Declan Rice telah tampil untuk mendedahkan tentang keraian Ikoniknya ketika aksi kemenangan 4-0 England menewaskan Hungary di Budapest awal pagi tadi.
Pemain berusia 22 tahun itu turut berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut, selepas beliau meledak gol keempat untuk The Three Lions.
Beliau telah memuat naik gambarnya ketika meraikan gol jaringan Raheem Sterling, dengan bintang West Ham itu dilihat mengutip cawan plastik yang dibuang oleh para penonton ke atas padang, lalu meminumnya.
Cheers @_DeclanRice 🍻🤙🏻 pic.twitter.com/1nlYVLxiDZ
— SPORTbible (@sportbible) September 2, 2021
Beliau memuat naik gambar tersebut dengan turut menyatakan:
“Diamkan pembenci.”
Beliau turut meletakkan emoji diam di story instagram miliknya.
Ia jelas ditujukan kepada para penyokong Hungary yang banyak mencetuskan kontroversi sepanjang perlawanan tersebut.
Keraian itu menjadi sangat ironik kerana Rice sebelum ini ketika temu bual sebelum bermulanya saingan Euro mengakui yang beliau tidak pernah meminum beer.
“Kamu mahu tahu, sehingga hari ini, saya tak pernah minum beer dan saya sudah berusia 22 tahun.”
England players having beer thrown at them after scoring a goal infront of the hungary fans.
Jack Grealish responds by drinking one of there cups. Class 😭 pic.twitter.com/Fv2zz8NNaX
— ᴊʜ🔟 (@PrimeJH10) September 2, 2021
Jelas Declan Rice.
“Itu adalah kenyataannya. Tidak pernah walau sedikit. Saya tidak minumnya.”
Sekali lagi, pemain England menjadi mangsa hinaan perkauman sepanjang 90 minit permainan dalam perlawanan tersebut.
Para penyokong pasukan tuan rumah dengan lantangnya memboo para pemain pasukan pelawat ketika mereka melutut sebelum sepak mula perlawanan.
Penyokong Hungary juga turut melemparkan barang pada Raheem Sterling ketika bintang Manchester City itu meraikan gol.
Hungary fans pelted England players with drinks cup after the first goal.
Declan Rice: pic.twitter.com/11mGvti0pr
— Shamoon Hafez (@ShamoonHafez) September 2, 2021
Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa Raheem Sterling dan rakan sepasukannya, Jude Bellingham telah menjadi mangsa chanting berunsur hinaan dari para penyokong sepanjang perlawanan tersebut.
Ketika ditanya tentang insiden tersebut, pengurus England, Gareth Southgate menyatakan yang anak-anak buahnya akan terus teguh menentang perkauman.
“Saya hanya boleh teruskan tentang apa yang kamu beritahu saya.”
Jelas Southgate selepas tamat perlawanan tersebut, ketika beliau ditemu bual oleh The Mirror.
England players were booed as they took a knee ahead of their World Cup Qualifier with Hungary in Budapest.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 2, 2021
“Dan jika dalam hal itu, ia jelas sekali langsung tidak boleh diterima.”
“Kami tidak menyedarinya ketika di sana. Saya tak tahu jika pemain di atas padang tahu. Tapi semua orang tahu apa yang iami katakan sejak dua ke tiga tahun kebelakangan ini. Mereka tahu kami bersama sebagai satu pasukan dan kami sentiasa bersama dalam menentang isu perkauman dalam dunia bola sepak dan juga dalam kehidupan seharian.”
FIFA mengambil serius isu berkait perkauman, dengan mereka turut mahu menyiasat insiden yang berlaku di Budapest, dan sedang mengumpul segala bukti yang ada.
Di atas padang, England telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan, terutama sekali ketika aksi babak kedua permainan.
Ketua pasukan, Harry Kane dan pemain centre-back, Harry Maguire bersama Sterling dan Rice berjaya meledak gol untuk bantu The Three Lions menewaskan Hungary 4-0.
FT: Hungary 0-4 England
Goals from Raheem Sterling, Harry Kane, Harry Maguire and Declan Rice secure England the win in Budapest.
A magnificent second half display!
📻 Reaction on @5LiveSport and updates ⤵#bbcfootball #HUNENG
— BBC Sport (@BBCSport) September 2, 2021
Anak-anak buah Gareth Southgate selepas ini akan beraksi bertemu Andorra di Wembley dengan mereka masih memegang rekod bersih tanpa kalah dalam semua perlawanan di pusingan kelayakan Piala Dunia.
Sumber: SPORTbible