Wanda Nara dan Mauro Icardi berkahwin pada 2014. Kita semua tahu kisah antara pasangan paling menarik perhatian dan kontroversi di dalam bola sepak ini.
Dan selepas sembilan tahun kedua-dua pasangan bersedia untuk mengangkat sumpah setia sesama mereka dalam satu majlis tradisi yang popular di kalangan beragama Kristian selepas beberapa tahun bersama.
Ketika berkahwin pada 2014, majlis tersebut diadakan secara besar-besaran dengan bekas model itu memperagakan gaun rekaan Alexander McQueen dan kasut Louis Vuitton – selain hiasan daripada Swarovsky sebagai hiasan di kuku.
Hubungan kedua-dua pasangan kali ini dilihat lebih intim walaupun Icardi sebelum ini dilaporkan mempunyai skandal dengan aktress China Suarez.
Pada masa ini kedua-dua pasangan sedang berjuang dengan keadaan kesihatan Nara yang disahkan menghidap leukimia dan sedang menjalani rawatan intensif.
💌 Wanda Nara on the GRAM!💛❤️
🎙️ @wanditanara had previously revealed:
"I have leukemia. At first, I used to say 'I have this illness.' Then I could say 'that illness.' Now I am calling it by its name."
🔸Moved by the support of fans, she shared:pic.twitter.com/cxG28NLIvA
— The Lion's Den – A Galatasaray Podcast (@TheLionsDenGS) October 30, 2023
Model itu mengesahkan suaminya mencadangkan majlis angkat sumpah setia dilakukan sekali lagi menerusi tembual bersama majalah Gente baru-baru ini.
Untuk itu Nara menganggap ia adalah hadiah palung bermakna sepanjang 10 tahun perkahwinan, dan ia mungkin tidak akan berlaku lagi tahun hadapan.
“Dia melamar saya sekali lagi selepas 10 tahun bersama,” kata Nara.
“Kami belum memuktamadkan bagaimana ia akan diadakan tetapi ia amat mengharukan untuk menerima lamaran sekali lagi.
“Saya menjangkakan ia akan diadakan di Argentina. Apa yang saya mahukan sekarang ialah supaya kami meraikan Krismas bersama-sama di Eropah.
“Perkara yang saya sudah belajar ialah untuk menikmati kehidupan hari ini dan kurangkan keinginan untuk masa depan.
“Ia benar anda akan melihat sejauh mana komitmen [pasangan anda] dalam sesebuah perkahwinan apabila dilanda masalah kesihatan dan sakit.”
Wanda Nara sobs on TV as Mauro Icardi's WAG confirms battle with illnesshttps://t.co/2d5bIzgjjl pic.twitter.com/KxQTPbBkYF
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) October 25, 2023
Leukaemia adalah sejenis kanser darah dan telah membunuh 309,000 pengidapnya di seluruh dunia setiap tahun.
Ia adalah perkara yang menggerunkan melihat bagaimana Nara begitu menghargai kehadiran suaminya sebagai pasangan hidup apabila berhadapan dengan leukaemia.
“Perkara terbaik yang saya lihat dilakukan Mauro sejak 10 tahun bersama ialah selepas saya disahkan menghidap penyakit ini.
“Saya teringat pada satu malam saya terjaga pada jam 4 pagi dan saya melihat Mauro memegang telefon cuba untuk mencari tempat terbaik untuk merawat saya di seluruh dunia, dan di mana dia boleh menjaga saya.
“Apabila pasangan berkahwin, mereka berkata ia harus berterusan ketika senang, ketika keadaan sukar dan sakit. Anda berkata demikian pada ketika dan mengambil mudah keadaan.
“Namun kehidupan membawa anda untuk melihat erti sebenar cinta sejati ketika situasi menjadi rumit.”