Ibrahima Konate Catat Rekod Yang Sungguh Luar Biasa Dasyat Bersama Liverpool

Ibrahima Konate mungkin tidak mempunyai nama yang besar seperti Virgil Van Dijk, namun harus diakui yang beliau juga turut memberikan impak yang sungguh menakjubkan sebagai pemain centre-back Liverpool.

Ketika aksi kemenangan 3-2 menewaskan Man City malam semalam, Ibrahima Konate berjaya menjaringkan gol pendahuluan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Gol tersebut merupakan gol ketiga beliau dari tiga perlawanan terakhirnya untuk Liverpool, dengan Konate cemerlang menjaringkan gol dalam semua tiga-tiga perlawanan tersebut.

Beliau berjaya menjaringkan gol ketika aksi kedua-dua leg bertemu Benfica dalam saingan Champions League sebelum ini dan gol ketika bertemu Man City merupakan gol ketiganya dari tiga perlawanan terakhir beliau bersama Liverpool.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, sepanjang kariernya bersama Liverpool, Ibrahima Konate sebenarnya masih belum mencatatkan sebarang kekalahan lagi.

Dari 22 perlawanan dalam semua pertandingan, Konate berjaya membantu Liverpool untuk mencatatkan 17 kemenangan dan 5 keputusan seri.

Beliau masih lagi belum pernah merasa bagaimana perasaan kalah ketika diturunkan beraksi bersama Liverpool dan ia jelas sekali satu rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Liverpool sendiri sepanjang musim ini berjaya menjaringkan 19 gol hasil dari sudut sepakan penjuru, dengan ia merupakan rekod terbaik yang berjaya dicatatkan oleh pasukan dari saingan Premier League musim ini.

Beliau mempunyai ketenangan yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan Konate jelas sekali pemain yang sangat sempurna untuk digandingkan bersama Virgil Van Dijk.

Liverpool 3-2 Man City

Liverpool berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan mereka cemerlang mendahului Man City 3-0 pada 45 minit pertama permainan.

Ibrahima Konate berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-9 permainan selepas beliau cemerlang menanduk padu bola hantaran dari Andy Robertson.

Pada minit ke-17 permainan Sadio Mane berjaya menggandakan kedudukan selepas beliau bijak memanfaatkan kedunguan Zack Steffen untuk Liverpool mendahului permainan 2-0.

Pada minit ke-45 permainan, Sadio Mane berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini untuk membantu Liverpool mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0.

Thiago Alcantara menghantar bola cantik mencari Sadio Mane yang tidak di kawal, dengan pemain kebangsaan Senegal itu kemudiannya melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Zack Steffen.

Mendahului permainan dengan keputusan 3-0, ramai yang percaya Liverpool bakal mudah untuk layak ke perlawanan akhir.

Walau bagaimanapun, Man City berjaya menstabilkan perlawanan pada aksi babak kedua, dan hasilnya mereka berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-47 permainan menerusi Jack Grealish.

Man City kemudiannya terus menerus mengasak kubu Liverpool dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu juga turut sama melancarkan beberapa siri serangan ke kubu The Citizens.

Ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan, Riyad Mahrez berjaya mencipta gerakan merbahaya dan hasil dari gerakan beliau itu, Bernardo Silva cemerlang menjaringkan gol kedua untuk City.

Man City dilihat sudah hampir untuk melakukan comeback yang sungguh menakjubkan namun malangnya usaha mereka berakhir dengan kegagalan.

Kemenangan ini berjaya membawa Liverpool ke aksi perlawanan akhir dan ia juga secara tak langsung membantu The Reds untuk terus memburu gelaran quadruple pada musim ini.

Selepas berjaya menjuarai saingan Carabao Cup sebelum ini, Liverpool kini semakin hampir untuk menjulang gelaran FA Cup selepas kejayaan mereka layak ke perlawanan akhir.

The Reds selepas ini akan turun beraksi bertemu Villarreal di peringkat separuh akhir saingan Champions League dan mereka turut dianggap sebagai calon kegemaran untuk muncul sebagai Juara pada musim ini.

Selain itu, Liverpool juga kini hanya dipisahkan dengan perbezaan satu mata sahaja dibelakang Man City dalam perebutan merebut gelaran Premier League.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu hanya perlu memastikan mereka mampu mencatatkan kemenangan dalam kesemua baki perlawanan liga, dan berharap agar Man City akan keciciran mata untuk memastikan mereka mampu memintas skuad kendalian Pep Guardiola itu.

BACA:ย  Video Rangkuman Aksi Konate Bersama Liverpool Membuktikan Beliau Antara Pertahanan Terhebat Dunia Ketika Ini