Inilah Pesanan Berjiwa Liverpool Trent Alexander Arnold Selepas Dipilih Southgate

Bintang Liverpool yang juga merupakan bek kanan terbaik dunia, Trent Alexander-Arnold, sebelum ini menempuh tempoh yang penuh seksa dan serabut, selepas namanya dijaja oleh pihak media di England. Dia dikatakan tidak akan terpilih ke kem England untuk kempen Euro 2020 pada tahun ini.

Namun, segalanya selesai semalam selepas pengurus England, Gareth Southgate, mengeluarkan senarai lengkap pemain yang akan membawa cabaran pasukan Tiga Singa ini untuk membawa piala utama pulang ke negara baginda ratu buat pertama kali sejak 1966.

Pemilihan ini ternyata memberi kepuasan yang mendalam di dalam jiwa Trent dan boleh dianggap sebagai kemenangan moral pertama buat dirinya.

Sebagai jawapan balas kepada para pengkritik sama ada professional atau amatur, penyokong Liverpool atau tidak, Trent telah memuat naik satu ciapan di akaun Twitter miliknya yang berbunyi, “Selalu percayakan diri kau. Diamkan mereka yang ragu.”

Ciapan tersebut disertakan dengan gambar dirinya memakai jersi England, sambil menarik ke depan sikit bahagian tengah – mungkin membawa maksud walaupun peluang untuknya beraksi buat England cuba ditarik oleh orang lain, tetapi dia baju tersebut tetap melekat di badannya, bermakna rezeki masih berpihak kepadanya.

Di samping itu, Trent juga memberikan mimik muka seakan senyum tapi tak senyum, yang membawa erti menganjing kepada orang yang cuba menafikan haknya dalam skuad England.

Begitu tinggi sekali ilmu mantiq yang ada dalam diri bangsa Scouser ini.

Sebelum ini, ramai orang mengatakan bahawa Trent tidak setanding dengan bek kanan England yang lain seperti Reece James – pemain Chelsea yang membantu pasukannya menakluk Eropah, Kieran Trippier – membawa kejuaraan La Liga ke Atletico Madrid buat pertama kali selepas bertahun lamanya; dan juga Kyle Walker – pemain sasa yang menjadi tonggak England dan Manchester City buat sekian lama.

Hal ini kerana pada musim ini Trent dikatakan mempunyai rekod yang buruk dari segi pertahanan, walaupun statistiknya membantu bahagian serangan sangatlah menakjubkan.

Pengurus England telah menengaskan bahawa pemilihan pemain kali ini adalah kerana dia percaya setiap pemain mampu menambah kekuatan pasukannya dan tidak ada lagi ‘pelancong’.

Antara pelacong terkenal dalam skuad England sebelum ini adalah Theo Walcott yang dipilih ke skuad Piala Dunia England pada tahun 2006, walaupun belum melakukan debut dalam Liga Perdana. Dalam kempen tersebut, Walcott langsung tidak diturunkan.

“Pemain-pemain berpengalaman adalah mereka yang tahu bagaimana untuk menang dan pernah berada di kejohanan sebelum ini dan memacu pasukan,” ujar Southgate.

“Kau perlukan keseimbangan tu. Ada pemain muda yang datang dan bagi tenaga – kita tak bawa pelancong ke sini, kita ada skuad yang mana setiap orang bersedia untuk bermain dan menyumbang.

“Ini sangatlah penting kerana nanti ada sembilan perlawanan yang kita harap kita main nanti, kita pasti perlukan semua orang. Pengalaman dalam percampuran posisi adalah sangat penting.”

Aaron Ramsdale, Ben Godfrey, Ben White, Jesse Lingard, James Ward-Prowse dan Ollie Watkins adalah senarai pemain yang digugurkan daripada skuad bakal juara Euro kali ini, manakala bintang muda Manchester United, Mason Greenwood pula menarik diri kerana kecederaan lama walaupun bermain dalam perlawanan akhir Liga Europa tempoh hari.

Tindakan menggugurkan pemain berkualiti yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa ini amatlah sukar, akui Southgate.

Lingard, Ward-Prowse dan Watkins diberikan pilihan untuk meninggalkan kem pasukan selepas tidak dipilih, tetapi mereka memilih untuk kekal untuk mengharungi perlawanan persahabatan England menentang Austria dan Romania nanti.

“Kau memang taknak bagi berita buruk. Memang seronok rasa bagi debut ke orang dan bawa mereka masuk ke skuad untuk kali pertama, tapi lagi susah untuk beritahu berita sukar.

“Dengan pemain kali ini – ada tiga orang yang tahu bahawa mereka sekadar datang untuk dapatkan pengalaman berlatih bersama kami dan untuk dua perlawanan ini – dan kami sangat gembira dengan (sikap) Ben White, Ben Godfrey dan Aaron Ramsdale. Banyak yang mereka sumbangkan kepada pasukan.

“Bagi aku, jujurnya, sukar untuk aku cakap kepada Jesse Lingard, yang dah banyak menyumbang kepada England untuk tempoh masa yang lama. James Ward-Prowse, kapten pasukan bawah-21, dan Ollie Watkins, yang mengharungi musim yang padu bersama Aston Villa.

“Tiga orang tu, aku bagi peluang untuk balik tapi diorang taknak dan mahu kekal di sini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan. Aku rasa Jesse akan bermula esok.

“Komitmen dan keprofessionalan diorang ini wajar menjadi contoh dan maknanya tengah hari semalam bila aku borak dengan diorang, walaupun kecewa, mereka sedar di mana tahap mereka dan suasana dalam kem pasukan tetap kekal positif,” tambah Southgate, panjang lebar.

Berita :  Mirror

BACA:  Trent Alexander-Arnold Berpotensi Dikenakan Tindakan Kerana Kontroversi Dilakukannya