Rujuk Semula: Icardi Tandatangani Kontrak Serah Segala Harta Kepada Wanda Nara

Mauro Icardi dilaporkan telah menandatangani satu kontrak bersama isterinya, Wanda Nara demi untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Apa yang menariknya tentang kontrak tersebut, ia sebenarnya persetujuan Icardi untuk menyerahkan segala aset yang beliau miliki kepada isterinya itu sehingga 2050.

Melainkan anda berada dalam gua terlalu lama, mungkin anda tidak akan pernah dengar tentang isu Icard bersama isterinya.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kedua-dua mereka telah menyajikan peminat dengan pelbagai drama berkait hubungan suami isteri mereka.

Mereka bercerai, rujuk semula, bercerai lagi, dan kini nampaknya mereka akan kembali bersama dan mungkin akan bertahan lebih lama lagi.

Mengapa ia akan jadi lebih lama?

Ia kerana Icardi telah melakukan satu pengorbanan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam usahanya untuk memujuk isterinya itu.

TYC Sports melaporkan yang penyerang Paris Saint Germain itu telah memberikan sepenuh hak dalam kontraknya sekarang, masa hadapan, dan juga kesemua aset yang beliau miliki kepada Wanda Nara.

Laporan sama turut mendakwa yang kontrak tersebut akan terus berlangsung sehingga 2050, yang mana beliau pada ketika itu akan berusia 57 tahun.

Ia bermaksud yang Wanda Nara kini merupakan pemilik tunggal syarikat yang diberi nama, World Marketing Football.

Syarikat tersebut sebenarnya dibangunkan oleh kedua-dua mereka yang mana Icardi pada ketika itu masih lagi menjadi bintang utama Inter Milan.

Antara yang turut diserahkan kepada Wanda Nara adalah penthouse di Milan dan sebuah rumah mewah di Lake Como, Itali dan juga semua royalties yang akan beliau terima dari pengiklanan.

Kontroversi hubungan antara kedua-dua mereka bermula ketika Wanda Nara menuduh Icardi curang dengan pelakon Argentina dan model China, Suarez.

Icardi kemudiannya memadam gambar di Instagram dan turut unfollow kesemua kawan serta rakan sepasukannya di platform media sosial tersebut.

Baru-baru ini juga, Wanda Nara telah berkongsi gambar beliau bersama bekas suaminya, Maxi Lopez di laman instagram miliknya.

Maxi Lopez merupakan bekas sahabat dan bekas rakan sepasukan Icardi dengan hubungan persahabatan kedua-dua mereka mula retak selepas bintang PSG itu menjalin hubungan dengan Wanda Nara.

Melihat Wanda Nara berkongsi gambar Maxi Lopez, ia tentu mencetuskan kebimbangan di hati Icardi yang risau isterinya itu akan kembali ke pangkuan bekas suaminya.

Imbas kembali bagaimana Icardi rampas Wanda dari Lopez

Icardi bertemu Lopez ketika beliau beraksi bersama Barcelona dan kedua-dua mereka kemudiannya bermain bersama di Sampdoria.

Mereka dikatakan mempunyai hubungan persahabatan yang sangat erat, dengan Lopez turut sering menjemput Icardi untuk pergi ke rumahnya.

Bahkan ketika Maxi Lopez berjalan bersama keluarga, beliau turut membawa Icardi untuk ikut bersama kerana merasakan bekas bintang Inter Milan itu sudah seperti keluarganya sendiri.

Namun semuanya berubah selepas Icardi menjalin hubungan sulit dengan Wanda Nara ketika masih lagi menjadi isteri Maxi Lopez yang sah.

Pemain penyerang Argentina itu kemudiannya berkahwin dengan Wanda Nara dan melantik isterinya itu menjadi ejen beliau.

Beliau bahkan turut mencacah tattoo dengan meletakkan nama ketiga-tiga anak Maxi Lopez di lengan beliau dan hal itu jelas sekali tidak disenangi oleh duda pertama Wanda Nara.

Pada tahun 2014, ketika dalam satu perlawanan yang menemukan antara Sampdoria dan Inter Milan, perlawanan itu telah digelar โ€˜Wanda derbyโ€™ kerana sebelum sepak mula perlawanan, Maxi Lopez menolak untuk bersalam dengan Icardi.

Faham? Dah habis ringkas dah ni.

Dipendekan cerita lagi, sejak beberapa bulan ini hubungan Icardi dengan Wanda semakin teruk dengan mereka sudah dua kali berpisah dalam tempoh kurang dari sebulan.

Namun kini Icardi sudah memberikan segala yang beliau miliki kepada Wanda, dan ia mungkin akan mampu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Seandainya beliau melepaskan isterinya itu, maka Icardi juga secara tidak langsung akan kehilangan semua harta dan aset yang beliau miliki.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Icardi Akan Tetap Dihukum Walau Wanda Sudah Mengampunkan Beliau