Icardi Ugut Tinggalkan PSG Jika Bininya Tidak Kembali Bersama

Mauro Icardi telah melakukan satu ugutan yang agak mind blowing dengan menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan Paris Saint-Germain jika isterinya, Wanda Nara tidak kembali menjadi suri hatinya.

Rumah tangga Mauro Icardi dan Wanda Nara berantakan kebelakangan ini apabila pemain penyerang PSG itu telah kantoi mempunyai hubungan dengan seorang model dan pelakon dari Argentina, China Suarez.

Ini China Suarez

Kerana kantoi sebagai bodoh berlaku curang, Wanda Nara yang merupakan pengacara tv dan model juga dari Argentina itu telah unfollow Instagram Mauro Icardi.

Wanda Nara kemudiannya meninggalkan satu kenyataan yang berbunyi:

“Satu lagi keluarga kau nak hancurkan kerana perempuan sundal.”

Untuk rekod, Wanda Nara merupakan bekas isteri Maxi Lopez yang juga rakan baik Icardi suatu ketika dulu, mereka kemudian curang lalu hidup bersama tetapi dicanangkan itu bukan satu kecurangan tetapi apa berlaku atas dasar cinta.

Dulu Icardi pernah hancurkan satu keluarga kerana mahu bersama Wanda Nara. Adakah Wanda Nara juga merupakan perempuan sundal?

Wanda Nara dilaporkan telah memadamkan gambar-gambar mereka bersama yang sebelum ini ibarat belangkas. Namun Icardi dengan tenang terus memujuk isterinya.

Icardi sempat memuat naik gambar mereka bersama sempena hari ibu beserta dengan ucapan selamat hari ibu yang mana disambut pada ahad lalu di Argentina.

Melihat story Icardi itu Wanda Nara tidak mahu kalah lalu telah melakukan satu serangan balas pantas dengan menganjing Icardi:

“Hari yang baik. Aku sangat suka jari mulusku tanpa ada cincin.”

Kisah telenovela pasangan suami isteri ini terus berlarutan apabila Mauro Icardi mengugut untuk meninggalakan PSG jika Wanda Nara tidak kembali.

Akhbar Perancis, RMC melaporkan bahawa Icardi sedia membawa diri jika hubungannya dengan Wanda tidak dapat dijernihkan.

Ugutan ini boleh dikatakan sebagai satu bentuk ancaman emosi dan juga kewangan memandangkan Wanda merupakan pengurusnya dan juga bertindak sebagai ejen pemain ini.

Kontrak Icardi bersama PSG bernilai 12juta Euro setahun, dan jika kontrak ini dibatalkan, Wanda akan mengalami penyusutan pendapatan yang tinggi.

Penamatan kontrak secara tetap yang akan tamat pada 2024 akan menjadi sangat mahal jika PSG menuntut bayaran ganti rugi

Ini pasti akan memberi kesan kepada Wanda Nara yang merupakan ejen kepada Icardi.

Baru-baru ini, PSG memberikan cuti khas kepada Icardi selepas pemain itu mengalami masalah keluarga di mana Icardi dibenarkan tidak menghadiri dua sesi latihan.

Mauricio Pochettino tetap membawa Mauro Icardi untuk perlawanan Champions League minggu ini menentang RB Leipzig, samada Icardi diturunkan atau tidak menurut Pochettino bergantung kepada situasi.

Icardi dan Wanda Nara ada 2 anak perempuan – Francesca and Isabella – dan turut membesarkan anak Wanda Nara bersama dengan Maxi Lopez iaitu Valentino Gaston, Constantino dan Benedicto.

Mauro Icardi menjadi nama yang dikaitkan dengan banyak kelab, termasuk Spurs, Juventus dan terbaru Newcastle United.

Namun sumber Fabrizio Romano menyatakan bahawa pemain itu sebelum ini selesa di PSG walaupun kurang minit perlawanan.

Tetapi skandal terbaru yang melibatkan Icardi ini pastinya merubah keadaan itu.

Hubungan Mauro Icardi dan Wanda Nara dilihat tidak begitu bagus pada ketika ini. Pada masa lampau, Icardi dan Wanda Nara membina mahligai mereka dengan cukup kontroversi.

Wanda Nara ketika itu menjadi isteri Maxi Lopez, telah menjalinkan hubungan dengan Icardi. Di mana Icardi diajak oleh Maxi Lopez tinggal di rumah mereka ketika pemain Argentina itu masih mencari cari rumah baru.

Maxi Lopez menganggap Icardi seperti adiknya sendiri. Dan tak menyangka, Icardi mengambil kesempatan di atas kepercayaannya itu.

Namun Wanda Nara menafikan mereka menjalinkan hubungan sulit di belakang Lopez. Dengan menegaskan bahawa, mereka hanya bercinta selepas dia bercerai dengan Maxi Lopez.

Seterusnya Maxi Lopez pernah mendakwa Icardi dan Wanda Nara melarang anaknya bercakap dengannya di telefon membuatkan Maxi sangat kecewa.

Cukup la setakat ini sahaja Telenovela antara Icardi dan Wanda Nara.

BACA:  Rujuk Semula: Icardi Tandatangani Kontrak Serah Segala Harta Kepada Wanda Nara