mempunyai sebarang pilihan selain memberikan kad merah kepada pemain tersebut.

Heynckes mengakui kad merah banyak mempengaruhi keputusan perlawanan dan beliau gembira kerana dapat membawa bekalan yang selesa untuk perlawanan seterusnya di tempat lawan.

Insiden kad merah yang mengubah perlawanan

“Amat sukar bagi mana-mana pasukan untuk bermain di Liga Juara-Juara dengan 10 orang pemain. Saya masih percaya Besiktas adalah pasukan yang sangat bagus dan mereka mempunyai beberapa pemain berpengalaman yang pernah bermain di serata Eropah. Saya sangat gembira kerana kami dapat menewaskan pasukan berpengalaman seperti Besiktas.”

“Kami akan melakukan persediaan seperti biasa untuk perlawanan timbal balik nanti. Kamu tidak boleh mengambil sebarang risiko dalam Liga Juara-Juara Eropah.”

“Mengenai perlawanan tadi, saya meliht dua separuh masa yang berbeza. Pada separuh masa pertama, kami tidak mempunyai sebarang tempo permainan. Hantaran pasukan amat teruk dan Besiktas dapat melakukan serangan lebih kerap.”

“Gol pembukaan memberikan kelebihan dari segi psikologi dan pada separuh masa ke-2, kamu dapat melihat pasukan Bayern yang berlainan. Kami berjaya menjaringkan gol yang menarik dan menampilkan bolasepak yang cantik. Sudah tentu saya gembira dengan persembahan pasukan.”

Pengurus Besiktas, Senol Gunes turut mengakui kad merah telah menjejaskan peluang pasukannya dan segala perancangan yang dilakukan sebelum perlawanan turut terjejas dengan kad merah tersebut.

Pepe menunjukkan solidariti terhadap Datuk Seri Vida yang dikenakan hukuman keluar padang

“Pasukan lawan bermain lebih baik daripada kami. Kami mahu bermain dengan lebih baik dan mencatatkan kemenangan tetapi selepas insiden kad merah, keadaan menjadi sangat sukar buat kami.”

“Kami terseksa dari segi fizikal dan mental dan mereka berjaya mengambil kesempatan pada separuh masa kedua. Kami cuba sedaya upaya untuk mengurangkan jaringan pihak lawan tetapi gagal berbuat demikian.”

“Besiktas adala pasukan yang menyerang, tetapi kami dipaksa untuk bertahan. Kami tidak dapat menampilkan permainan sebenar kerana pasukan lawan terlalu kuat.”

BACA:  Harga Neymar + Mbappe Lebih Mahal Berbanding Satu Skuad Bayern Munich