Video Rangkuman Aksi Konate Bersama Liverpool Membuktikan Beliau Antara Pertahanan Terhebat Dunia Ketika Ini

Kompilasi rangkuman aksi hebat Ibrahima Konate pada musim debutnya bersama Liverpool sangat menarik untuk disaksikan dan jelas sekali beliau layak dianggap sebagai antara pertahanan terhebat dalam dunia bola sepak pada ketika ini.

Konate tiba di Anfield dari RB Leipzig pada musim panas lalu dengan yuran perpindahan bernilai £36 juta dengan beliau kini dianggap antara pemain paling berprestasi dalam skuad The Reds.

Pemain berusia 22 tahun itu tidak membuat sebarang penampilan sehingga pertengahan September dan kemudian beliau sepertinya terus kerap mendapat tempat dalam skuad utama.

Beliau berjaya menjaringkan tiga gol dari tiga perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan dan jelas sekali ramai yang mula sedar dengan bakat yang beliau miliki.

@PassLikeThiago telah merangkumkan aksi hebat Konate sepanjang beraksi bersama Liverpool dan memuat naik video tersebut di media sosial.

Harus diakui yang video tersebut sememangnya sangat menarik untuk disaksikan dan ia jelas menunjukkan betapa hebatnya kemampuan sebenar Konate.

Konate telah menunjukkan aksi persembahan menakjubkan dengan kemampuan beliau membaca permainan dan beliau juga sama sekali tak gentar ketika bertahan.

Hal itu terbukti ketika melihat bagaimana beliau tenang mengawal Zlatan Ibrahimovic dengan menggunakan kekuatan yang sungguh menakjubkan ketika beraksi bertemu AC Milan.

Aksi hebat beliau ketika beraksi bertemu Manchester United pada Oktober lalu turut dirangkumkan dalam video tersebut.

Aksi hadangan dasyat yang beliau lakukan ketika bertemu Tottenham Hotspur turut boleh disaksikan dalam rakaman tersebut.

Para peminat benar-benar mengagumi kehebatan beliau dan turut percaya Konate merupakan penandatanganan terhebat sepanjang musim ini.

“Dia dah berjaya yakinkan kita semua yang dia layak untuk dianggap sebagai pengganti Virgil Van Dijk.”

“Dia dah menunjukkan yang dia sememangnya pertahanan terhebat dalam dunia bola sepak.”

“Baru musim pertama dan dia baru berusia 22 tahun. Tapi lihat pada aksi dia, nampak macam dia dah berusia 30 tahun dan dah bermusim-musim ada dalam saingan Premier League.”

“Liverpool memiliki permata paling bernilai dalam tangan mereka sekarang. Penandatanganan yang sungguh luar biasa dasyat”

Konate sememangnya ditandatangani sebagai back up kepada Virgil Van Dijk dan Joel Matip kerana beliau sendiri telah bertanya peranan sebenarnya kepada Jurgen Klopp sebelum bersetuju untuk ke Anfield.

Banyak kelab gergasi Eropah lain yang turut berminat mahu mendapatkan khidmatnya namun beliau memilih Liverpool selepas mendapat jawapan untuk soalan mudah itu.

Bercakap kepada The Sunday Times beliau menjelaskan bahawa:

“Saya kata, ‘Okay, jika saya adalah anak kamu dan anak kamu sedang berada di posisi saya, apa yang akan kamu beritahu dia?”

“Klopp kata, ‘okay, kelab ini bagus dan kelab itu juga bagus, tapi sudah tentu saya akan beritahu dia supaya pergi ke Liverpool.’ Ketika dia katakan itu saya tak tengok benda lain selain mata dia. Saya nak tengok adakah dia ikhlas.”

“Dan saya nampak kejujuran di wajah dia. Saya kata, ‘keputusan ini akan jadi yang terbaik untuk saya.’ Dan selepas itu, ketika kamu fikir tentang pemain lain di Liverpool.. pemain mana yang tak nak datang ke sini? Semuanya mahu.”

Selepas Klopp menjawab segala persoalan tersebut, Konate segera memilih untuk ke Anfield.

Rekod dasyat Konate bersama Liverpool

Ibrahima Konate mungkin tidak mempunyai nama yang besar seperti Virgil Van Dijk, namun harus diakui yang beliau juga turut memberikan impak yang sungguh menakjubkan sebagai pemain centre-back Liverpool.

Ketika aksi kemenangan 3-2 menewaskan Man City malam kemarin, Ibrahima Konate berjaya menjaringkan gol pendahuluan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Gol tersebut merupakan gol ketiga beliau dari tiga perlawanan terakhirnya untuk Liverpool, dengan Konate cemerlang menjaringkan gol dalam semua tiga-tiga perlawanan tersebut.

Beliau berjaya menjaringkan gol ketika aksi kedua-dua leg bertemu Benfica dalam saingan Champions League sebelum ini dan gol ketika bertemu Man City merupakan gol ketiganya dari tiga perlawanan terakhir beliau bersama Liverpool.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, sepanjang kariernya bersama Liverpool, Ibrahima Konate sebenarnya masih belum mencatatkan sebarang kekalahan lagi.

Dari 22 perlawanan dalam semua pertandingan, Konate berjaya membantu Liverpool untuk mencatatkan 17 kemenangan dan 5 keputusan seri.

Beliau masih lagi belum pernah merasa bagaimana perasaan kalah ketika diturunkan beraksi bersama Liverpool dan ia jelas sekali satu rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Liverpool sendiri sepanjang musim ini berjaya menjaringkan 19 gol hasil dari sudut sepakan penjuru, dengan ia merupakan rekod terbaik yang berjaya dicatatkan oleh pasukan dari saingan Premier League musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Liverpool Bersetuju Ikat Ibrahima Konate Dari RB Leipzig