Ibu Neymar Bergaduh Dengan Kekasihnya Hingga Dikejarkan Ke Hospital

Ibu Neymar, Nadine Goncalves bersama kekasih hatinya Tiago Ramos telah dikejarkan ke hospital selepas kedua-dua mereka didapati bertengkar di sebuah apartment di Brazil.

Nadine Goncalves sebelum ini pernah mendedahkan kepada umum mengenai hubungan beliau dengan seorang pemuda yang usianya 30 tahun lebih muda darinya.

Nadine bersama kekasihnya Tiago menjalani hubungan cinta dan hidup dalam keadaan sangat bahagia selama 10 hari sebelum ini.

Selepas 10 hari bersama, mereka akhirnya berpisah seketika selepas Tiago mengakui dirinya seorang biseksual.

Tiago dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan seorang artis lelaki terkenal di Brazil dan beliau juga dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan tukang masak peribadi bakal anak tirinya, Neymar.

Namun mereka berpisah tidak lama, Nadine dan Tiago kembali menjalin hubungan cinta Mei lalu. Ibu kepada Neymar itu dilaporkan telah membeli sebuah apartment mewah untuk memujuk Tiago Ramos.

Nadine Goncalves membeli apartment tersebut untuk tinggal bersama Tiago Ramos dan membina kembali hubungan mereka yang pernah retak sebelum ini.

Tapi ternyata usaha Nadine itu tidak membuahkan hasil, hubungan mereka kembali bergolak ekoran dari perkara-perkara yang telah terjadi sebelum ini.

Kali ini mereka terlibat dalam sebuah pertengkaran yang luar biasa hebat. Mereka bertengkar sehingga jiran-jiran tertangga terkejut mendengar suara teriakan dari Nadine.

Jiran tertangga Nadine Goncalves mendakwa bahawa mereka mendengar suara teriakan seperti orang bergaduh besar dari apartment ibu kepada Neymar itu, pada satu malam sebelum berlaku insiden berdarah tersebut.

Ekoran dari insiden pertengkaran antara Nadine dan kekasihnya itu, Tiago dilaporkan menerima 12 jahitan di lengannya.

“Terdapat satu insiden yang telah berlaku dalam rumah tangga Tiago. Nadine membuat keputusan untuk memanggil ambulans sebagai langkah pencegahan, tetapi mereka berdua dalam keadaan baik-baik sahaja. Semuanya baik-baik saja.”

Jelas wakil kepada ibu Neymar, Nadine Goncalves.

Setelan kejadian tersebut, ibu kepada Neymar, Nadine telah dipanggil ke balai polis berhampiran kediamannya untuk memberikan kenyataan ekoran dari pertengkaran antaranya dan kekasihnya, Tiago Ramos.

“Mereka mengklasifikan bahawa tidak ada serangan yang serius dan hanya kemalangan kecil sahaja yang terjadi lalu menyebabkan lengan Tiago terluka. Beliau masih belum pulih, namun kedua-dua mereka dalam keadaan baik-baik saja.”

Berdasarkan laporan dari media Brazil, luka di lengan Tiago Ramos disebabkan oleh tindakannya sendiri yang menumbuk cermin jendela.

Neymar memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan tentang kesemua yang berlaku dan beliau mahu memberi tumpuan kepada kariernya sahaja untuk waktu ini.

BACA:  Neymar Tepuk Tangan Kepada Penonton di Stadium Yang Kosong