Ibrahimovic Muncul Penerima Gaji Termahal Dalam Sejarah MSL Selepas Tandatangan Kontrak Baru

Bekas pemain antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic muncul pemain yang menerima gaji paling mahal dalam sejarah Major League Soccer (MLS) selepas menandatangani kontrak baru untuk terus kekal bersama La Galaxy awal minggu ini.

Beberapa sumber melaporkan Ibrahimovic akan dibayar dalam lingkungan $7 juta hingga $7.5 juta pada tahun 2019, menjadikan beliau penerima gaji tertinggi dalam sejarah liga tersebut.

Tua-tua pon gaji masih padu.

Itulah jumlah yang perlu dibayar La Galaxy untuk memastikan pemain berusia 37 tahun terus beraksi dengan pasukan tersebut bagi tahun 2019.

Sebelum ini, Ibrahimovic telah dikaitkan dengan beberapa kelab Eropah selepas musim MSL berakhir beberapa minggu yang lalu. Antara kelab yang menaruh minat terhadap Ibrahimovic adalah AC Milan, kelab yang pernah diwakilinya selama dua tahun tidak lama dahulu.

Dalam musim pertamanya bersama La Galaxy, Ibrahimovic hanya menerima $1.5 juta semusim dan angka yang bakal beliau terima untuk tahun hadapan adalah 5 kali ganda lebih tinggi.

Menurut data yang diperolehi oleh Persatuan Pemain-Pemain MLS, bekas pemain Real Madrid dan AC Milan, Kaka memegang rekod sebagai penerima gaji paling mahal sebelum ini dengan $6.66 juta semusim ketika mewakili Orlando City pada tahun 2017.

Ibrahimovic pantas menyesuaikan diri dengan persekitaran baru apabila berjaya menjaringkan 22 gol dari 27 perlawanan musim ini. Beliau berpindah ke MLS dari Manchester United pada Januari lalu selepas Jose Mourinho bersetuju untuk melepaskan beliau secara percuma.

Zlatan bekas pemain Setan Merah. Membantu kelab tersebut memenangi Europa League dan Piala Liga

Pengurus besar La Galaxy, Dennis te Kloese berkata kelab tersebut sangat berbesar hati Ibrahimovic sudi untuk menandatangani kontrak baru walaupun menerima beberapa tawaran dari kelab besar di Eropah.

“Kami sangat gembira Zlatan telah menandatangani kontrak baru yang mana bakal menyaksikan beliau bakal kembali beraksi untuk La Galaxy untuk tahun 2019.”

“Beliau telah menunjukkan kualitinya pada musim lepas dan kami tidak sabar untuk melihat beliau kembali mewakili kelab ini pada tahun hadapan.”

“Dengan kembalinya Zlatan, kami akan menjadi pasukan yang lebih baik dan terus mara ke hadapan.”

Sebelum ini, Ibrahimovic pernah menegaskan beliau masih mahu kekal beraksi di MLS kerana masih mempunyai ‘urusan yang belum diselesaikan’.

“Terdapat banyak gosip, spekulasi yang berkeliaran sebelum ini mengenai masa depan saya.”

“Tetapi sebenarnya saya tidak pernah meninggalkan kelab ini. Saya kekal di sini dan seperti yang pernah saya beritahu sebelum ini, saya masih lagi belum selesai dengan MLS.”

BACA:  Hakan Calhanoglu Bedal Kembali Zlatan Yang Menganjingnya di Perarakan Piala